Monday, January 25, 2010

siapa kita disisi Allah.....

Allah telah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi-Nya. Adakah kita pernah rasa bersyukur dengan nikmat tuhan yang melimpah ruah?..pernah tidak kita habiskan harta kita kejalan Allah?...pernahkah kita sentiasa memuji Allah dengan setiap nikmat-Nya yang diberikan?...kita perlu akur dengan putaran hidup kita...hidup bagaikan roda sekejap dibawah sekejap diatas....Allah menjadikan kita sebaik-baik kejadian tapi kita tetap berdegil hendak ubah kesemua ciptaan Allah...kita juga tidak pernah bersatu hati...mulut cakap sahaja islam tapi dihati kita ruh islamiyah tiada...Allah Akbar...


pernahkah kita berfikir susah payah jujungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W berjuang mati-matian menyebarkan syiar islam...pernahkah kita terfikir?...Adakah kita ikut semua sunnah-sunnah baginda?....tidak sama sekali...oleh itu, sebagai umat islam jadilah insan yang sentiasa mendampingi Allah dan jadilah golongan Muqarrabin...Insya Allah...Dimanakah letaknya ruh islamiyah kita?...anak-anak zaman sekarang berkelakuan bebas...budaya melepak sentiasa terterap dalam jiwa masing-masing...


terdapat pelbagai pengaruh yang menyebabkan remaja suka melakukan perkara yang bertentangan dengan syariah islam..antaranya ialah ibubapa sendiri yang sibuk dengan hal masing-masing...pengaruh rakan sebaya...medi massa yang sentiasa menarik remaja ke lembah yang hina..


kita perlulah sentiasa mentaati perintah Allah dan Rasulullah...dan juga berpegang teguh kepada Kitab Al-Quran Dan Al- Hadis...kerana di dalam khutbah terakhir Nabi Muhammad...baginda telah menyuruh umat manusia supaya perpegang teguh kepada Al-quran dan As-Sunnah...insya Allah kita akan berjaya...




Hakcipta bebas oleh Mohd FahrulRAzi bin Md Salleh
Sebar-sebarkanlah agar kita sentiasa berpegang teguh kepada Allah Dan Rasulullah....Amin..

Saturday, January 23, 2010

SULTAN JOHOR MANGKAT: AL-FATIHAH







JOHOR BAHRU: Khabar sedih kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, di Hospital Pakar Puteri di sini pada jam 7.15 malam tadi disambut penuh dukacita seluruh rakyat. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, membuat pengumuman itu secara langsung melalui televisyen kira-kira jam 11.25 malam tadi pada sidang media khas di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, di sini.

Berikutan kemangkatan baginda, Abdul Ghani memaklumkan bahawa perintah berkabung diisytiharkan serta-merta dengan bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang selama tujuh hari bermula dari tarikh pemakaman baginda, hari ini.


Terdahulu, katanya, Upacara Pemasyhuran Pemangku Raja, Tunku Ibrahim Ismail sebagai Sultan Johor akan disempurnakan di Istana Besar sebelum upacara pemakaman berlangsung.


Beliau berkata, bangunan kerajaan juga diarahkan mengibarkan bendera separuh tiang bagi tempoh sama manakala semua bentuk hiburan baik waktu siang, mahupun malam hari pemakaman diarah dibatalkan.


Selain itu, katanya, semua masjid dan surau juga perlu mengadakan tahlil dan bacaan doa terhadap roh Almarhum selepas solat Maghrib tujuh hari dari tarikh pemakaman itu.


“Semua kerabat diraja akan berkabung 40 hari, manakala rakyat jelata akan berkabung tujuh hari dari tarikh pemakaman,” katanya yang mengumumkan hari ini sebagai cuti umum bagi Johor.

Abdul Ghani berkata, jenazah Almarhum akan disemayamkan di Dewan Besar, Istana Besar Johor bagi membolehkan diziarahi rakyat jelata dari jam 9 pagi hingga 10.30 pagi ini, manakala orang kenamaan antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.


Katanya, jenazah Almarhum akan diarak ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, dekat sini, pada jam 1.20 tengah hari dan dijangka dimakamkan pada jam 2 petang.


Menurutnya, peraturan berkabung seperti digariskan kerajaan negeri ialah lelaki Melayu dikehendaki memakai tanda lilit putih selebar dua inci pada songkok hitam.


Katanya, bagi rakyat bukan Melayu, satu lilitan kain hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri bersama tali leher hitam dan bagi pasukan beruniform, lilitan kain hitam selebar tiga inci perlu dipakai di lengan kiri.


Menurutnya, bagi wanita Melayu, mereka dikehendaki memakai tudung putih, manakala perempuan bukan Melayu memakai lilitan kain hitam selebar tiga inci pada lengan kiri.


Bagi menghadiri upacara pemakaman pula, orang ramai perlu memakai kain putih selebar dua inci pada songkok hitam dan berbaju Melayu Teluk Belanga hitam bagi lelaki Melayu manakala orang bukan Melayu pula dikehendaki memakai sut hitam bersama tali leher hitam selain kain lilit hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri.




