Zionisme dan Gerakan Islam
Ini merupakan serangan secara jitu yang pertama zionisme ke atas Islam. Kejayaan tersebut telah lebih mendorong mereka dan mereka mula bekerja untuk langkah yang seterusnya, dengan hanya 26 tahun mereka telah dapat merampas sebahagian bumi Palestin. Sudah tentulah negara 'Israel' tidak dapat ditegakkan tanpa sebarang penentangan daripada sebahagian umat Islam. Mereka telah berjuang, dan telah berjuang dengan penuh getir.
Barisan hadapan di dalam pertempuran ini adalah pergerakan Al-Ikhwan Al-Muslimun (Persaudaraan Islam). Sudah tentunya, golongan Yahudi ini telah menyedari bahawa musuh utama mereka adalah Al-Ikhwan. Sikap tidak mementingkan diri dan semangat berdedikasi yang ditunjukkan dalam perjuangan Al-Ikhwan telah membuatkan yahudi menyedari di mana terletaknya potensi kekuatan penentangan terhadap mereka. Kenangan tercedera dan terkorban yang telah dideritai oleh orang-orang yahudi tidak sebegitu mudah untuk dilupakan. Mereka menjadi sangat bimbang kepada kekuatan Islam yang baru berkembang ini. Zionisme memandang satu bahaya besar di dalam Al-Ikhwan dan mereka menyedari bahawa selagi bahaya ini tidak dihapuskan, mereka tidak akan sekali-kali dapat mengukuhkan diri mereka di Palestin, apatah lagi untuk memerangkap dan memperhambakan seluruh dunia Islam sebagaimana yang dirancangkan oleh "Para Penguasa" mereka. Kaum Yahudi dapat membayangkan dua ancaman yang berpotensi menggugat (negara) 'Israel' (iaitu) :
1. Kesatuan dunia Islam terutamanya sebarang perikatan di antara negara-negara arab sekitar (isu) "Israel", dan…
2. Pergerakan Al-Ikhwan Al-Muslimun, dan mereka dengan serta merta memulakan usaha melalui perancangan mereka untuk menjauhkan ancaman-ancaman tersebut demi kepentingan masa depan politik mereka di Timur Tengah.
Apa yang dapat saya fahami adalah Zionis dan Gereja Katolik kedua-duanya telah sampai ke titik persefahaman, dan kedua kuasa ini telah membentuk satu barisan bagi menentang Islam. Kaum Yahudi sangat mengingati pengajaran daripada pengalaman sejarah bahawa mereka senantiasa dalam keadaan lemah apabila menghadapi kekuatan Islam secara bersendirian. Dunia kristian juga sedang mencari-cari kesempatan yang sesuai untuk membalas dendam terhadap kekalahan yang memalukan di tangan umat Islam dalam Perang Salib. Dan kini kedua-duanya sedang berganding bahu untuk menumpaskan dunia Islam. Negara-negara Arab yang berdekatan dan hampir kepada kristian dan Yahudi secara semulajadinya menjadi sasaran awal mereka. Kekuatan kesatuan Kristiandom dan Zionisme berhasrat untuk memberikan pukulan padu kepada umat Islam dan impian kesatuan mereka.
Raja Farouk, di sebalik segala kekurangannya, telah menyuarakan kepentingan kesatuan negara-negara Arab, dan pendirian kepada kesatuan serta kemerdekaan Mesir dan Sudan. Pihak British telah mengerahkan apa sahaja yang dapat mereka pergunakan untuk memujuk dan menggoda sehinggalah kepada mengancamnya, namun baginda tidak menyerah dan akhirnya segala perundingan pihak British dalam perkara ini telah menemui kegagalan. Ini berlaku sekitar pertengahan tahun 1951. Pergerakan anti-Islam telah merancang untuk menyingkirkan Raja Farouk secepat yang mungkin dan pencarian segera kepada pengganti yang sesuai telah dimulakan. Mereka telah berhasrat untuk membunuh dua ekor burung dengan menggunakan sebiji batu : Untuk mencari seorang individu yang mampu menyekat kesatuan Sudan dan Mesir juga untuk menekan Al-Ikhwan Al-Muslimun. Gamal Abdul Nasser telah dipilih bagi memikul tugas tersebut dan jalan telah dibuka luas untuk menaikkannya, kedua-dua Perisikan British dan C.I.A. telah memberikan kerjasama.
