Thursday, April 29, 2010

DI DALAM KACA ADA PERMATA YANG BERKILAUAN....


Selama ini kita tidak tahu tentang kezuhudan Tuan Guru Nik Aziz. Sudah sekian  lama saya tidak menulis artikel. Hari ini saya nak fokus kepada seorang ulama terkenal Malaysia. Iaitu Tuan Guru Nik Aziz. Sebagai umat islam kita mesti tahu tentang ulama kita. Merekalah yang cuba untuk memartabatkan agama Islam di Malaysia..di bawah ini saya nukilkan serba sedikit kisah layar kehidupan seorang manusia yang sangat zuhud pada perwatakannya...




Nama: Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tahun Lahir: 1931
Tempat Lahir: Pulau Melaka

Pendidikan:
• Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). - 1936
• Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
• Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
• Universiti Deobond, India – 1952.
• Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
• Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
• Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.

Pekerjaan:
• Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
• Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
• Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
• Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Trivia Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan:
•Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
•Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal.
•Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun.Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau.
•Dia seorang yang warak dan zuhud.
•Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil.
•Beliau berpesan kepada semua ahli-ahli exco yang terpilih supaya tidak menerima sebarang bentuk hadiah dari sesiapa pun kerana hadiah itu berkemungkinan adalah berupa sogokan

Sumber:islamterindah.blogspot.co atau rasuah yang boleh menyebabkan korupsi.

SEORANG PEMIMPIN YANG ZUHUD

Dilahirkan dalam lingkungan keluarga ulama, beliau dibesarkan dengan corak hidup menjunjung tinggi prinsip-prinsip agama Islam. Tiada kompromi mengenainya. Demikian asuhan pertama yang beliau terima daripada ayahandanya sendiri yang terkenal dengan julukan Tuan Guru Nik Haji Nik Mat Alim dan Tuan Guru Haji Nik Mat Pongoh.
Justeru, Tuan Guru Nik Abdul Aziz memiliki perwatakan lembut, ucapannya berhikmah, pakaianya sederhana dan amat mementingkan hujah dalam semua perkara. Ayahandanya seorang ulama yang sangat agresif dalam memerangi khurafat dan penyelewengan agama dalam masyarakat. 

 Dimanakah kita hendak jumpa seorang pemimpin yang berjiwa rakyat???

KEHIDUPAN SEBENAR SEORANG PEMIMPIN


Rumah kediaman Tok Guru.

PEMIMPIN YANG ZUHUD IMPIANKU

Nik Aziz seperti Umar Abd Aziz....
Saat itu tengah malam di
kota Madinah. Kebanyakan warga kota sudah tidur. Umar bin Khatab r.a.
berjalan menyelusuri jalan-jalan di kota. Dia coba untuk tidak
melewatkan satupun dari pengamatannya. Menjelang dini hari, pria ini
lelah dan memutuskan untuk beristirahat. Tanpa sengaja, terdengarlah
olehnya percakapan antara ibu dan anak perempuannya dari dalam rumah
dekat dia beristirahat.
“Nak, campurkanlah susu yang engkau perah tadi dengan air,” kata sang ibu.
“Jangan ibu. Amirul mukminin sudah membuat peraturan untuk tidak menjual susu yang dicampur air,” jawab sang anak.
“Tapi
banyak orang melakukannya Nak, campurlah sedikit saja. Tho insyaallah
Amirul Mukminin tidak mengetahuinya,” kata sang ibu mencoba meyakinkan
anaknya.
“Ibu, Amirul Mukminin mungkin tidak mengetahuinya. Tapi, Rab dari Amirul Mukminin pasti melihatnya,” tegas si anak menolak.

