28 Ogos baru2 ni, seorang lelaki bersenjata
telah menembak mati dua orang wanita dan tiga lelaki di Selatan Thai..setiap
minggu kes pembunuhan berlaku dan tiada kesudahannya..tahukah anda sehingga
Oktober ini keganasan di Selatan thai yang majoritinya di huni oleh penduduk
Melayu Islam telah mengorbankan seramai lebih 4 100 orang dalam tempoh enam
tahun..dulunya patani ialah sebahagian kedah. perjanjian ingggeris -siam 1902
menjahanamkan Islam dan melayu patani.kebanyakkan mangsa2 yang menjadi sasaran
adalah ketua kampung,ustaz,guru,imam,
Rata-rata umat Islam hari ini melihat perjuangan di Selatan Thai lebih kepada
menyelamatkan bangsa Melayu Pattani atas tiket nasionalisme. Oleh sebab itu,
hilang rasa kebersamaan untuk berjuang membebaskan Pattani bersama-sama para
mujahidin di sana. Lalu mereka mengambil sikap seperti enau dalam belukar,
masing-masing melepaskan pucuk sendiri. Sedarlah umat Islam sekalian!
Pergolakan di Selatan Thai adalah isu umat. Saudara kita di sana sedang
berjuang menentang golongan yang mahu menukar agama mereka. Barangsiapa yang
tidur dan tidak mengambil peduli urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari
golongan mereka. Tidakkah kita gerun mengenangkan sepotong hadis baginda ini?
Kronologi Peristiwa Penting :
28 April 2004- Kampung Krisek ( Kre Se ), Pattani, sekitar 106 orang remaja dan
pemuda Muslim menjadi sasaran bedilan peluru. Mereka dituduh melakukan serangan
ke atas pos-pos keamanan pihak keselamatan Thai menggunakan senjata tajam
24 Oktober 2004 (bulan Ramadhan)- Tragedi Tak Bai, 85 orang terbunuh akibat
sesak nafas kerana ditindan beramai-ramai di dalam trak askar.
2008 – Shukri, iaitu seorang penjaga masjid Hidayatul Muslimin, Narathiwat
dibunuh.
30 Januari 2009- Imam Awang Karim ditembak ketika menaiki tangga masjid untuk
melaungkan azan solat jumaat. Arwah pernah ditangkap dan dipenjarakan diatas
tuduhan-tuduhan palsu tetapi dibebaskan setelah berjaya dibuktikan tidak
bersalah.
1 Jun 2009- 11 orang jemaah yang sedang solat Isyak di Masjid Al-Furqan,
Narathiwat dibunuh secara kejam.
2009 – Ismail b. Che Lah (62 tahun), imam yang telah ditembak di hadapan
kedainya.
24 Disember 2009- Manaf @ Mat Romin (44 tahun) dibunuh semasa dalam perjalanan
ke masjid Hidayatul Muslimin, Narathiwat untuk mengimami solat Jumaat. Arwah
meninggalkan seorang janda, Ayusah bt Lokman (38 tahun) dan 5 orang anak.
29 Disember 2009- Talib,48 tahun dari Kampung Slow, Mkm Resak, Narathiwat
ditembak selepas solat isyak di hadapan rumahnya. Arwah meninggalkan seorang
janda dan tiga orang anak yang masih bersekolah.
10 Februari 2010- Fauzee Y'Tok,39 tahun dari daerah Thanto,Yala diserang secara
mengejut ketika sedang memandu keretanya. Dia ditembak di leher menyebabkan
kenderaannya kemalangan.
24 Januari 2010- Haji Kosim b. Haji Mat Sum, imam yang juga guru qiraat
ditembak di hadapan rumahnya di Kampung Latoh, daerah Kolam, Wilayah Pattani
semasa hendak menghadiri kenduri arwah seorang bilal yang ditembak 2 hari
sebelumnya. Arwah meninggalkan seorang janda yang sarat mengandung dan 5 orang
anak kecil.