Akhirnya dalam tahun 1952, Raja Farouk telah digulingkan dan Gamal Abdul Nasser telah dinaikkan, beliau lalu memulakan kerja secara serta-merta bagi mencapai matlamat yang menjadi tujuan beliau dipilih. Beliau telah melakukan segala daya upayanya untuk memastikan Mesir dan Sudan kekal berjauhan dan tidak bersatu. Dan demi memenuhi kondisi yang kedua, beliau telah memenjarakan 50 ribu anggota Al-Ikhwan serta menghukum gantung ramai di kalangan mereka yang telah dihasilkan (oleh Al-Ikhwan) Mesir pada abad tersebut. Demikianlah beliau telah menambahkan lagi pukulan terhadap luka yang sukar untuk sembuh. Sesungguhnya adalah tidak diragukan lagi bahawa Gamal Abdul Nasser merupakan agen Zionisme. Adalah menjadi perdebatan bahawa jika sekiranya Nasser memainkan peranan di belakang tangan-tangan Yahudi, (negara) 'Israel', Britain dan Perancis tidak akan menyerangnya, dan juga Rusia tidak akan mengancam untuk menghantar kekuatan tenteranya menghadapi para penyerang itu. Perkara asas yang perlu diingat sehubungan dengan ini ialah matlamat sebenar di sebalik pergelutan terhadap isu Suez untuk memberi peluang dan membuka jalan kepada peluasan wilayah 'Israel' dan memastikan kekuatan dan perkembangannya samada secara terangan atau halus. Dan untuk sebab yang jelas, 'Israel' mahu menyempurnakan rancangannya pada selang masa yang sesuai, sedikit demi sedikit, sebagai peluang dan kesempatan daripada keadaan. Kesemua serangan luar ke atas mana-mana negara umat Islam akan terkeluar daripada kelolaannya (Israel).
Sebagai fakta, kepentingan Suez tidak dapat difahami sepenuhnya tanpa memandang kepada peristiwa-peristiwa yang releven dan pencapaian yahudi yang berikutnya.Kesemua tiga-tiga kuasa yang menyerang Mesir juga mendapat sokongan penuh daripada Amerika, tetapi ia menarik diri selepas sebelas jam. Sebab mengapa Amerika berbuat demikian, telah diulas secara terperinci oleh Perdana Menteri ketika itu, Anthony Eden, di dalam diarinya. Tentu sekali keempat-empat kuasa besar tersebut begitu yakin sekali dengan kejayaan mereka- kejayaan Zionisme – tetapi sikap dingin Amerika telah menukar seluruh keadaan. Penarikan diri Amerika itu bukanlah di atas dasar kemanusiaan atau kesedaran moral tetapi untuk faktor-faktor diplomasi yang tinggi. Amerika mahu mengeluarkan pengaruh Britain dari politik Timur Tengah dan mahu meluaskan sfera pengaruhnya yang sendiri di rantau ini. Berhubung dengan ini, ancaman Rusia itu tidaklah lain melainkan satu pengamalan diplomasi.
Meneliti kepada alasan yang menegaskan bahawa Diktator Mesir ini sering mengecam Amerika, maka bagaimana pula beliau dikatakan berperanan di sebalik tangan-tangan yahudi, ini tidak lain hanyalah untuk memperbodohkan rakyatnya sendiri. Pernyataan keras Nasser ini bermaksud untuk menjaga kepentingan dalamannya sendiri. Taktik seperti ini adalah perlu untuk menenangkan masyarakat arab. Ia adalah semata-mata satu penipuan yang mudah, demi untuk mengekalkan dirinya di kerusi kuasa. Jika seseorang itu mempercayai sebaliknya, cubalah bertanya kepada dirinya satu soalan yang mudah. Sekiranya Amerika dan Mesir merupakan musuh di antara satu sama lain, mengapa Amerika beria-ia memberikan segala pertolongan kepada Nasser?. Di antara keseluruhan negara-negara di dunia, Mesir barangkali merupakan negara yang paling tinggi menerima jumlah bantuan makanan per kapita.
