Dengan Nama Arabisme…
Adakah tidak sesuai untuk ditonjolkan di sini bahawa, bagaimana jaguh terhebat nasionalisme Arab sendiri berperanan di bumi Arab? Lihatlah negara Yaman sebagai contoh, di mana suku juta orang-orang arab telah dibunuh oleh Gamal Abdul Nasser. Apakah yang sedang berlaku di Iraq? Revolusi bentuk apakah yang berlangsung di Syria? Apakah yang sedang berlaku di Nigeria? Secara ringkasnya, tangan siapakah yang berlumuran darah yang bertanggungjawab di sebalik kisah tragik di serata dunia Arab?
Dari satu sudut, Nasser dengan tanpa belas kasihan menumpahkan darah orang-orang Islam yang tidak berdosa serta menyebabkan kekacauan dan kecelaruan di dunia Arab, dan dari satu segi yang lain pula, (Nasser) mendepakan tangan mengambil hati kesemua negara yang mengikut polisi yang mana secara terang-terangan anti-Islam. Contoh-contoh :-
-Nasser merupakan seorang penyokong dan pendokong negara India kerana di sana kebudayaan Islam telah dihapuskan secara kejam, darah orang Islam lebih murah harganya berbanding dengan (seteguk) air, maruah dan martabat mereka hanya tinggal sebagai satu lipatan sejarah.
- Bangsa Greek Cyprus merupakan sekutunya (Nasser) kerana mereka tidak merasa segan silu untuk menumpahkan darah umat Islam.
- Haile Selasie di Ethiopia merupakan teman kepada Nasser kerana beliau telah menyebabkan kehidupan umat Islam di negaranya berada dalam keadaan menderita dan merendahkan kedudukan mereka menjadi para hamba dan sahaya dan berhasrat untuk menggunakan kekuatan demi menukarkan mereka kepada agama kristian. Nasser sekurang-kurangnya tidak merasa kesal ketikamana Haile Selasie menggunakan segenap kemampuannya untuk menghancur dan menghapuskan populasi orang Islam hanya kerana 'jenayah tunggal' yang dilakukan oleh mereka iaitu ketaatan kepada Islam.
- Ketika 'Israel' menyerang Syria, Nasser memilih untuk mendiamkan diri.
- Ikhwan (gerakan Al-Ikhwan Al-Muslimun) mampu memberikan pukulan yang hebat terhadap impian (mendirikan negara) 'Israel', bagaimanapun lima puluh ribu anggotanya (termasuk 800 wanita) menghadapi penyeksaan dahsyat yang tidak dapat dibayangkan di penjara, kebanyakan mereka sepanjang 14 tahun yang lalu (zaman pemerintahan Nasser-penterjemah).
Tiada sesiapa pun, melainkan mereka yang rosak mentalnya sahaja boleh merasa bangga terhadap "Pencapaian Revolusi" gaya tersendiri oleh 'penyelamat' bangsa Arab ini. Inilah hasil kejayaan milik para jurucakap nasionalisme Arab yang hebat! Mangsa pertama daripada (bahana) nasionalisme Arab ialah orang-orang arab itu sendiri, di tangan mereka tiada lain lebih lantang dan tidak letih saban hari melaungkan di hujung kerongkongnya betapa perlunya nasionalisme Arab. Allah Maha Mengetahui di atas dasar apakah ia bertungkus lumus! Apakah motif 'para majikan'nya? motif dirinya sendiri? Untuk menggali lubang buat menguburkan bangsa Arab? Allah akan menghalangnya (InsyaAllah) dan menyelamatkan Ummah dari musuh-musuhnya walau dengan apa cara jua sekalipun.
Barisan Bersatu menentang Islam
Mari kita perhatikan kepada bahagian dunia Islam yang digelarkan oleh Barat sebagai Timur Tengah. Gambaran yang diberikan adalah buruk, semestinya. Kondisinya di sana begitu mengelirukan dan penuh dengan bahaya. Dan kawasan yang paling utama, (iaitu) Palestin, di bawah kuasa Yahudi. Gamal Abdul Nasser berkuasa ke atas tanah yang paling subur di dunia Arab, taktik serta pergerakan sulit terancang dan juga teknik-teknik propaganda Goebellian-nya adalah punca yang membuatkan dunia arab keseluruhannya berada dalam kecelaruan yang berterusan, begitu juga Pakistan. Parti Bath yang mendominasi Syria sedang aktif menaburkan benih-benih pertelingkahan di kalangan umat Islam daripada membina kekuatan sendiri, (Parti Bath) didokong oleh Druze, Nosairi dan kaum kristian, yang mana diketuai oleh seorang kristian bernama Micheal Aflak. Menurut Perlembagaan Lubnan, meskipun orang Islam merupakan majoriti, hanya orang kristian yang dibenarkan menjadi ketua negara.
