Amal atau melakukan sesuatu bermaksud anda melakukan sesuatu sama ada atas keinginan sendiri atau dorongan sesuatu. Dalam hal ini, adalah satu kerugian buat anda sekiranya anda percayakan kepada sesuatu yang mendatangkan kebaikan tetapi anda tidak melaksanakannya. Sebagai contoh, anda tahu bahawa solat adalah wajib dan sesiapa yang meninggalkannya akan berdosa. Tetapi di sebalik kepercayaan anda kepada perkara fardhu itu, anda tidak pun mengamalkannya. Begitu juga dengan pelbagai perkara lain yang anda pelajari dalam hidup seperti penggunaan tali pinggang keledar. Anda percaya bahawa penggunaanya mampu menyelamatkan nyawa. Tetapi, jika anda tidak menggunakannya walaupun anda percaya kesan penggunaannya, maka anda akan menjadi orang yang rugi terutamanya apabila kemalangan berlaku dan anda mendapat musibah kerana tidak mengenakan tali pinggang keledar. Kita perlulah sentiasa memikirkan perkara-perkara yang kita anggap tidak penting. Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 2:
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَآمَنُوا بِمَا نُزِّلَ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَهُوَ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۙ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ
Maksud: (2) Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat).
Dengan mematuhi perintah Allah, kita akan menerima petunjuk dari-Nya. Firman Allah dalam Surah As-Soff:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
Maksud: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksud: Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Renung-renungkan dan selamat beramal
Edit Daripada Majalah Cahayah JAKIM
No comments:
Post a Comment