HARIAN METRO 23 JANUARI 2010

Friday, January 22, 2010

MOTIVASI IMAN




Al Quran kalam Allah yang penuh dengan mujizat. Penyelidikan dan penemuan adalah bukti bahawa pohon hijau menjadi sumber tenaga mengakui akan kebenaran surah Yassin ayat 80 yang telah diturunkan sejak lebih 1400 tahun yang lalu.
Penemuan terhadap sumber tenaga daripada bumi membuktikan kasih sayang Allah terhadap manusia dalam sepanjang kehidupan mereka di dunia dengan menyediakan dan menyimpan perbendaharaan bumi dengan baiknya, sehingga manusia dapat menemui dan menggunakannya.
Maka dengan hujah apa lagi kebenaran Al-Quran mahu disangkal? Mengapakah ad manusia yang lupa akan Allah atau tidak mahu beriman dengan Allah setelah bukti nyata dan nikmat Allah mereka rasai, malahan ramai yang menjadi kufur iqtiqadi dan amali, berlaku zalim dan membuat kerosakkan dibumi Allah?
Umat islam sewajarnya semakin kuat iman dan yakin terhadap Allah setelah mengetahui kebenaran dan mukjizat Al-Quran.
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ  فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ 

Maksud: Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? ( Surah Ar-Rahman ayat 33-34)

Wallahu A'lam...
renung-renungkan lah..

    Saturday, January 16, 2010

    ORANG YANG BERAMAL SOLEH



    Amal atau melakukan sesuatu bermaksud anda melakukan sesuatu sama ada atas keinginan sendiri atau dorongan sesuatu. Dalam hal ini, adalah satu kerugian buat anda sekiranya anda percayakan kepada sesuatu yang mendatangkan kebaikan tetapi anda tidak melaksanakannya. Sebagai contoh, anda tahu bahawa solat adalah wajib dan sesiapa yang meninggalkannya akan berdosa. Tetapi di sebalik kepercayaan anda kepada perkara fardhu itu, anda tidak pun mengamalkannya. Begitu juga dengan pelbagai perkara lain yang anda pelajari dalam hidup seperti penggunaan tali pinggang keledar. Anda percaya bahawa penggunaanya mampu menyelamatkan nyawa. Tetapi, jika anda tidak menggunakannya walaupun anda percaya kesan penggunaannya, maka anda akan menjadi orang yang rugi terutamanya apabila kemalangan berlaku dan anda mendapat musibah kerana tidak mengenakan tali pinggang keledar. Kita perlulah sentiasa memikirkan perkara-perkara yang kita anggap tidak penting. Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 2:


    وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَآمَنُوا بِمَا نُزِّلَ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَهُوَ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۙ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ


    Maksud: (2) Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat).


    Dengan mematuhi perintah Allah, kita akan menerima petunjuk dari-Nya. Firman Allah dalam Surah As-Soff:


    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ 


    Maksud: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? 

    تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَ‌ٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ


    Maksud: Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


    Renung-renungkan dan selamat beramal


    Edit Daripada Majalah Cahayah JAKIM


    KEADAAN DUNIA ISLAM DAN KEPENTINGANNYA

    Saudara-saudara yang mulia !!
    Perkara yang pertama yang harus anda semua ketahui ialah Dunia Islam terbahagi
    kepada dua jenis:
    Jenis pertama :
    Negara di mana orang-orang Islam merupakan kumpulan minoriti dan tampuk
    pemerintahannya berada di tangan orang lain (bukan Islam).
    Jenis kedua :
    Negara yang majoriti (sebahagian besar) penduduknya terdiri dari orang-orang Islam
    dan mereka sendiri menerajui pemerintahan.
    Tidak perlu dibincangkan lagi bahawa kelompok yang kedua ini lebih penting dari
    kelompok yang pertama mengikut ukuran biasa. Kerana nasib umat Islam di dunia ini
    benar-benar bergantung di atas maju atau mundurnya kelompok kedua ini, berdasarkan
    sistem yang dipilih untuk diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.
    Ini bukan bererti saya menafikan kepentingan kelompok yang pertama, malahan saya
    memberi perhatian khusus untuknya, kerana dengan wujudnya orang-orang yang
    beriman dengan satu akidah, satu fikrah dan satu sistem hidup yang berada di segenap
    penjuru alam ini, yang bilangan mereka ratusan ribu, malah lebih banyak, itulah
    sebenarnya sebesar-besar wasilah dan sekuat-kuat pendorong untuk membakar
    semangat orang-orang yang beriman dengan akidah, fikrah dan sistem tadi supaya
    hidup secara praktikal dan meninggikan panjinya.
    Tetapi apabila akidah, pemikiran dan dakwah tadi telah kalah dalam kandang sendiri
    atau kedudukan terhina maka sudah terang orang-orang mukmin yang bertaburan
    disana sini di segenap pelusuk alam tidak akan di tanggung oleh bumi dan diteduhi
    oleh langit hingga sesuatu masa yang tidak dapat ditentukan, dan ianya bukan pendek
    pula.



    oleh
    ABUL A’LA AL-MAUDUDI

    REBUTLAH PELUANG DENGAN MENYEBARKAN ISLAM !

