Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada
1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez
Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar
Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang
diperintah oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah
Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM
SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin
radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan
yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez
sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya
merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada
rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez
yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong
tindakan Hafez Al-Assad.
BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad-
konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari
mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat
Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan
yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain
seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di
Syria.
PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan
kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu
di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT
MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku
kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini.
Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka.
Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat
kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat
dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan
mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan),
maka berlakulah kebangkitan di Syria.
BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG
TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang
pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah
dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum
dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin
Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang
menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4
KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu
dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan
mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan
Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3
keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10%
lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal
Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi
Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak
ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN
TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…
FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama
Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka
daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan
hadis berikut;
#”Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa
terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan
agamanya, maka dia syahid” -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya
(2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652
dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.
PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh.
Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini
telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman
rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah
Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria
memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian
iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria
merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq
merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang
terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID….
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas
Syria.
KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN
JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana
itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di
SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya
yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan
seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang
menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang
menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku
sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul
dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini
mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual
Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak
zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang
singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria
telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal
oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan
memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi
bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad
untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah
menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar
Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan
delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan
dan menyebarkan berita sebenar.
PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM &
SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang
bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan
dari kalangan KAMI”
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:
Kalam Saidina Ali KWJ; “Sesungguhnya negeri
yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga
datangnya kiamat”.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’
ayat 81;
“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara
yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu
perkara yang tetap lenyap”.
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ;
adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala
benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.
Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni
Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )
sekian…..ilhamkaza ayoub@Damanhur,Egypt
— with Abdul Hafeez Kusmani, Azrul Aminul Mazuki, Syeeth Yaqzan, Hairey Fara,
Afieq Azmy, Ahmad Zulaini and Bane Asume.
Wallhualam…
Sumber : halaqah.net
No comments:
Post a Comment