Tuesday, April 03, 2012

Photobucket Bersugi Atau Memberus Gigi Menurut Islam

kayu sugi @ Siwak




Bersugi juga di sebut dengan perkataan bersiwak yang berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud pencedok dan alatnya. Manakala dari segi syarak pula bermaksud kayu yang digunakan seperti ranting atau sebagainya di dalam mulut dengan tujuan untuk membersihkan gigi.

Boleh menggunakan apa sahaja untuk bersugi dengan syarat alat tersebut hendaklah suci daripada najis dan bersifat kesat. Bersabda Rasulullah SAW mafhumnya :"Bersiwak adalah membersihkan mulut dan mendapat keredaan daripada Allah". (Riwayat Abu Daud)Hukum Bersugi
  1. Sunat iaitu pada bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran dan ketika berubah bau mulut.
  2. Makruh bagi orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadan) atau puasa sunat selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu zuhur.

Waktu Bersugi

Bermula bersugi itu disunatkan pada sekelian waktu. Tetapi yang lebih afdhalnya ialah di dalam lima waktu, diantaranya ialah :
  1. Waktu hendak mengambil air wuduk.
  2. Waktu hendak menuniakan solat.
  3. Waktu bangun dari tidur.
  4. Berubah bau mulut.
  5. Hendak membaca Al-Quran.

No comments:

Post a Comment