    Saudara-saudara yang mulia!!!
    Di saat yang bertuah ini, sukacita saya membayangkan kesyukuran dan perasaan
    puashati saya dengan peluang ini, di mana diberi kesempatan untuk saya
    menyampaikan ucapan yang serba kekurangan di hadapan kumpulan yang baik yang
    terdiri dari pemuda-pemuda yang beriman serta ikhlas yang datang dari pelusuk alam
    untuk mengunjungi negara yang aman makmur ini. Mereka datang kerana
    menyebutkan Nama Allah di hari-hari yang tertentu (musim haji) dan kerana
    menyampaikan perkara yang memberi manfaat pada mereka. Atau dengan kata lain
    kerana menghadiri perhimpunan agong sebagai persidangan tahunan Islam.
    Tujuan ucapan saya ini ialah untuk memperkatakan kepada pemuda mukmin secara
    menyeluruh tentang perjalanan dakwah Islamiah sebagaimana yang di kehendaki oleh
    keadaan dunia Islam sekarang.
    Saya akan mengambil kesempatan yang berharga ini untuk menyatakan sesuatu yang
    tersembunyi di lubuk saya dan terpendam di sanubari saya. Agar saudara-saudara
    semua dapat mengetahui dengan nyata dan terang satu persatu tentang perkara-perkara
    yang memberi manfaat kepada Islam dan umatnya. Mereka yang hadir ini hendaklah
    memberitahu kepada yang tidak hadir, kerana kemungkinan di masa akan datang sukar
    bagi saya untuk mendapat peluang yang baik seperti pada hari ini dan ditempat yang
    mulia ini.
    Saya berdoa agar Allah berikan taufik kepada saya dan kepada saudara-saudara untuk
    mendapat keredhaanNya dan ia menjadikan segala amalan kita ikhlas kepadaNya.



    oleh
    ABUL A’LA AL-MAUDUDI

    KEMATIAN MENANTI KITA....





    Tanda 100 hari sebelum mati





    Iini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendainya. walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan alaman dan usuran yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.




    Tanda 40 hari sebelum hari mati




    Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. adapun malaikat maut ini wajahnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya.




    Tanda 7 Hari Sebelum Mati




    Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.




    Tanda 3 Hari Sebelum Mati 




    Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita aiaitu diantara dahi kanan dan kiri, Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang hendak memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 




    Tanda 1 Hari Sebelum Mati




    Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sbelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.




    Tanda Akhir




    Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.




    Sesungguhnya mengingati mati adalah bijak .

    Sebarkan buletin ini....May Allah Bless You. 




    BANGKITLAH WAHAI MUJAHID ISLAM






    Delegasi terbesar parlimen Eropah akan ziarah Gaza pada hari Jumaat .


    Jumaat , 15/01/2010 – Delegasi terbesar parlimen Eropah dijangka tiba di Semenjanjung Gaza pada hari Jumaat melalui sempadan Rafah untuk melaporkan situasi kemanusiaan yang tragik di sana.


    Delegasi itu akan disertai oleh lebih daripada 50 penggubal undang-undang dan bekas-bekas menteri dari 12 negara Eropah dan akan melaporkan tentang impak serangan dan kepungan oleh Israel kepada parlimen dan kerajaan masing-masing.


    Dr. Arafat Madi, Ketua Kempen Eropah untuk Akhiri Pengepungan, berkata dalam satu sidang media yang diadakan di London dengan dihadiri oleh beberapa anggota delegasi, bahawa kunjungan itu akan berlangsung selama 2 hari. 


    Dalam rangka lawatan itu, delegasi akan bertemu dengan Majlis Perundangan Palestin dan ahli jawatankuasanya, beberapa NGO bagi mendokumentasikan jenayah perang serta melawat kawasan-kawasan yang dibom.

    sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
    penterjemah : salwa

    fikir-fikirkan wahai umat Nabi Muhammad S.A.W




    PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM TERHADAP ISU-ISU SEMASA

    Kertas Kerja  dibentangkan di Seminar Pemikiran Islam Semasa

    UiTM Kampus Segamat

     

    Oleh: Abdul Halim Ramli[1]

             

    Pendahuluan


    Kertas kerja ini cuba mengupas persepsi atau pandangan masyarakat Islam terhadap beberapa isu yang timbul di negara ini. Kertas kerja ini lebih ke arah membetulkan persepsi  songsang yang terdapat di dalam pemikiran umat Islam di negara ini di dalam menggarap atau memperkatakan sesuatu isu berhubung dengan Islam. Segala permasalahan yang timbul di kalangan umat Islam sewajarnya dirujuk kepada sumber Islam yang autentik dan bukannya diselesaikan mengikut agak-agakan, sentimen kepartian apatah lagi ledakan emosi. Islam adalah satu agama yang ditegakkan di atas dasar ilmu bukannya fanatisme atau taqlid membuta tuli. Kegawatan yang berlaku di dalam kehidupan umat Islam hari ini berpunca dari kedangkalan ilmu, konflik politik dan kepentingan diri, kumpulan dan sebagainya. Seruan terhadap Islam itupun didirikan di atas dasar ilmu, ajakan berbahas, berdailog dan berdebat dengan cara yang baik agar kebenaran yang hendak ditegakkan benar-benar difaham , dihayati dan diterima dengan hati yang terbuka oleh umat Islam.


