Umat Islam Sedunia, Sedarlah !
Maka apakah penawarnya? Perkara ini memerlukan pemikiran yang serius di setiap lapisan inteligensia muslim. Golongan cerdik pandai kita perlu menggunakan seluruh kekuatan dan tenaga untuk keluar dari lingkaran yang berniat jahat ini dan berusaha untuk mencapai natijah yang pasti dalam masa yang sesingkat mungkin.
Saya (Maulana Zafar Ahmad Ansari) mencadangkan di sini beberapa pertimbangan yang mana saya percaya berguna dalam menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh dunia Islam pada hari ini. Pandangan saya bahawa satu keperluan segera untuk mewujudkan suatu jentera bagi mendapatkan maklumat yang autentik (boleh dipercayai) dan menyelenggara penelitian, kajian dan analisis rentetan peristiwa dan aliran. Bagi tujuan ini, pertubuhan-pertubuhan dan organisasi patut ditubuhkan di negara-negara umat Islam, terdiri daripada individu-individu yang akan mengendalikan kajian sosio-politik-budaya dan kekuatan ekonomi yang sedang berperanan. Tugas mereka nanti adalah untuk sentiasa bermaklumat dan berwaspada terhadap kuasa-kuasa anti-Islam, perancangan, program dan taktik mereka.
Pertubuhan-pertubuhan ini perlu sentiasa mengemaskini apa yang yang diterbitkan oleh yahudi dan bukan yahudi, mengenalpasti rancangan yang terselindung dan objektif-objektif Zionis. Pertubuhan-pertubuhan ini perlu memiliki maklumat lengkap berkenaan semua penerbitan, (penerbitan) berkala, jurnal dan akhbar mereka dalam pelbagai bahasa dan menyedari dengan segera bilamana ia melibatkan kepentingan dunia Islam. Organisasi-organisasi persendirian bebas ini harus membuka mata terhadap misi-misi kristian dan kepelbagaian aktiviti-aktiviti mereka dan mengkaji taktik-taktik dan jalan serta rentetan tindakan yang diambil oleh mereka, sentiasa berwaspada terhadap matlamat-matlamat spesifik dan objektif mereka di mana sahaja.
Organisasi-organisasi ini harus berjaga-jaga terhadap semua kekuatan dalaman dan luaran yang bergerak menentang kepentingan-kepentingan Islam. Mereka perlu sentiasa memiliki maklumat terkini tentang kaedah-kaedah yang digunakan untuk menyembunyikan perancangan menghapuskan umat Islam di Rusia dan Amerika serta di mana sahaja.
Pertukaran Maklumat
Sebagai tambahan kepada analitikal data mereka, organisasi-organisasi ini juga perlu menjalankan peninjauan dengan teliti tentang permasalahan yang dihadapi oleh negara-negara umat Islam. Data yang terkumpul dengan cara ini akan menjadi sangat bernilai. Ia akan menjadi begitu saintifikal bahawa data terkumpul tersebut boleh dipergunakan sebagai asas kepada rumusan plan-plan dan rancangan nasional. Melalui penelitian-penelitian ini, kesemua negara umat Islam dapat diperlengkapkan dengan maklumat tentang masalah-masalah dan kesulitan negara-negara umat Islam yang lain dan pengetahuan dalam bentuk yang seperti ini akan membuka laluan baru kepada kerjasama dua hala dan jalan yang menghubungkan ke arah perpaduan sesama mereka.
Pada satu ketika, kita hanya memiliki gambaran-gambaran yang kabur tentang bumi umat Islam yang lain dan kita mencari penyelesaian kepada permasalahan kita berdasarkan gambaran yang kabur ini. Kerana itulah kerapkali kita meraba-raba di dalam kegelapan tanpa mempunyai pegangan yang stabil berhubung permasalahan kita dan mendapatkan penyelesaian yang lambat kepadanya. Situasi ini mesti dihentikan dengan segera. Keperluan yang mendesak pada masa ini ialah agar kita bergerak dalam beratus-ratus lapangan yang mana kita memerlukan individu-individu berbakat dan mempelajari berbagai bidang. Banyak kerja yang perlu dilaksanakan dalam pelbagai bidang dan dari itu keperluan utama kepada kepelbagaian organisasi untuk mencapai matlamat dan objektif yang telah ditentukan. Semestinya kita memerlukan sejumlah organisasi dan perkumpulan yang mempunyai semangat berdedikasi.
