Monday, November 15, 2010

Mana hilang rasa syukur kita??...fikir2kan.. (Part 1)

Alhamdulillah segala pujian kepada Allah. Tuhan yang telah memberikan nikmat kehidupan kepada kita selama ini. Segala selawat dan salam kepada Nabi Muhamad junjungan besar Nurul Musthofa. Aku sangat bersyukur kepada Allah kerna telah membenarkan kakiku menjejakan ke bumi Allah ini. Cuba kita bayangkan Allah memintak bayaran setiap kali menghirup udara Allah. Bayaran yang dikenakan ialah 20 sen. Allah Maha Pemurah. Allah beri kepada kita secara percuma. Tidak perlu bayaran. Tapi kita masih lagi tidak mahu bersyukur dan sujud kepada Allah. Kita angkuh di muka bumi Allah. Kita perlu sedar siapakah diri kita ini disisi Allah. 


Sebagai seorang muslim, kita perlu bersyukur dengan setiap apa yang te;ah diberikan oleh Allah kepada kita. Jangan kita menjadi seperti umat Nabu Musa yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah. Kita perlu ingat bahawa kita lahir sahaja telah bergelar MUSLIM. Kita lihat di dunia ini, agama Islam seperti agama warisan. Nenek moyang kita islam, kita pun islam juga. Perwatakan orang yang baru memeluk islam lebih baik daripada seorang muslim yang sememang sudah islam.

Ada satu penceramah di Malaysia, Beliau merupakan seorang cina yang telah memeluk islam selama 30 , tahun. Tetapi masyarakat memanggilnya MUALAF. Padahal, beliau sudah islam hampir 30 tahun. Mengapa Dipanggil MUALAF?....
Sebagai seorang islam, kita patut bersyukur dengan keislaman kita. Lahir sahaja daripada perut ubu kita, kita sudah bergelar muslim...

bersambung....