    Isu-Isu Semasa Umat Islam: Satu Senario


    Semenjak Umat Islam di negara ini mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini banyak isu-isu yang mendapat perhatian di kalangan umat Islam. Kalau sebelum merdeka isu-isu yang timbul berkisar kepada perjuangan untuk memerdekaan tanah air, memajukan umat Melayu yang mundur di dalam pelbagai bidang, isu-isu agama yang melibatkan persoalan bidah, khurafat, pendidikan agama, penghakisan nilai-nilai hidup Islam serta lain-lain isu sosial seperti kedudukan  dan peranan wanita di dalam pembangunan negara. Pasca-kemerdekaan memperlihatkan kesungguhan umat Melayu Islam  memperkukuhkan  lagistatus quo mereka di dalam Tanah air mereka sendiri di dalam pelbagai bidang khususnya penyertaan kaum Melayu dalam sektor ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi. Di dalam masa yang sama kesedaran beragama semakin meningkat di kalangan umat Melayu khususnya apabila lahirnya kesan-kesan negatif modenisasi yang dijalankan. Isu-isu modenisasi sama ada ianya  membawa kesan positif atau negatif telah menjadi tumpuan di dalam apa juga agenda sama ada agenda politik, pendidikan, gerakan keagamaan dan sebagainya.

    Sistem pendidikan yang diwujudkan oleh penjajahan Ingeris serta diperkukuhkan selepas kemerdekaan Malaysia rupa-rupanya telah membelah pemikiran , pendekatan dan cara bertindak umat Melayu. Sistem pendidikan tersebut sekurang-kurangnya telah menghasilkan dua kelompok umat Melayu, iaitu Melayu-sekular dan Melayu Islamis. Kedua-dua kelompok inilah yang mencorakkan isu-isu semasa umat Islam mengikut kefahaman dan persepsi kelompok masing-masing. Kadang-kala konfrantasi kedua kelompok ini  bukan sahaja dalam bentuk pertentangan idea dan pendekatan malah turut membawa kepada  pertentangan fizikal seperti  peristiwa Memali, pulau memulau, dan kafir mengkafir.

     

    Persepsi Songsang  Umat Islam Terhadap Isu-Isu Semasa



    Perkembangan mutakhir memperlihatkan banyak isu-isu yang lahir dan dibahaskan berdasarkan persepsi yang songsang. Antaranya:


    1)      Islam tidak boleh dicampur adukan dengan politik

    Isu tersebut seringkali kita dengar dan membacanya di dada-dada akbar dan media elektronik. Isu tersebut timbul  sebahagian besarnya adalah akibat daripada pertentangan idealogi politik parti-parti politik yang terdapat di negara ini dalam usaha mereka untuk mendapatkan pengaruh dan kekuasaan di kalangan masyarakat. Sebenarnya slogan bahawa agama harus dipisahkan daripada politik bukanlah baru di dunia Islam. Ia berpunca dari fahaman Barat dan kejahilan umat Islam memahami world-view Islam secara menyeluruh. Ada sesetengah pihak  cuba melunakan istilah secular dengan memberinya makna yang positif agar ia semacam sesuai dengan Islam. Seperti membahagikan istilah sekular kepada dua, iaitu  sekular  negatif dan  sekular  positif. Ada pandangan yang lebih berani lagi dengan mengatakan Islam adalah agama sekular yang memisahkan persoalan politik dari agama . Pandangan tersebut dibuat oleh Shekh Ali Abd al-Raziq yang berasaskan kepada 4  alasan (Lihat:Mohamed S.El-Wa, On the political system of Islamic state, 1984):

    i.Bentuk pemerintahan Islam boleh dalam apa juga bentuk sama ada otokrasi, birokrasi, monarki, republik, demokrasi dan lain-lain.

    ii. Tugas Nabi hanya mengajak memeluk agama, bukannya untuk mengatur negara atau pemerintah.

    iii. Islam agama persatuan.

    iv. Rasulullah mengajak umatnya bersatu dan berjaya mempersatukan mereka.