Mengelak Daripada Pembunuhan Budaya Sendiri
Tugas kedua yang terpenting adalah untuk melakarkan jalan-jalan keluar dan kaedah-kaedah utntuk menghentikan "ledakan" budaya sensasi yang mana kita mendapati diri kita tenggelam seketika dan yang mana begitu pantas meratah perkara utama daripada kewujudan kita sebagai masyarakat yang memiliki ideologi (Islam). Kita mesti mengambil langkah-langkah berkesan untuk mengekang pengaruhnya dan mengarahkan umat Islam di mana sahaja daripada konsekuensi-konsekuensi yang sangat buruk. Kebudayaan Islam adalah terpisah jauh (tidak mempunyai persamaan) dari kebudayaan sensasi dan ghairah yang diimport dari Barat. Kenyataannya ialah di dalam negara-negara umat Islam, gerakan anti-Islam sedang aktif bekerja untuk merompak segala nilai yang mereka miliki dan kesucian fikiran, dan mereka melakukannya dalam suasana kebudayaan sampah ini. Sudah tentunya serangan ganas kebudayaan barat ini begitu kuat sehingga jika sekiranya kita tidak bangkit menghadapi bahaya yang sedang berhadapan dengan kita; aqidah, iman dan asas penting kepada etika-ideologikal kewujudan kita sedang berada di ambang kehancuran.
Sikap tidak berminat juga tidak mempeduli terhadap Islam, pengabaian kepada asas-asas perkara aqidah yang terdapat pada golongan belia, pandangan kemunafikan secara terang terangan, kerosakan akhlak, ketagihan kepada sentimental slogan-slogan murah, keadaan yang tidak bertanggungjawab dan bebas lepas – semua ini dan banyak lagi kerosakan adalah harga yang perlu dibayar daripada peniruan dogmatik secara membuta tuli kepada kebudayaan Barat. Golongan belia kita sedang berarak mara menuju lubang kehancuran yang sangat dalam, yang mana mereka ini merupakan entiti budaya dan pembawa seruan serta harapan kemanusiaan. Tanpa disedari aliran budaya ini melemahkan secara beransur-ansur unsur yang sangat penting dalam moral masyarakat kita, dan keadaan ini akan terus berlanjutan melainkan kita mengambil langkah-langkah efektif dengan serta merta untuk membangkitkan mereka daripada tidur yang terlalu asyik melalui "pengesyoran" yang dikelolakan secara bijak oleh Barat.
Kesukaran yang kita hadapi ialah, ramai di kalangan kita tidak menyedari bahawa di antara penciptaan serta penemuan dalam bidang saintifik dan corak sosio-budaya tertentu di mana kemajuan sains itu mengambil tempat adalah merupakan dua perkara yang berbeza, dan ianya tidak saling bergantungan sama sekali di antara satu sama lain. Mana-mana masyarakat boleh mengambil manfaat terhadap kemajuan saintifik dan perkembangan teknologi yang dicapai oleh golongan yang lain tetapi tidaklah begitu mustahak sejajar dengan suasana sosial dan budaya negara terbabit untuk ditiru juga, nilai-nilai dan juga sistem hidup yang lain tidak perlulah diambil. Dengan mengikut sosio, budaya, nilai-nilai agama dan cara hidup kita, kita juga mampu untuk mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Kepincangan sistem pendidikan yang terdapat di negara-negara umat Islam adalah bertanggungjawab terhadap salah faham ini. Seakan akan suatu yang telah terpahat tanpa disedari di minda kebanyakan individu bahawa dalam menuju pencapaian kemajuan sains kita semestinya perlu membentuk semula atmosfera budaya seperti negara-negara Barat.