Mendengar percakapan ini,
berurailah air mata pria ini. Karena subuh menjelang, bersegeralah dia
ke masjid untuk memimpin shalat Subuh. Sesampai di rumah, dipanggilah
anaknya untuk menghadap dan berkata, “Wahai Ashim putra Umar bin
Khattab
. Sesungguhnya tadi malam saya mendengar percakapan istimewa.
Pergilah kamu ke rumah si anu dan selidikilah keluarganya.”
Ashim
bin Umar bin Khattab melaksanakan perintah ayahndanya yang tak lain
memang Umar bin Khattab, Khalifah kedua yang bergelar Amirul Mukminin.
Sekembalinya dari penyelidikan, dia menghadap ayahnya dan mendengar
ayahnya berkata,
“Pergi
dan temuilah mereka. Lamarlah anak gadisnya itu untuk menjadi isterimu.
Aku lihat insyaallah ia akan memberi berkah kepadamu dan anak
keturunanmu. Mudah-mudahan pula ia dapat memberi keturunan yang akan
menjadi pemimpin bangsa.”
Begitulah,
menikahlah Ashim bin Umar bin Khattab dengan anak gadis tersebut. Dari
pernikahan ini, Umar bin Khattab dikaruniai cucu perempuan bernama
Laila, yang nantinya dikenal dengan Ummi Ashim.
Suatu malam setelah itu, Umar bermimpi. Dalam mimpinya dia melihat
seorang pemuda dari keturunannya, bernama Umar, dengan kening yang
cacat karena luka. Pemuda ini memimpin umat Islam seperti dia memimpin
umat Islam. Mimpi ini diceritakan hanya kepada keluarganya saja. Saat
Umar meninggal, cerita ini tetap terpendam di antara keluarganya.
Pada
saat kakeknya Amirul Mukminin Umar bin Khattab terbunuh pada tahun 644
Masehi, Ummi Ashim turut menghadiri pemakamannya. Kemudian Ummi Ashim
menjalani 12 tahun kekhalifahan Ustman bin Affan sampai terbunuh pada
tahun 656 Maserhi. Setelah itu, Ummi Ashim juga ikut menyaksikan 5
tahun kekhalifahan Imam Ali bin Abi Thalib r.a. Hingga akhirnya
Muawiyah berkuasa dan mendirikan Dinasti Umayyah.
Pergantian
sistem kekhalifahan ke sistem dinasti ini sangat berdampak pada Negara
Islam saat itu. Penguasa mulai memerintah dalam kemewahan. Setelah
penguasa yang mewah, penyakit-penyakit yang lain mulai tumbuh dan
bersemi. Ambisi kekuasaan dan kekuatan, penumpukan kekayaan, dan
korupsi mewarnai sejarah Islam dalam Dinasti Umayyah. Negara bertambah
luas, penduduk bertambah banyak, ilmu pengetahuan dan teknologi
berkembang, tapi orang-orang semakin merindukan ukhuwah persaudaraan,
keadilan dan kesahajaan Ali, Utsman, Umar, dan Abu Bakar. Status
kaya-miskin mulai terlihat jelas, posisi pejabat-rakyat mulai terasa.
Kafir dhimni pun mengeluhkan resahnya, “Sesungguhnya kami merindukan
Umar, dia datang ke sini menanyakan kabar dan bisnis kami. Dia tanyakan
juga apakah ada hukum-hukumnya yang merugikan kami. Kami ikhlas
membayar pajak berapapun yang dia minta. Sekarang, kami membayar pajak
karena takut.
Kemudian
Muawiyah membaiat anaknya Yazid bin Muawiyah menjadi penggantinya.
Tindakan Muawiyah ini adalah awal malapetaka dinasti Umayyah yang dia
buat sendiri. Yazid bukanlah seorang amir yang semestinya. Kezaliman
dilegalkan dan tindakannya yang paling disesali adalah membunuh
sahabat-sahabat Rasul serta cucunya Husein bin Ali bin Abi Thalib.
Yazid mati menggenaskan tiga hari setelah dia membunuh Husein.
Akan
tetapi, putra Yazid, Muawiyah bin Yazid, adalah seorang ahli ibadah.
Dia menyadari kesalahan kakeknya dan ayahnya dan menolak menggantikan
ayahnya. Dia memilih pergi dan singgasana dinasti Umayah kosong.
Terjadilah rebutan kekuasaan dikalangan bani Umayah. Abdullah bin
Zubeir, seorang sahabat utama Rasulullah dicalonkan untuk menjadi
amirul mukminin. Namun, kelicikan mengantarkan Marwan bin Hakam, bani
Umayah dari keluarga Hakam, untuk mengisi posisi kosong itu dan
meneruskan sistem dinasti. Marwan bin Hakam memimpin selama sepuluh
tahun lebih dan lebih zalim daripada Yazid.
Kelahiran Umar bin Abdul Aziz
Saat
itu, Ummi Ashim menikah dengan Abdul Aziz bin Marwan. Abdul Aziz adalah
Gubernur Mesir di era khalifah Abdul Malik bin Marwan (685 – 705 M)
yang merupakan kakaknya. Abdul Mallik bin Marwan adalah seorang shaleh,
ahli fiqh dan tafsir, serta raja yang baik terlepas dari permasalahan
ummat yang diwarisi oleh ayahnya (Marwan bin Hakam) saat itu.
Dari perkawinan itu, lahirlah Umar bin Abdul Aziz. Beliau dilahirkan di Halawan, kampung yang terletak di Mesir, pada tahun 61 Hijrah. Umar
kecil hidup dalam lingkungan istana dan mewah. Saat masih kecil Umar
mendapat kecelakaan. Tanpa sengaja seekor kuda jantan menendangnya
sehingga keningnya robek hingga tulang keningnya terlihat. Semua orang
panik dan menangis, kecuali Abdul Aziz seketika tersentak dan
tersenyum. Seraya mengobati luka Umar kecil, dia berujar,
Bergembiralah
engkau wahai Ummi Ashim. Mimpi Umar bin Khattab insyaallah terwujud,
dialah anak dari keturunan Umayyah yang akan memperbaiki bangsa ini.
Umar
bin Abdul Aziz menuntut ilmu sejak beliau masih kecil. Beliau sentiasa
berada di dalam majlis ilmu bersama-sama dengan orang-orang yang pakar
di dalam bidang fikih dan juga ulama-ulama. Beliau telah menghafaz
al-Quran sejak masih kecil. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu
pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt
Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b.
Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan
beberapa tokoh terkenal di Mesir.

