ASHABUL YAMIN : Adapun golongan ‘Ashabul Yamin’ atau golongan kanan iaitu orang yang menerima kitab catatan amalannya di dunia dari tangan kanan. Mereka ialah golongan orang-orang soleh, abrar ataupun golongan ‘muflihun’. Adapun golongan ‘Ashabul Yamin’ adalah orang-orang yang memiliki sekurang-kurangnya Iman dan mereka juga adalah orang yang amal kebajikannya melebihi kejahatannya. Sekalipun golongan ini terlepas dari azab neraka, namun mereka tidak terlepas menerima hisab dari Allah swt. Mereka agak lambat untuk menempuh ‘titian siraat’ disebabkan oleh pemeriksaan terhadap mereka.
Diterangkan bahawa di atas titian ‘Shiratul Mustaqim’ terdapat lima tempat pemeriksaan. Dan lima tempat pemeriksaan itu dijaga oleh para malaikat yang tugasnya memeriksa setiap hamba Allah. Bayangkanlah bagaimana sekiranya kita terhenti di kelima tempat pemeriksaan itu? Sedangkan sehari di Akhirat dinisbahkan seribu tahun di dunia.
Sebab itu tidak hairan mengapa orang-orang ‘Muqarrabin’ itu tidak mahu menjadi orang Soleh. Kerana orang Soleh, walaupun masuk ke Syurga, terpaksa dihisab terlebih dahulu. Ini sudah tentu menyusahkan mereka. Sebab itu mereka lebih suka untuk mati syahid dalam mempertahankan agama Allah swt. Sebab orang yang mati syahid, langsung dimasukkan oleh Allah swt. ke dalam Syurga.
Terpaksa terhenti untuk dihisab di ‘Shiratul Mustaqim’ adalah merupakan penderitaan dan azab bagi golongan Muqarrabin. Oleh sebab itu di dalam kitab terutama kitab-kitab Tasawuf diterangkan bahawa kebaikan yang dibuat oleh orang abrar atau orang Soleh adalah merupakan kejahatan bagi golongan Muqarrabin. Bagi golongan Muqarrabin, sesuatu hal yang dianggap halal tetapi menyebabkan akan dihisab, itu adalah suatu kejahatan.
Untuk mengukur mudah atau tidaknya menjadi orang yang soleh, marilah kita lihat kenyataan Al Imam Ghazali. Al Imam Ghazali mengatakan bahawa orang yang hendak menjadi orang yang Soleh itu mestilah 24 jam yang Allah s.w.t. peruntukkan kepadanya, 18 jam diisi dengan amal baik. Hanya 6 jam saja waktunya itu digunakan untuk melakukan hal yang mubah (harus).
Apatah lagi jika ingin menjadi orang-orang Muqarrabin.

No comments:
Post a Comment