Sebagai contoh, sekiranya teknik-teknik pharmaceutical (berkaitan dengan kaedah membuat dan mengedar ubat-ubatan -penterjemah) sesebuah negara berada pada suatu tahap yang tinggi, tetapi ketagihan arak, tarian, pakaian wanita yang "hampir telanjang", pergaulan bebas dan sebagainya juga menjadi sebahagian daripada suasana budaya mereka, mengapa perlu semua maksiat ini juga diimport bersama-sama dengan teknik menghasilkan ubat-ubatan ? Mengapa perlu menjadi sebahagian perkara penting dalam budaya kita untuk mengenakan pakaian tertentu ketika menghadiri majlis makan? (mengapa tidak pakaian yang lain?) Dan begitulah juga kepada manifestasi yang sama daripada budaya dan tamadun Eropah yang lain. Kewibawaan dan maruah yang terdapat pada diri umat Islam akan mengambil kesemua manfaat daripada kebaikan pencapaian, kajian dan progress saintifik di mana sahaja di dunia ini, dan juga berusaha untuk menyaingi kecemerlangan negara-negara Barat dalam lapangan pengajian dan teknologi. Kita mestilah tegas dalam menghindari pengaruh budaya Barat. Kita mestilah berusaha keras untuk menyelamatkan diri daripada serangan ganas kebudayaan barat pada segenap penjuru. Gabungan para pemikir, ahli sosiologi dan ulama Islam dalam pelbagai bidang ilmu perlu memikul tanggungjawab ini untuk menjelaskan dan menunjukkan kesia-siaan dan juga konsekuensi yang buruk berpunca daripada peniruan terhadap Barat.
Kecemerlangan Barat Dalam Sains dan Teknologi
Setelah memikirkan secara mendalam berlarutan selama bertahun-tahun, akhirnya saya (Maulana Zafar Ahmad Ansari) mendapati satu penyelesaian yang mana negara-negara umat Islam tidak akan mampu meminggirkan perasaan rendah diri yang kompleks dan penghambaan budaya melainkan; dan sehingga mereka mampu, dengan bekerjasama melaksanakan usaha yang bersungguh-sungguh mengatasi kecemerlangan bangsa barat dalam sains dan teknologi dan lain-lain cabang pembelajaran dan pemikiran. Mereka mesti membuktikan bahawa sains dan teknologi tidak dimonopoli oleh sesiapa pun dan mereka mampu meninggalkan yang lain jauh ke belakang dalam lapangan yang sepatutnya khusus dikuasai oleh Barat.Saya mahu mencadangkan negara-negara umat Islam harus bekerjasama dalam usaha mempersiapkan satu Perancangan Besar untuk pembangunan, dan dalam pada tertakluk kepada keadaan tertentu, kemudahan-kemudahan dan sumber-sumber serantau dan negara-negara demi menubuhkan universiti-universiti dan institusi-institusi dengan tahap piawaian yang tinggi yang menyediakan pengajian kesenian, sains dan teknologi dengan segala prasarana yang ada untuk pengkajian dan pembangunan (Kini telah pun tertubuh Universiti Islam Antarabangsa Islamabad (1980), Pakistan dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1983) di Kuala Lumpur–penterjemah).
Sebagai contoh, Pakistan adalah terkehadapan dalam bidang pertanian (agriculture), maka di sini Universiti Pertanian mesti ditubuhkan dengan kelengkapan yang paling moden dan canggih dan fasiliti-fasiliti untuk pengkhususan dan cabang ilmu pengetahuan tertentu perlu disediakan untuk para penuntut dari seluruh dunia. Mereka perlu diberikan sokongan dan kemudahan untuk datang ke Pakistan untuk menjadi golongan pakar. Begitulah juga di sini dan di mana jua di dunia Islam, berbagai-bagai universiti dalam semua bidang sains, kejuruteraan dan teknikal perlu ditubuhkan dan pengurusan perlu dibuat agar seluruh dunia Islam menghantar para penuntut ke sana.