Semasa Khalifah Walid
bin Abdul Malik memerintah, beliau memegang jawatan gabernur
Madinah/Hijaz dan berjaya mentadbir wilayah itu dengan baik. Ketika itu
usianya lebih kurang 28 tahun. Pada zaman Sulaiman bin Abdul Malik
memerintah, beliau dilantik menjadi menteri kanan dan penasihat utama
khalifah. Pada masa itu usianya 33 tahun.

Umar bin Abdul Aziz mempersunting Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan sebagai istrinya. Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan adalah putri dari khalifah Abdul
Malik bin Marwan. Demikian juga, keempat saudaranya pun semua khalifah,
yaitu Al Walid Sulaiman, Al Yazid, dan Hisyam. Ketika Fatimah dipinang
untuk Umar bin Abdul Aziz, pada waktu itu Umar masih layaknya orang
kebanyakan bukan sebagai calon pemangku jabatan khalifah.
Pengangkatan Umar bin Abdul Aziz sebagai Khalifah

Atas wasiat yang dikeluarkan oleh khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah pada usianya 37 tahun. Beliau
dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik
tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau
memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang.
Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila
mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas
beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi
s.a.w kemudian beliau berkata:

“Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini
tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga
permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat
Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan
pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda”.
Tiba-tiba orang ramai serentak berkata:
“Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda
kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan
keberkatan”.

Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud
kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat
kemudian beliau berkata pula kepada mereka: “Wahai sekalian umat
manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa
yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun.
Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat
kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada
Allah, janganlah sesiapa mentaati aku”. Setelah itu beliau turun dari
mimbar.
Umar
rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama
kemudian beliau berkata kepada mereka: “Aku menghimpunkan kamu semua
untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan
yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan
keluarga aku?” Lalu mereka menjawab: “Wahai Amirul Mukminin! perkara
tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman
tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya.” Walau bagaimanapun
Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima
pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul
Malik yang berkata kepada beliau: “Aku berpendapat bahawa ia hendaklah
dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya.
Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa
bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara zalim.” Umar berpuas
hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula
barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.
Sesudah Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah dan Amirul
Mukminin, Umar langsung mengajukan pilihan kepada Fatimah, isteri
tercinta.

Umar berkata kepadanya, “Isteriku sayang, aku harap engkau memilih satu di antar dua.”
Fatimah bertanya kepada suaminya, “Memilih apa, kakanda?”
Umar
bin Abdul Azz menerangkan, “Memilih antara perhiasan emas berlian yang
kau pakai dengan Umar bin Abdul Aziz yang mendampingimu.”
Kata Fatimah, “Demi Allah, Aku tidak memilih pendamping lebih mulia daripadamu, ya Amirul Mukminin. Inilah emas permata dan seluruh perhiasanku.”

Kemudian Khalifah Umar bin Abdul Aziz menerima semua perhiasan itu dan
menyerahkannya ke Baitulmal, kas Negara kaum muslimin. Sementara Umar
bin Abdul Aziz dan keluarganya makan makanan rakyat biasa, yaitu roti
dan garam sedikit.

Setelah menjadi
khalifah, beliau mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada
sistem feodal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :
1)
menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya
yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan
beberapa potongan ayat suci al-Quran

2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

3) memecat pegawai-pegawai yang
tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang
dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

4) menghapuskan pegawai pribadi
bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini
membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan
tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan
askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar
berjumpa.

Selain daripada itu, beliau amat menitilberatkan tentang kebajikan
rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga
ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan
rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah
memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan
masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah
sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW
dan para Khulafa’ Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu
Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith
Raulullah SAW. Beliau juga meriwayatkan hadis dari sejumlah tabiin lain dan banyak pula ulama hadis yang meriwayatkan hadis daripada beliau.
Dalam
bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya
menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari
bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang
dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10
orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang
pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara
untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah
menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan
Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah
menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau ingin
semua rakyat dilayani dengan adil tidak memandang keturunan dan pangkat
supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau
perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman kakeknya, Khalifah Umar
Al-Khatab.

Pada
masa pemerintahan beliau, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada
pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat
layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh
dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat.
Rakyat umumnya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya mau berdikari
sendiri. Pada
zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz ra, pasukan kaum muslimin sudah
mencapai pintu kota Paris di sebelah barat dan negeri Cina di sebelah
timur. Pada waktu itu kekausaan pemerintahan di Portugal dan Spanyol
berada di bawah kekuasaannya.
Kematian beliau
Beliau wafat pada tahun 101 Hijrah ketika berusia 39 tahun. Beliau memerintah hanya selama 2 tahun 5 bulan saja. Setelah beliau wafat, kekhalifahan digantikan oleh iparnya, Yazid bin Abdul Malik.

Muhammad bin Ali bin Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: “Kamu telah
sedia maklum bahwa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol
dan tokoh yang menonjol dari kalangan Bani Umaiyyah ialah Umar bin
Abdul Aziz, beliau akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah
beliau satu umat yang berasingan.”

Wallahua'lam.....

ULAMA PEWARIS ANBIYA'

No comments:

Post a Comment