Bagaimana demikian? Pastinya Amerika tidak sebegitu bodoh untuk menghabiskan sumbernya ke atas negara yang memusuhi atau tidak bersedia mengikut telunjuknya. Mengapa jumlah yang sebegini besar telah dibayar oleh Amerika? Sebenarnya melalui Amerika, pihak Zionis agak berjaya mendapatkan daripada Nasser semua yang mereka harapkan berhubung dengan pengukuhan serta memperkuatkan kedudukan 'Israel'. Nasser sebagai sekutu yang paling setia kepada Yahudi pastinya menerima seluruh sokongan, material dan moral daripada Amerika. Pastinya Nasser telah terbukti sebagai tali barut yang paling dipercayai oleh Yahudi dalam melaksanakan polisi Anglo-Amerika ke atas dunia Islam. Kita mempunyai bukti yang kukuh berkenaan ini.Ukuran pertama kepada pengukuhan, keselamatan dan peluasan seterusnya wilayah 'Israel' telah diambil dalam bentuk penindasan terhadap pergerakan yang paling popular di Timur Tengah, Al-Ikhwan al-Muslimun, yang mana membenarkan kewujudannya adalah mustahil bagi mana-mana kerajaan di Mesir untuk mempamerkan rasa puas hati atau kelemahan berhubungan dengan 'Israel'. Adalah sesungguhnya tidak terfikir kepada mana-mana pemerintah untuk sekurang-kurangnya memihak atau memberi pengiktirafan samada secara langsung atau tidak. Namun itulah yang telah ditunjukkan oleh Kol. Nasser. Beliau sendiri bertanggungjawab membawa kesusahan ini. Di antara tahun 1954-55, Al-Ikhwan Al-Muslimun telah ditindas secara kejam dan para pemimpin terbaik mereka telah digantung mati manakala 40-50 ribu anggotanya telah dipenjarakan, ketika ditemuramah oleh wakil akhbar New York Times pada 15hb. Oktober 1955, kolonel ini telah meyakinkan zionis dan para penyokongnya, bahawa tidak ada orang Arab yang mahu menghapuskan negara 'Israel'. Apa yang dikehendaki oleh mereka hanyalah hak untuk menetap bagi penduduk Palestin yang disisihkan dan agar harta-benda mereka dikembalikan sebagaimana yang telah dijanjikan oleh P.B.B. kira-kira tujuh tahun sebelum itu.Tidakkah itu merupakan satu pengiktirafan kepada 'Israel'? Jika tidak, maka apa lagi makna kepada pengiktirafan? Dan sekali lagi, pada tahun 1966, Nasser telah memberikan kenyataan akhbar dengan maksud yang serupa.
Arabisme : Antitesis kepada Islamisme
Demi sesungguhnya, slogan nasiolisme Arab telah merungkai akar kesatuan dan perlindungan dunia Islam seluruhnya. Hanya mereka yang mudah tertipu sahaja akan cuba meyakinkan diri mereka bahawa sekiranya bangsa arab bersatu, maka Islam akan menjadi kuat dan kekuatan umat Islam akan dapat diperkukuhkan. Walau bagaimanapun ini hanyalah satu penipuan malah ia lebih berbahaya daripada itu. Lebih banyak lagi seruan yang dilaungkan ke arah kesatuan Arab, maka di sebaliknya itulah tersembunyi satu konspirasi yang sangat kejam terhadap Islam. Begitu keji, dengan berfikir sedikit sahaja sudah mampu untuk melihat dengan jelas perangkap tersebut. Asas-asas Islam dalam masyarakat muslim merupakan perkara yang mula-mula menjadi mangsa daripada malapetaka ini. Kemudaratan besar yang akan terserlah ialah lebih 700 juta muslim di seluruh dunia, kira-kira 70 juta juta daripadanya orang arab akan tersisih. Tidak perlu berfikir terlalu banyak untuk memahami bahawa apabila asas-asas struktur sosio-politik hanya berpaksikan kepada nasionalisme Arab, dan Islam tidak lagi mempunyai suara, maka apakah lagi yang tinggal untuk kepentingan muslim selain bangsa arab. Sesungguhnya, jurang akan menjadi lebih luas dan luas, terutama apabila seluruh Ummah ini yang sepatutnya menjadikan Islam sebagai dasar identiti, sebaliknya tidak lagi mempunyai apa-apa perasaan terhadap agama mereka.