Dengan cara yang sama juga, kita akan memberikan tunjuk ajar yang sepatutnya dalam bidang perundangan, perubatan dan sains sosial serta lain-lain. Tahap piawaian pendidikan dalam kesemua subjek tidak boleh lebih rendah daripada universiti-universiti lain di dunia. Universiti-universiti dan institusi-institusi ini akan memberikan khidmat tujuan-tujuan bermanfaat yang tidak terhingga. Fungsi paling utama yang dapat disumbangkan olehnya ialah menamatkan peniruan terhadap Barat dan membina sifat yakin diri dan berdikari. Juga para belia muslim selain daripada mencari tawaran pengajian di Eropah dan Amerika, boleh pergi ke negara-negara umat Islam dan dapat menyelamatkan mereka daripada kuman-kuman kotor budaya barat yang pasti akan meracuni pemikiran dan cara hidup mereka di negara-negara barat yang mana tidak akan terpisah daripada mereka sehingga ke akhir hayat.
Saya (Maulana Zafar Ahmad Ansari) telah membentangkan skim ini dalam sesi Rabita al-Alam al-Islami yang lalu di Mekah dan secara rasminya telah pun diterima. Marilah kita meletakkan keyakinan dan harapan agar negara-negara umat Islam menyedari betapa mustahak dan perlunya pelaksanaan skim ini. Sebelum universiti-universiti seperti ini ditubuhkan atau seiringan dengan pengaturannya, institusi-institusi penyelidikan adalah diperlukan di mana pakar-pakar dalam pelbagai bidang pembelajaran Islam perlu membuat kajian yang mendalam dan kritikal tentang disiplin yang dimajukan di Barat supaya mereka boleh bersuara dengan autoriti tanpa dapat dipertikaikan berhubung dengan subjek tersebut. Sebagai contoh, mereka yang mahir dalam bidang fiqh (perundangan) perlu membuat kajian terperinci dalam pengajian perundangan. Mereka harus mempelajari bahasa yang kaya dengan istilah perundangan. Usaha yang berterusan dan kerja keras semestinya memerlukan pembiayaan yang khas. Biasiswa muslim mestilah diwujudkan mengatasi mana-mana kumpulan dan pertubuhan.
Bahasa Arab
Pemilihan sejagat kepada bahasa Arab dan teksnya diseluruh dunia Islam merupakan asas yang sangat penting.
Di antara perkara-perkara lain, keutamaannya kepada kesatuan dan perpaduan dunia Islam tidak perlu terlalu dipertegaskan. Dari itu pengunaan tenaga yang bersungguh-sungguh ke arah itu adalah sangat perlu. Musuh-musuh Islam mengetahui perkara ini dan dari kerana itu pada beberapa peringkat dalam sejarah, kuasa-kuasa anti-Islam senantiasa mencuba untuk memusnahkannya. Dan oleh kerana perancangan jahat dan taktik yang halus, sebahagian negara-negara umat Islam telah meninggalkan teks Arab dan mengambil teks Latin sebagai ganti, kesannya dalam tempoh yang singkat mereka telah berasa canggung dengan kesusasteraan Islam yang luas. Mereka telah kehilangan himpunan khazanah yang bernilai beratus-ratus tahun tanpa menyedari yang mereka telah terputus langsung daripada sejarah silam mereka. -AL KHATTAB
-Bersambung…
Oleh: Maulana Zafar Ahmad Ansari (Urdu)
Disunting, diterjemah dan diperluaskan ke Bahasa Inggeris oleh:
Misbahul Islam Faruqi
Diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh:
Imran al-Malizi
- daripada buku JEWISH CONSPIRACY AND THE MUSLIM WORLD
*Artikel AL KHATTAB Ehsan PMMS
No comments:
Post a Comment