    Pandangan di atas telah ditolak  dengan hebat oleh ulamak-ulamak Islam seperti Shekh Muhamad al-Khidr Hussein (Mufti Azhar), Prof.Abd Hamid Mutawalli dan lain-lain lagi.Sekiranya pandangan tersebut diterima, seolah tugas Rasulullah adalah sekadar mengajak manusia mentauhidkan Allah dan bukannya mengatur hidup manusia berpadukan hidayah daripada Allah.Pandangan tersebut juga bererti menolak sebahagian besar sirah Rasulullah yang memperlihatkan perjuangannya yang bersungguh-sungguh bagi mewujudkan  sebuah negara Islam di Madinah , antaranya melalui hijrahnya ke Madinah dalam rangka mewujudkan sebuah daulah Islamiah.Menurut Prof.Ismail al-Faruqi; “the most important aspect of the Hijrah is its creation of the Islamic state”, katanya lagi’ “…the state is inevitable for Islam. It is absolutely necessary for muslims to fulfill their Islamicity” . Ia juga merupakan essensi pengalaman keagamaan Islam yang menuntut pelaksanaan Islam dan mengubah ruang-waktu bagi memenuhi pola ketuhanan (Prof.Ismail al-Faruqi, The Hijrah: The Necessity of its iqamat, 1983) . Negara Islam menurut  Muhammad Iqbal adalah “is the expression of Islam’s spirituality” yang perlu diperluaskan dalam kehidupan umat Islam.Kalau diterima pandangan yang membataskan fungsi agama hanyalah dalam persoalan keagamaan sepertimana interprestasi Shekh Ali Abd Raziq terhadap fungsi pengutusan Nabi Muhammad, samalah Islam dengan agama Kristian yang membataskan peranan  Pope mereka dalam persoalan ritual semata-mata atau Pope hanyalah pemerintah dalam kerajaan spiritual.

    Ada juga segelintiran masyarakat Melayu menyarankan agar nama Islam tidak boleh digunakan oleh parti-parti politik atau pertubuhan-pertubuhan bagi mengelakkan Islam diperalatkan oleh  parti politik tersebut bagi mendapatkan pengaruh di dalam masyarakat. Pandangan tersebut berasaskan hujah bahawa terdapat pertubuhan-pertubuhan di luar negara yang menggunakan Islam melakukan keganasan terhadap orang lain.Disamping itu, ia bertujuan mengelakkan berlakunya perpecahan dan pertelagahan sesama Islam. Pandangan tersebut merupakan pandangan yang bias, prejudis dan tidak berasaskan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Pandangan tersebut hanya sekadar melanjutkan padangan negatif Barat terhadap Islam, kebencian terhadap gerakan Islam dan dibuat atas dasar penilaian rasional dan pengamatan sosiologi semata-mata. Kalau diterima pandangan ini, bukan sahaja pertubuhan politik tidak boleh menggunakan  nama Islam, tetapi juga Bank juga tidak boleh dinamakan dengan Bank Islam dan nama orang-orang Melayu juga tidak boleh digunakan nama-nama Islam kerana alasannya ia masih melakukan kejahatan,kemungkaran atau tidak melambangkan hakikat Islam.

    Kata nama Islam disandarkan kepada apa juga perbuatan, aktiviti dan gerakan adalah bertujuan untuk memberikan identiti khas dan hala tuju bahawa pekara tersebut dilakukan demi mencapai kehendak Islam mengikut kemampuan manusia. Kita mengakui bahawa terdapat kelemahan di dalam aspek penghayatan dan pelaksanaan Islam bagi pertubuhan yang menggunakan nama Islam. Sepatutnya kelemahan mereka itu harus diperbetulkan melalui semangat musyawarah, kritikan yang membina dan hujah yang rajih, bukannya dengan terus mengharamkan penggunaan  nama Islam sepertimana kesilapan besar yang dilakukan oleh Turki di bawah pemerintah Kamal Atartuk dan diteruskan sehingga hari ini. Disamping itu, tidak pernah ada mana-mana ulamak yang mengeluarkan fatwa mengharamkan atau tidak menggalakkan penggunaan nama Islam atas apa juga pekara melainkan dengan jelas pekara tersebut adalah satu kemungkaran. Pandangan tersebut adalah jelas lahir dari kejahilan, kebencian , phobia dan finatik, bukannya berasaskan hujah yang autentik!.

    Satu lagi alasan yang dikemukkan bagi golongan yang mahu nama Islam tidak digunakan  dalam pertubuhan atau parti politik ialah alasan untuk menjaga kesucian Islam. Sebenarnya kesucian Islam terjaga apabila sistem Islam dinobat dan dilaksanakan di dalam kehidupan umat Islam. Islam hanya benar-benar terjaga kesuciannya apabila ada keazaman yang jitu di kalangan pertubuhan atau gerakan yang benar-benar mahu menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. Tidak ada maknanya  kalau sekadar berselogan mahu menjaga kesucian Islam sedangkan segala tindak tanduk, pendekatan yang digunakan jauh dari kehendak ajaran Islam . Golongan yang masih berpegang teguh kepada fahaman sekularisme, sebenarnya mahu bertindak bebas di dalam apa juga tindakan mereka.Agama bagi mereka hanyalah penghalang kepada cita-cita dan nafsu tamak yang ada di dalam diri mereka. Justeru itu, mereka mencari berbagai dalih bagi memperlihatkan Islam sebagai satu agama yang tidak boleh dicampur adukan dengan persoalan politik dan sebagainya. Kalau politik tidak ada di dalam Islam bermakna Allah  adalah bersifat jahil kerana menurunkan satu agama yang tidak lengkap dan tidak relaven dengan kehidupan manusia. Hebat sangatkah diri kita sehingga kita sanggup mengatakan Allah itu jahil !!!!.
    2) Ulamak , Politik dan Kepimpinan