15 Februari 2010- Che’ Max Ha’yae (50 tahun) dan anak perempuannya bernama
Bardatee Laboor (25 tahun) dari Kampung Kucing Lepas, M.4, T.Chalem, D.Ra’nge,
Wilayah Narathiwat. ditembak ketika sedang menorah getah. Pada petang hari yang
sama juga Abdullatih Banyok Kasih (35 tahun) telah di tembak semasa
mengumpulkan getah beku. Sebelum ini suami Bardatee Laboor telah dibunuh
menyebabkan dua orang anaknya yang berumur 3 tahun dan 14 bulan menjadi yatim
piatu.
5 April 2010- 6 orang pelajar dan seorang tukang masak Restoran Warisan
ditangkap atas tuduhan terlibat dalam aktiviti pengeboman semenjak tahun 2004
sehingga kini. Tuduhan tersebut masih belum ada sebarang apa-apa bukti.
19 Mei 2010 - Seramai 300 orang askar telah bertempur dengan 6 orang kampung di
Kg Slow, Narathiwat selama 7 jam bermula dari 11 pagi hingga 6 petang. Dua
orang kampung telah meninggal iaitu Ibrahim Semae (26 tahun) dan Abdi Jeeyerae
(umur 28 tahun).Arwah Ibrahim Semae meninggalkan seorang isteri iaitu Rohimah
Semae (23 tahun) manakala arwah Abdi Jeeyerae meninggalkan seorang isteri iaitu
Sakiroh Sixutae (31 tahun) dan seorang anak Mustakin Jeeyerae (4 tahun).
30 Mei 2010 - Sulaiman Naesa (25 tahun) telah mati ketika dalam tahanan di Kem Ingkhayutabarihan
M.Bothong D.Nongcik W.Pattani. Arwah didakwa telah membunuh diri namun
bukti-bukti jelas menunjukkan yang arwah telah diseksa sehingga mati.
6 Jun 2010 - Daramae Da’kek (51 tahun) telah ditembak di bahagian leher ketika
menaiki motosikal sewaktu pulang dari menziarahi anaknya di Maahad
Tarbiyatulwatan Melayu Bangkok, Daerah Meang Jala. Arwah merupakan seorang guru
di Ma’had Al Falah Al Islami, juga bekas guru Ma’had Bi’that Ad-Diniyah Yala.
Arwah meninggal dunia sewaktu menjalani pembedahan akibat pendarahan serius.
Arwah meninggalkan seorang isteri dan 7 orang anak.
mengapa mereka berjuang?
# Pertama, Bahasa Melayu tidak dibenarkan menjadi bahasa pengantar
disekolah-sekolah sehinggakan nama-nama tempat pun diubah. Contohnya, Menara
menjadi Narathiwat, Tebing menjadi Taling Can dan langgar menjadi ruk. Selatan
Thailand terdiri dari 5 buah negeri yang besar iaitu Pattani, Yala, Narathiwat,
Songkhla dan Setun. Majoriti penduduk di wilayah ini adalah berbangsa Melayu
yang beragama Islam. Secara etnik atau budaya, warga dikelima-lima buah negeri
ini lebih dekat kepada Melayu daripada Siam ( Thailand ). Oleh sebab itu mereka
lebih selesa berbahasa melayu.
# Kedua, Mata pelajaran Sejarah Pattani dan Muslim Pattani tidak dibenarkan
diajar disekolah-sekolah kebangsaan milik pemerintah, bahkan juga
sekolah-sekolah swasta. Ia bertujuan agar anak-anak ini tidak tahu sejarah
sebenar Pattani. Bagi pemerintah, Pattani bukan negeri Melayu, tetapi
sebahagian daripada Thailand.
# Ketiga, Umat Islam dipaksa berbicara bahasa Siam. mereka tidak dibenarkan
menggunakan bahasa Melayu.
# Keempat, nama mereka terpaksa ditukar menjadi nama Siam jika ingin bekerja di
pejabat-pejabat kerajaan termasuk di Selatan Thailand sendiri. Nama seperti
Ahmad, Yusuf, Abdul Kadir dan yang berunsur Islam dilarang jika ingin bekerja
dengan kerajaan.
# Kelima yakni yang terakhir, Siam bukan sahaja menjajah, tetapi mereka juga
berusaha mem'Buddha'kan orang-orang Melayu di Pattani. Di sinilah letaknya
titik temu perjuangan masyarakat Pattani dengan umat Islam seluruh dunia.
HULURKAN BANTUAN ANDA DISINI:
SUMBER:
No comments:
Post a Comment