Nasionalisme Arab : Kubur Kesatuan Islam
Slogan nasionalisme Arab telah dilaungkan oleh golongan kristian dan yahudi dengan harapan supaya, walau apa cara sekalipun umat Islam terputus daripada tali yang menghubungkan mereka. Titik faktanya ialah, musuh-musuh Islam tidak menyukai kesatuan (umat Islam) walaupun ia hanyalah (merupakan) kesatuan dunia Arab, iaitu sekurang-kurangnya daripada kesatuan dunia Islam secara keseluruhan. Seruan kepada kesatuan Arab hanyalah satu slogan dan batu loncatan ke arah menghalang integrasi (penyatuan) sepenuhnya dunia Islam. Kuasa-kuasa musuh sedang berusaha langkah demi langkah. Mereka memiliki halatuju yang jelas di hadapan mereka dengan peringkat-peringkat tertentu yang agak ideal untuk dicapai. Percubaan pertama mereka ialah dengan semampunya cuba mengaburi kepekaan orang-orang Islam bahawa mereka adalah satu Ummah. Apabila sekali mereka dapat mengaburkan pandangan umat Islam berkenaan itu, maka menjadi mudah untuk membawa mereka (umat Islam) semakin jauh dan jauh dari (sebarang) usaha mengumpulkan kekuatan. Dan langkah seterusnya dalam pelan mereka juga ialah untuk beransur-ansur menjauhkan mereka (orang-orang Arab) dari (fahaman) Arabisme dan memecahkan mereka kepada tumpuan-tumpuan yang lebih sempit dan kesetiaan kepada wilayah-wilayah yang terhad (*patriotisme- sekarang sudah pun berlaku -penterjemah), Arabisme dan nasionalisme Arab akan dapat disingkirkan dengan mudahnya, mereka (umat Islam) akan berbangga untuk menjadi 'Orang Mesir', 'Orang Jordan', 'Orang Syria', 'Orang Iraq' dan sebagainya.
Dan begitulah dunia Islam akan dipecahkan berkecai-kecai, kepentingan-kepentingan setempat bakal mengambil alih keutamaan Arab secara keseluruhan. Jika sekiranya asas kesetiaan kepada Islam telah menjadi satu kesengsaraan, dan hanya Arabisme diizinkan menjadi galang ganti, maka tiada daya di atas dunia ini yang mampu menyelamatkan dunia Arab dari perpecahan dan episod penghinaan dan hilangnya maruah (umat Islam) tidak akan berkesudahan.Yang anehnya mengenai slogan nasionalisme Arab ialah bahasa arab dijadikan sebagai asasnya. Dan melalui definisi inilah golongan yahudi dan kristian juga menjadi anggota dalam persaudaraan Arab. Konsikuensi (kesinambungan) daripada kebodohan ini telah tergambar dengan jelasnya hingga sekarang ini. Dalam kejanggalan nasionalisme Arab, golongan yahudi dan kristian dapat sewenang-wenangnya menimbulkan kekecohan dan mengakibatkan luka yang sukar untuk disembuhkan. -AL KHATTAB
-Bersambung…
Oleh: Maulana Zafar Ahmad Ansari (Urdu)
Disunting, diterjemah dan diperluaskan ke Bahasa Inggeris oleh: Misbahul Islam Faruqi
Diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh:
Imran al-Malizi
- daripada buku JEWISH CONSPIRACY AND THE MUSLIM WORLD
*Artikel AL KHATTAB Ehsan PMMS
No comments:
Post a Comment