    Ulamak di dalam Islam disebut sebagai pewaris para Nabi. Peranannya bukan sekadar menjadi imam di dalam sembahyang, membaca doa, mengeluarkan fatwa bahkan mereka adalah golongan yang mengambil alih fungsi Nabi sebagai pemimpin masyarakat Islam. Peranan mereka yang menyeluruh dan amat berat tersebut  bukannya  sesuatu yang baru di dalam sejarah dan tamadun Islam. Namun di dalam masyarakat kita hari ini ada golongan yang tidak menyenangi penglibatan golongan tersebut di dalam kegiatan politik. Mereka lebih   suka melihat ulamak mengasingkan diri dari kegiatan politik dengan hanya menumpukan kepada persoalan keagamaan semata-mata. Sikap mereka itu samalah dengan sikap penjajah Barat semasa mereka menjajah dunia Islam dahulu. Ulamak yang hanya membataskan diri mereka dalam hal-hal kerohanian amat disenangi oleh golongan penjajah. Di dalam Islam, persoalan kepimpinan amat penting kerana ia menentukan pelaksanaan Islam sebagai satu sistem. Imam al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah menyebutkan “adalah wajib melantik ketua negara untuk menggantikan Rasulullah bagi melindungi agama serta mentadbir dunia dengan agama”. Tujuan pemerintahan Islam menurut Mohamad S.El-Wa ( On the political system of Islamic state,1984) adalah untuk terciptanya identiti Islam dalam masyarakat. Agar seluruh aspek penghidupan berpijak kepada prinsip-prinsip nilai-nilai Islam.Jelas disini, tugas ketua negara bukan sekadar meningkatkan sosio-ekonomi umat, tetapi yang lebih penting lagi memertabatkan agama sebagai satu sistem yang mengatur seluruh perjalanan hidup muslim.[2]

    Oleh kerana  kesinambungan Islam amat bergantung kepada pemimpin, maka Islam menetapkan pemilihan pemimpin tersebut harus memenuhi syarat seperti keadilan, ilmu yang membolehkan iaberijtihad dalam hal-hal yang berlaku serta mengeluarkan hukum, sempurna pancaindera, tidak cacat, mempunyai idea yang boleh memimpin rakyat ,menjaga kepentingan negara dan berketurunan mulia (al-Mawardi, al-Ahkam al-Sultaniyyah). Golongan yang wajar memikul tanggungjawab tersebut adalah golongan yang soleh seperti fatwa Ibn.Taymiah dalam kitabnya Ro’ul ma lam ‘an a’immatil a’lam, katanya: “kaum muslimin setelah memberikan wala’ (kesetiaan/ketaatan)kepada Allah dan Rasulnya, wajib memberikan wala’ kepada orang-orang mukmin sebagai ditegaskan oleh al-Qur’an, terutamaulamak yang menjadi pewaris para nabi dan dijadikan Allah sebagai bintang-bintang penunjuk jalan dikegelapan malam” (lihat,Dr.Yusof al-Qardowi, Fiqhul Iktilaf, 1995). Pandangan ini memperjelaskan adalah tidak salah bahkan tepat sekiranya ulamak melibatkan diri dalam kegiatan politik  dalam rangka menjalankan amanah Allah. Namun, sekirannya pemimpin yang dilantik itu tidak mencapai taraf sebagai seorang ulamak adalah wajar menjadikan ulamak sebagai penasihat mereka di dalam menjalankan urusan negara seperti mana yang telah dijalankan oleh pemimpin umat Islam waktu silam.


    3). Masjid ,Fungsi dan Perpecahan

    Salah satu isu yang hangat diperkatakan pada hari ini adalah berlegar tentang persoalan peranan masjid di dalam masyarakat. Terdapat berbagai persepsi umat Islam di negara ini tentang fungsi masjid, antaranya pandangan masjid hanya sekadar tempat beribadah, manakala persoalan politik tidak boleh dibincangkan di dalam masjid. Apakah persepsi tersebut mempunyai asasnya di dalam Islam? . Prof.Ahmad Shalaby telah menggariskan peranan institusi masjid semenjak zaman Rasullulah adalah seperti berikut: ia adalah tempat melakukan ibadat, tempat bermesyuarat, mahkamah menjatuhkan hukuman, institusi pengajian, balai pertemuan, tempat kegiatan kesusteraan, tempat perbincangan mengenai perihal ekonomi dan perdagangan dan tempat memutuskan urusan negara. Sidi Gazalba pula menyimpulkan  institusi masjid di dalam |Islam adalah pangkal tolak dan penghujung dari setiap segi kehidupan mereka.Dari keterangan di atas adalah tidak salah idealisme politik dibincangkan di dalam masjid tetapi ia mestilah berasaskan kepada nilai ketakwaan dan masjid tidak boleh sama sekali mengadakan kegiatan atau aktiviti kemasyarakatan (termasuk politik) yang boleh membawa pepecahan umat Islam (Zakaria Stapa, Fungsi dan kegunaan Masjid simbol perpaduan ummah).

