Wednesday, May 25, 2011

Amar Ma’ruf Nahi Munkar

Soalan:

Selemah2 iman ialah mencegah kemungkaran dengan hati. adakah kita berdosa kalau kita hanya mampu cegah dengan hati, tambahan pula pada zaman yang banyak maksiat ni?


Jawapan:

Fiqh amar makruf nahy mungkar

Apa yg anda timbulkan itu kemungkinan anda melihat hadith, antaranya dari Abi Sa’eed alKhudri yg dikeluarkan oleh Imam Muslim (#49) dalam sahihnya:
” B/siapa diantara kamu yg melihat kemungkaran, hendaklah merubahnya dengan tangannya, jika ia tidak sanggup, maka dgn lidahnya, dan jika tidak sanggup juga, maka dgn hatinya, demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (hadith #34, matn arba’iin anNawawiyah)

Jadi, kalau anda ada syarah hadith 40 Imam Nawawi, maka sila baca. dan kalau belum ada, kena belilah, paling kurang orang Islam kena baca dan faham 40 hadith ni, itupun dah cukup besar…ada beberapa edisi syarah hadith 40 dlm pasaran. Yang sudah diterjemah ialah karya Dr alBugho (pustaka Salam)

Berbalik pada apakah berdosa seorang muslim hanya sanggup mencegah dgn hati sahaja?

Jawabnya:

mengikut pensyarah2 hadith ini, tidak berdosa bg si fulan yg hanya mampu mencegah dgn hatinya atau membenci kemungkaran itu kerana dia tidak ada kesanggupan atau kemampuan mencegah dengan lisan (nasihat) atau tangan (kekuasaan).

Kata Imam alMunawi ketika mensyarah hadith ni dalam Faidhul Qadir (Jld 4/131), perasaan benci akan mungkar ini wajib ada bila ia melihatnya dan tercetus niat bahawa jika aku ada kuasa atau kemampuan lisan, maka aku akan mengubahnya dengan tangan dan lidahku. Tidak cukup dgn ada rasa benci, tapi dia hendaklah meninggalkan majlis itu jika mungkar itu berlaku dalam majlis yg dihadhirinya sbg menandakan kebencian hatinya.

Maksudnya kalau tidak ada perasaan benci akan mungkar itu bila melihat orang melakukannya, barulah berdosa. atau mungkar berlaku depan matanya tapi dia tidak menunjukkan hatinya benci yaitu dengan meninggalkan kemungkaran atau majlis kemungkaran itu sebagai tanda protes.

sekian

al-ahkam
http://soaljawab.wordpress.

No comments:

Post a Comment