Aku banyak meluahkan perasaan terpendam aku mengenai seorang kenalan yang menjadi sahabat aku..bukan aku menafikan haknya utk medapat title sahabtku..tp kelukaan yang ditinggalkan menjarakkan gelaran itu...
Hari ini aku terdengar bicara seorang kakak mengenai "neraka buat orang yang bersolat"..takut aku mendengar..nerakalah buat orang yang bersolat dan mengumpat..
Tiba2 aku jadi takut..
1) mengumpatkah aku ketika meluahkan rasa terpendam itu? jika benar nerakalah tempat aku..Ya Allah aku takut..
2) tapi aku tak larat untuk menyimpan krn perasaan itu terlalu sakit...dilukai oleh insan yang kau gelarnya sbg sahabt...
3) tekanan dan penyiksaan jiwa...inikah hadiah dari kesabaran aku..menahan diri dr trus memuntahkan amarah..?ketika diperlakukn sbg smpah...?inkah hadiah dari kesabranku memberi peluang agar dia trus berubah..? sabarkah aku selama ini? apakah sebenarnya sabar itu?
Jawapan yang tepat dr ibu dan ayah..
1&2) mengumpt itu beerti mencari keburukkan orang org dan mengada2kan cerita mengenai orang yang tidak berkaitan dengan kamu..tp meluahkan perasaan kerana tak tertahan dengan sikap org yang menyakitkan kita bukanlah beerti kita mengumpat..tp untuk meringankan beban yang tertanggung..berdiam dr dan menahan perasaan akan membuatkan kamu menjadi begitu sakit...
3)kesabaran itu bukanlah membiarkan orang menyakitkan kita dan menghina kita..tp kesabarn itu adalah menahan perasaan marah, benci dan dendam apabila kamu diperlakukan dengan begitu kejam..tp bukanlah beerti membiarkan kejahatan itu berleluasa keatas kamu...
Ya..itulah jawapannya..mungkin aku terlalu positif dalam menilai sesuatu..dan aku harus meluahkan perasaan agar ia tidak lagi menjadi beban driku...teringat kata2 seorang sahabatku..
"awak ni ibarat gunung berapi...jrang sekali meluahkan rasa..tapi apabilah laharnya meluap..tak mampu lagi tertanggung.."
dan teringat lagi bicara seorang kaunselor..
"..awak pada zahirnya penuh dengan senyuman..seolah2 awak seorang yang begitu bahagia..tp jauh didasar hati awak..awak menyimpan penderitaan & kesakitan yang sangat dalam...." Ya bahagianya aku kerana Allah bersamaku..dan bila aku terlalai lalu menjauhiNya..maka lumpuhlah aku dalam merenangi lautan kehidupan..
No comments:
Post a Comment