                Segala permasalahan umat Islam semasa seperti perbalahan dan perselisihan pendapat harus diselesaikan di dalam masjid melalui semangat syura. Masjid seharusnya menjadi badan bebas yang memantau semua kegiatan umat Islam yang berada dipersekitarannya dan mejadi mekanisme memupuk perpaduan umat Islam. Zakaria Stapa menyimpulkan piawian kegiatan masjid mesti didasarkan kepada tiga asas,iaitu: ketakwaan, perpaduan dan kesucian. Semua aktiviti dibenarkan di masjid sekiranya tiga piawian tersebut tidak dilanggar. Sekirannya masjid hendak dikawal, maka ia hendaklah diasaskan kepada pandangan al-Qur’an dan Hadis dan bukannya berasaskan pandangan manusia semata-mata. Menurut Al-Qadi Abu Bakar al-Arabi dalam kitab tafsirnya  Ahkam al-Qur’a (Lihat Akbar Eklusif, 21-27 Feb, 2000), mengatakan; umat Islam dianggap merobohkan masjid sekirannya mereka menghilangkan fungsinya dan menghalang muslimin untuk melahirkan syiar dan kesatuan pendirian.Pemilihan Imam di dalam masjid mengikut  al-Mawardi boleh dilakukan oleh pemerintah atau persetujuan ramai warga masyarakat yang berasaskan kepada syarat-syarat tertentu seperti hendaklah seorang yang Qari danFaqih. Sekiranya terdapat dua orang calon imam, iaitu seorang yang qari tetapi tidak faqih, manakala seorang lagi adalah faqih tetapi tidak qari, maka al-Mawardi memutuskan yang faqih lebih layak dilantik menjadi imam.


    4) Wanita , Poligami Dan Gangguan Sexual

    Isu poligami dikalangan wanita bukanlah isu baru, malah ia sentiasa menjadi perbincangan pelbagai pihak, khususnya golongan wanita. Isu tersebut telah mendapat perhatian di kalangan pertubuhan wanita seperti Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia, Sisters In Islam, Persatuan Peguam-Peguam Wanita Muslim dan lain-lain yang telah menyuarakan dengan lantang kebimbangan mereka terhadap suami yang ingin berpoligami.Isu tersebut menjadi hangat terutama apabila kerajaan Selangor memansuhkan peraturan tandatangan isteri yang sedia ada di dalam borang permohonan jika sesorang suami itu berhasrat untuk berpoligami. Kemudian isu ini dikaitakan dengan bermacam-macam insiden seperti pengabaian tanggungjawab suami terhadap isteri pertama, keadilan, nafkah dan lain-lain (Al-Manar,Jun 1997).

    Meskipun poligami merupakan isu kontraversi sepanjang zaman, namun hukum Islam adalah jelas memberikan keizinan kepada kaum lelaki berkahwin sehingga 4 orang isteri (lihat An.Nisa’:3). Poligami diizinkan berasaskan tindakan Rasulullah sendiri sama ada berbentuk sunnah amaliah atau taqririah.Bagaimanapun, keizinan itu tertakluk kepada dua syarat lain, iaitu kemampuan material, fizikal dan keadilan antara isteri dari sudut material bukannya melibatkan rohani/emosi. Rasulullah sentiasa berlaku adil di kalangan isterinya dari aspek material tetapi dari aspek emosi beliau lebih mengasihi Aisyah dan Siti Khadijah. Ketika dikritik oleh Ummu Salamah (salah seorang isteri Rasulullah), Rasulullah bersabda: “Jangan kamu menyakitiku tentang Aisyah, sesungguhnya wahyu tidak datang kepadaku, dalam keadaan aku berada di dalam selimut seorang wanita melainkan dengan Aisyah”. Hanya Allah sahaja mempunyai kecintaan yang mutlak untuk seluruh makhluknya sepertimana doa Rasulullah: “Ya Allah, inilah pembahagian terhadap apa yang aku miliki.Janganlah engkau mengambil kira terhadapku sesuatu yang Engkau miliki dan aku tidak miliki” (Dr.Sa’adduddin al-Sayyid Salih, Strategi musuh menentang Islam(trj.), 1996). Meskipun amalan poligami di kalangan kaum lelaki di negara ini ada bukti yang jelas kelemahannya, namun kita tidak boleh menentang hukum tersebut kerana ia diputuskan oleh Allah sendiri. Poligami yang positif adalah penyelesaian terhadap masalah andartu, ibu tunggal,  dan pertambahan bilangan penduduk wanita di negara ini. Zamakhsyari pengarang kitab Tafsir al-Kasyaf menyatakan diantara sebab-sebab Islam mengharuskan berkahwin lebih dari satu adalah unntuk menjaga masyarakat dari jatuh ke lembah perzinaan (Dipetik oleh Dr.Mohammad al-Bahi, Sikap wanita Islam kini (trj.), 1981). Ramai wanita yang sukar mendapat jodoh di kalangan lelaki tempatan telah bertindak mengawini lelaki pendatang sehingga menimbulkan pelbagai masalah kepada diri dan keluarga mereka.

