ASHABUL ‘A’RAF : iaitu golongan yang amal kebaikan dan kejahatannya itu sama banyak. Golongan ini walaupun mereka selamat tidak masuk ke Neraka, tetapi mereka lebih lambat masuk ke Surga daripada golongan ‘Ashabul yamin’ yang setelah menempuh sirotul mustaqim, tidak ada halangan lagi untuk masuk ke Surga. Tetapi bagi golongan ‘Ashabul A’raf’, setelah mereka menempuh ‘Shiratal mustaqim’ mereka masih lagi dihalang untuk ke Syurga.
Mereka akan didera atau dihukum oleh Allah s.w.t. di hujung ‘Siratal Mustaqim’. Bagaimana deraan Allah swt. terhadap mereka? Deraan yang dikenakan Allah swt. kepada golongan ‘Ashabul A’raf’ ialah mereka diperintahkan supaya meminta satu amal kebajikan daripada penghuni Syurga. Siapa dari golongan mereka yang diberi oleh penghuni Syurga satu amal kebajikan, maka dia dizinkan untuk masuk ke Syurga. Maka mundar-mandirlah mereka untuk meminta belas kasihan penghuni-penghuni Syurga. Setelah sekian lama, maka barulah Allah swt. masukkan ke dalam hati penghuni Syurga untuk memberikan kepada mereka satu amalan kebajikan.
Tetapi anehnya, orang yang mempunyai banyak amal kebajikannya tidak mahu langsung memberikan satu amalan kebajikannya kepada golongan ini. Sebaliknya mereka yang memberikan amal kebajikannya ialah orang yang mempunyai lebih satu saja amalan kebajikannya.
Maka Allah swt. pun berfirman kepada golongan ini yang antara lain,
“Sekiranya kamu hamba-hamba-Ku yang mempunyai lebih satu amalan kebajikan, begitu pemurah kepada hamba-hamba-Ku dan terus ke Syurga, maka sesungguhnya Aku lebih pemurah dari itu.”
Maka dengan ini hamba Allah yang pemurah itu pun dinaikkan darjatnya oleh Allah swt. di Syurga. Inilah kelebihan yang dikuruniakan oleh Allah swt. kepada mereka di Akhirat.

No comments:
Post a Comment