Kesemua kuasa-kuasa (musuh) ini begitu mengetahui bahawa umat Islam mempunyai akar tunjang kepada identiti nasional mereka dan memiliki perasaan yang kuat terhadap maruah bangsa, yang mana sekiranya mendapat peluang, mereka akan menggunakan segala kuasa mereka untuk menyatukan dunia Islam dan melalui mesej Islam yang dinamik dan menggegarkan, mereka mampu menjadikan Ummah hidup berpengaruh. Dari kerana itu, dalam pada menjadikan maruah dan kemampuan mereka tidak memberi apa-apa kesan, para diktator dan pemerintah yang zalim telah diletakkan untuk menekan mereka, dan blok Anglo-Amerika yang mana sebaliknya terlalu banyak bercakap soal demokrasi, kebebasan (hak bersuara) dan kebebasan manusia, menjadi begitu alah kepada konsep ini apabila ada beberapa negara umat Islam bertungkus lumus untuk mencapai tujuan tersebut, mereka pun melentur dengan segenap tenaga bagi memastikan orang-orang itu terus berada di bawah belenggu, di bawah telunjuk "pak turut" yang mereka sukai.
Dan seiringan dengan polisi ini, mereka lebih menumpukan usaha untuk meracuni iklim moral dan memesongkan naluri nilai-nilai Islam mereka melalui sistem pendidikan, sastera, filem-filem dan apa yang dipanggil sebagai aktiviti-aktiviti kebudayaan juga propaganda tanpa asas dan berniat jahat pada satu segi dan selain itu menentang perkumpulan dan orang perseorangan yang lain. Matlamat mereka adalah untuk menjadikan masyarakat umat Islam terlalai terhadap impian dan tujuan mereka (musuh-musuh), dan juga menjadikan umat Islam merasa puas dengan apa yang mereka ada dan senang hati tentang nilai-teladan Islam, maka itulah pada keseluruhan dan beberapa ketika proses demokratik mempengaruhi mereka sendiri dengan begitu baik sekali dan seseorang mendapat peluang untuk memerintah dengan semahunya, mereka sendiri boleh mengetepikan dan mencemarkan Islam. Perancangan jangka panjang! Ianya sedang membuahkan hasil. Dan begitulah masih ada lagi golongan yang tidak membuka mata. Lotus-Eaters! ( Mereka yang malas dan suka berkhayal!)
Situasi ini menjadikan negara-negara umat Islam pada hari ini sangat menyenangkan berbagai kumpulan dan pengaruh untuk melindungi kegiatan mereka masing-masing, dan sudah tentu, ianya tanpa mempertimbangkan aspirasi nasional negara berkenaan. Dan di kebanyakan negara-negara lain di dunia, golongan Yahudi dan Kristian memonopoli akhbar-akhbar utama, agensi-agensi berita dan media komunikasi massa yang lain. Mereka memutar belitkan pelbagai perkara dan kejadian yang menimbulkan masalah-masalah dan kesulitan-kesulitan yang baru.
Pada permulaannya mereka memutuskan suatu perkara tertentu berkenaan (mana-mana) negara muslim, kemudian agensi-agensi berita mereka akan memutarkannya mengikut kemahuan mereka dan mewarnai isu tersebut, dan kemudian dengan langkah-langkah yang telah siap sedia ditentukan untuk pelaksanaan satu-satu keputusan tertentu dan akhirnya keputusan itu dikuatkuasakan dengan kekerasan. Mereka memulakan berbagai-bagai gerak kerja dan membawakan slogan-slogan tertentu dan berita-berita mereka disebarkan dengan cara yang begitu halus, yang mana kesemua slogan dan ungkapan tersebut menciptakan suatu atmosfera politik bersesuaian dengan apa yang telah mereka rancangkan. Semua ini dilakukan dengan teknik yang begitu cekap sehingga masyarakat muslim dan juga golongan intelektual terjerumus menjadi mangsa ke dalam propaganda beracun mereka. Dan selama mana situasi sebegini berterusan, selama-lamanya impian untuk melihat kesatuan Islam tidak akan dapat direalisasikan. -AL-KHATTAB
-Bersambung…
Oleh: Maulana Zafar Ahmad Ansari (Urdu)
Disunting, diterjemah dan diperluaskan ke Bahasa Inggeris oleh:
Misbahul Islam Faruqi
Diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh:
Imran al-Malizi
- daripada buku JEWISH CONSPIRACY AND THE MUSLIM WORLD
*Artikel AL KHATTAB Ehsan PMMS
No comments:
Post a Comment