    Mutakhir ini gangguan sexual yang dilakukan oleh kaum lelaki terhadap golongan wanita di tempat kerja mendapat perhatian kerajaan sehingga diperkenalkan akta khas gangguan sexsual. Akta tersebut diperkenalkan kerana banyak laporan dikemukkan menunjukkan terdapatnya gangguan sexsual  ke atas golongan wanita di tempat kerja atau dimana sahaja mereka berada. Kita memang menyokong undang-undang ini, tetapi adalah tidak adil menyalahkan kaum lelaki seratus peratus sebagai sebab utama berlakunya fenomen tersebut. Kaum wanita juga harus dipersalahkan dan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya perlakuan mereka seperti bentuk pakaian yang sexy, suara yang mengoda, perbuatan yang merangsang dan lain-lain lagi yang boleh mendorong kaum lelaki melakukan gangguan seksual. Dengan sebab itu, Islam telah memberikan syarat-syarat tertentu kepada kaum wanita yang ingin berkerja, seperti:

    i.                     tidak menjejaskan kehormatannya sebagai seorang wanita, isteri yang setia dan ibu yang dimuliakan, apabila berada dengan lelaki di tempat kerja.
    ii.                   Tidak menjejaskan kehidupannya dalam rumahtangga sebagai seorang isteri yang mempunyai sifat lemah lembut dan kasih sayang serta tanggungjawab terhadap suami dan anak.
    iii.                  Tidak menjejaskan kedudukannya sebagai ibu yang sepatutnya memberi asas-asas pelajaran yang baik terhadap anak-anaknya yang masih kecil
    iv.                 Tidak mempunyai sikap bahawa bekerja di pejabat-pejabat dan kerja-kerja lain yang ringan sebagai jalan untuk melarikan diri daripada tugas-tugas sebagai suri rumah yang dianggap membosankan.(Lihat,Jurnal Minda Usuluddin, N0.6, Jun 1997).


    5) Finatik dan Ekstrimisme

    Kedua-dua istilah tersebut seringkali dirujuk kepada gerakan yang bercorak keislaman terutama untuk memperlihatkan tindakan mereka yang tidak bertolak ansur dengan kelompok lain terutama melibatkan persoalan dasar keislaman. Apakah finatisme dan ekstrimisme dalam bentuk ini sesuatu yang dicela oleh Islam?. Al-Qardowi telah memberikan ruang lingkup ekstrimisme adalah dalam bentuk:
    i.                     finatik terhadap sesuatu pendapat dan menolak pendapat yang lain
    ii.                   memaksa orang lain mengikut apa yang tidak diiltizamkan oleh Allah
    iii.                  mempraktik hukum bukan pada tempatnya
    iv.                 sikap kasar dan keras
    v.                   terjerumus dalam mengkafirkan orang Islam lain.

    Manakala Abd Rahman al-Maidani telah memberikan definisi ekstrimisme sebagai “melampaui batas-batas hukum Allah dengan meluaskan wazan agama yang telah ditetapkan dengan batas-batas hukum tersebut”. Golongan sekularis pula mendifinasikan ekstrimisme sebagai “mempraktikkan ajaran agama dan seruan ke arah perlaksanaan syariat Islam dalam semua bidang”(untuk keterangan lanjut lihat,Majalah Pengasuh, Nov.-Dis.,1999). Kesimpulannya, sekirannya seseorang itu melaksanakan cara hidup Islam  bukanlah termasuk di dalam kelompok ekstrimisme agama mengikut pandangan ulamak Islam tetapi ia dikelompokkan sebagai ekstrimisme agama kalau mengikut pandangan golongan sekularis.

    Apa yang ditentang oleh Islam menurut Yusof al-Qardowi ialah sikap finatik kepada diri, kelompok atau parti. Finatik kepada diri ialah dengan menolak pendapat orang lain, finatik kepada mazhab sampai memaksumkan mazhab atau imam mereka dan finatik kepada kelompok atau parti dengan tidak memperdulikan kebatilan kelompok atau kebenaran kelompok lain. Islam menurut al-Qardowi mengharuskan bersifat adil kepada orang yang dicintai atau kepada orang yang tidak dicintai. Janganlah kemarahan membuatkan ia keluar dariapada kebenaran atau kecintaan menjerumuskan kepada kebatilan. Akhlak untuk keluar dari finatikisme ini adalah dengan melihat kepada perkataan bukannya melihat kepada siapa yang memperkatakan serta berani mengkritik (Lihat Yusof al-Qardowi, Fiqhul Iktilaf, 1995).

    Kesimpulan


    Dari huraian di atas, jelaslah persepsi masyarakat Islam terhadap isu-isu yang melibatkan persoalan keagamaan tidak dilihat dari perspektif ilmu dan Islam secara menyeluruh. Persepsi songsang umat Islam di negara ini berpunca dari kecetakan ilmu keagamaan, pengaruh pemikiran Barat, finatikisme, phobia Islam dan faktor-faktor lain. Apabila timbul sesuatu permasalahan umat Islam, sewajarnya dirujuk kepada ahlinya, bermuzakarah secara baik bukannya menggunakan media massa untuk menghantam golongan yang lain sehingga melebarkan lagi perpecahan masyarakat Islam di negara ini. Allahua’lam.