Wednesday, May 25, 2011

Tips mencegah acid - lelaki asid.

1. Jangan terlalu cepat menggelabah jika ada individu tak dikenali menyimbah cecair secara rambang kat lu orang. Untuk perempuan, pastikan selalu bawak kertas pH dalam handbag lu orang. Letak kertas pH kat tempat terkena cecair tu. Tengok kiraan dia. Kalau dah confirm asid, barulah lu orang boleh menggelabah dan start meratapi nasib diri sendiri yang terkena simbahan asid.
 
2. Bawak air mineral ke mana saja lu orang gi. Kalau lu orang jenis bajet kaya, boleh la guna air coke ke, nescafe ais kurang manis ke. Btw, air mineral ni bukan untuk minum, pun bukan untuk buat air wiper kereta lu orang. Kalau lu orang terkena simbahan asid, lu orang terus basuh tempat-tempat terkena cecair tu. Kalau lu orang jenis suka main air, standby banyak sikit dalam dua tiga ratus botol.
3. Macam yang kita tau, main target lelaki asid ni memang kat kaum wanita. So, kalau nak keluar rumah, lu orang yang perempuan ni bolehlah cuba pakai macam lelaki takpun sarung topeng Batman atau Superman. Lelaki asid confirm akan terkonfius sebab mana ade Batman perempuan kan. Kalau lu orang ade bontot dan tetek yang luar biasa saiznya, tu lu orang pandai la adjust sendiri, aku malas nak cite lebih, blog aku ni blog tipu-tipu je, bukan blog lucah.
4. Keluar rumah dan bersiar-siar dalam kelompok besar. Elakkan berjalan secara bersendirian. Nak jalan dalam kelompok 200 orang sekali pun boleh. Memang cuak la kalau acid man tengok geng lu orang ramai camtu. Perempuan tu, kalau boleh suruh la boyfriend atau kawan lelaki teman. Nak suruh aku teman pun boleh, janji belanja makan mekdi dengan dvd cetak rompak dua keping.

5. Hindarkan pengambilan makanan berasid dalam kehidupan seharian. Bahan berasid mungkin menarik minat lelaki asid. Kalau boleh, elakkan terus apa-apa berkaitan asid tak kisah la asid sulfurik cair ke, hujan asid di khatulistiwa ke. Selain tu, lu orang pun boleh selamat daripada jangkitan gastrik kritikal. Puasa dah dekat ni, jangan tetiap tahun nak buat alasan gastrik la bila malas puasa woi.

6. Jangan singgah pasar malam lu orang nak foursquare, gi zoo negara pun lu orang foursquare. Bila lu orang bagitau location lu orang, lagi senang la untuk acid man nak bau pergerakan lu orang. Mana la tau si acid man ni sebenarnya kawan lu orang sendiri dalam foursquare tu. Tapi kalau lu orang update tipu-tipu tu memang langkah yang bijak. Lu orang cakap la lu orang tengah isap rokok depan Pavilion padahal lu orang tengah berak kat rumah.
 
7. Seperti yang lu orang sedia maklum, dalam berita cakap acid man ni pakai helmet siap visor dan naik motorsikal jenis EX5. So, lu orang boleh tiru acid man ni. Setiap kali keluar, lu orang pastikan pakai helmet dan naik EX5. Kalau nak jalan dalam shopping mall pun selamba je pusing naik EX5. Acid man mesti akan fikir yang lu orang ni geng-geng dia gak takpun dia ingat lu orang dah buat dia jadi idol, so dia takkan kacau lu orang.
 
8. Kalau lu orang terserempak acid man, sebelum dia simbah asid, lu orang cakap kat dia camni, "eh semalam aku jumpa mak kau, dia sedih lepas tengok muka kau keluar kat berita. dia tak kisah sangat kau nak jadi lelaki asid, tapi dia takleh terima tengok kau pakai helmet burok, besar lak tu. tak ngam dengan kepala, nampak sangat macam pinjam. malu dia nak ngaku kau anak." Lelaki asid confirm akan menangis teresak-esak dan menyesal.
 
9. Bila berjalan dan melompat kat tempat-tempat terbuka, lu boleh jerit-jerit cakap "aku anak Rosmah Mansor!, aku anak Rosmah Mansor!" Lagi lantang lagi bagus. Acid man pasti akan cuak kalau tau lu orang anak Rosmah Mansor, orang paling berkuasa dalam Malaysia. Kalau dia tak tertipu, confirm dia ingat lu orang gila, so dia akan carik target lain. Buat ape layan orang gila, buang masa dia je.
 
10. Paling mudah, jangan keluar rumah langsung. Perempuan ni lagi bagus duduk rumah jela baca buku ke, belajar tarian breakdance ke. Kalau agak bosan sangat dah takde ape nak buat, tido je sepanjang masa sampailah tertangkapnya lelaki asid tu. Tapi kalau masuk time solat fardhu, jangan lupa bangun jap k?

Simple template. Powered by Blogger.

Cara Mengurangkan Kesan Terkena Asid

Beberapa siri insiden serangan asid di Lembah Klang baru-baru ini jelas menimbulkan ketakutan di kalangan orang awam, terutamanya kaum wanita.
Sehingga kini, sejumlah 23 kes dilaporkan sejak Mac namun orang yang bertanggungjawab masih bebas lepas.
Namun, seorang pakar kimia Prof. Dr. Zainudin Arifin berkata, orang ramai tidak seharusnya berasa cemas dan terancam dengan insiden berkenaan.
“Mereka seharusnya keluar dan pergi bekerja seperti biasa, dan pada masa sama mereka hendaklah mengambil tindakan dan langkah keselamatan. Kesan akibat simbahan asid boleh dikurangkan jika mereka tahu apa yang hendak dilakukan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Bagi mencegah kesan penghakisan teruk dan kecacatan kekal pada kulit, Zainudin daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya menasihatkan kaum wanita supaya membawa sebotol air dalam beg tangan mereka dan menggunakannya untuk mencuci simbahan asid jika kejadian seumpamanya berlaku kerana air adalah bahan pelarut mudah mencairkan kimia.
“Cuci bahagian badan dan bersihkan simbahan asid dengan menggunakan sebanyak air yang mungkin kerana masa amat kritikal ketika ini. Jika anda melengahkan pencucian asid itu, kesan lebih buruk dan menakutkan akan berlaku.
“Dapatkan sebanyak air dan berada di dalam aliran air sekurang-kurangnya 15 minit, lebih baik jika dapat 30 minit, kemudian tukar pakaian dan hanya selepas itu anda dapatkan rawatan,” katanya.
Beliau berkata jika serbuk penaik, sodium bikarbonat boleh diperoleh, mangsa simbahan asid boleh mencampurkannya dengan air dan meletakkan di kawasan yang terkena simbahan asid bagi meneutralkan kesan asid berkenaan.
“Dan jika dalam paling teruk di mana tiada air boleh diperoleh, lap kawasan yang terkena simbahan asid dengan sebersih-bersihnya,” kata beliau.
Beliau juga mencadangkan kaum wanita menggunakan alat pelindung keselamatan seperti kaca mata besar.
- Bernama

No comments:

Post a Comment