Saturday, April 07, 2012

Mari Amalkan Makanan Sunnah


"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"



1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.



2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.



3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.



4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut



5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.


6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.



7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.




8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.


9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.



10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.



11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)



12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ ^___________^

SUMBER: Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias

Jom Baca ini!!!!


Diantara salah faham yang berlegar di kalangan umat adalah tanggapan bahawa mereka yang sudah berpindah ke alam barzakh sudah terputus langsung hubungan dengan mereka yang masih hidup. Sedangkan nas-nas dan huraian ulama seperti yang sedang kita bentangkan menunjukkan sebaliknya terutamanya bagi mereka yang istimewa kedudukannya di sisi Allah seperti para Anbiya’ dan Syuhada’. Di antara bukti keistimewaan mereka ini di alam barzakh adalah kekalnya jasad mereka dan tidak reput seperti mayat manusia biasa biasa. Kekalnya jasad mereka ini adalah tanda bahawa kehidupan ruh mereka juga berbeza berbanding dengan ruh manusia biasa.


Telah diriwayatkan hadith daripada Aus ibn Aus RA, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya, di antara hari yang paling mulia bagi kalian adalah hari Jumaat; pada hari itu diciptakan Adam RA, pada hari itu juga nyawa Adam AS dicabut, hari itu jugalah ditiup sangkakala dan pada hari itu jugalah semua makhluk dimatikan. Maka perbanyakkanlah salawat ke atasku pada hari tersebut. Sesungguhnya salawat kalian dibentangkan kepadaku.” Mereka bertanya, “Bagaimanakah salawat kami itu boleh dibentangkan kepadamu, sedangkan kamu telah pun binasa.” Maka Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi ini daripada memamah jasad-jasad para nabi.”
Maka ketahuilah bahawa hadith, “Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi ini daripada memamah jasad-jasad para nabi.”, diriwayatkan dari banyak jalan; sepertimana yang telah dikumpulkan oleh al Hafiz al Munziri di dalam bahagian yang khusus. Beliau berkata di dalam kitab al-Targhib wa al-Tarhib: Bahawa hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah dengan sanad yang baik. Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban di dalam kitab Sohihnya. Manakala al-Hakim mensohihkannya. Ibnu Qayyim berkata di dalam Kitabnya al-Ruh yang dinaqalkannya daripada Abi Abdullah al-Qurtubi: “Adalah sohih riwayat daripada Nabi SAW, bahawa bumi tidak memamah jasad-jasad para nabi. Sesungguhnya Nabi SAW  telah berhimpun bersama mereka pada malam Isra’ di Baitul Maqdis dan juga di langit, teristimewanya bersama Nabi Allah Musa AS. Baginda SAW  juga mengkhabarkan dengan sabdanya: “Setiap Muslim (yang telah mati) apabila diucapkan salam kepadanya, maka Allah SWT akan mengembalikan ruhnya sehinggalah dia dapat menjawab salam tersebut.”
Begitu juga dengan hadith-hadith lain; yang kesimpulannya memutuskan bahawa kewafatan para nabi sebenarnya bermaksud hilangnya mereka daripada pandangan kita, iaitu kita tidak dapat melihat mereka, sekalipun mereka sentiasa wujud dan hidup. Hal ini adalah sama seperti malaikat; mereka itu hidup dan sentiasa wujud akan tetapi kita tidak dapat melihat mereka.
Di sini, dinaqalkan perkataan Imam al-Qurtubi yang juga telah diakui oleh Syeikh Muhammad al-Safarini al-Hanbali di dalam syarah Kitab Aqidah Ahli Sunnah sebagaimana nasnya yang berbunyi: Telah berkata Abu Abdullah al-Qurtubi: Telah berkata guru kami Ahmad ibn Umar al Qurtubi, pengarang Kitab al-Mufhim fi Syarh Muslim: Apa yang dapat menghilangkan kerumitan ini ialah kematian itu bukanlah bermaksud betul-betul tiada, akan tetapi ia bermaksud perpindahan dari suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lain. Hal ini dibuktikan berdasarkan keadaan para syuhada’ selepas mati dan dibunuh, mereka itu hidup dengan gembira dan diberikan rezeki di sisi Tuhan mereka.
Ini adalah sifat-sifat orang-orang yang hidup di dunia. Sekiranya hal ini berlaku kepada syuhada’, maka para nabi adalah lebih berhak dan lebih utama untuk mendapat keistimewaan ini. Imam al-Qurtubi ada menyebut, bahawa jasad-jasad para nabi tidak akan hancur ditelan zaman. Terdapat riwayat yang sohih daripada Jabir RA, bahawa bapanya dan ‘Amru ibn al Jamuh RA merupakan antara umat Islam yang terkorban syahid dalam peperangan Uhud dan mereka berdua telah disemadikan di dalam satu kubur. Namun, banjir yang melanda telah membongkar kubur mereka dan didapati  kedua-dua syuhada’ itu masih tidak berubah. Salah seorang daripada mereka mengalami luka, lalu diletakkan tangannya di tempat luka tersebut. Setelah itu, mereka dikebumikan semula dan tangannya yang terletak pada tempat luka itu diluruskan, kemudian dilepaskan. Namun, tangan itu kembali ke tempat luka tersebut sebagaimana sebelumnya. Jarak masa di antara kejadian ini dengan peperangan Uhud ialah selama 46 tahun.
Begitu juga, yang terjadi ketika mana Mu’awiyah mengadakan projek mengalirkan air ke sekitar Madinah lebih kurang 50 tahun selepas peristiwa Peperangan Uhud. Ketika kerja-kerja memindahkan jasad para syuhada’ dilakukan, tanpa disedari kaki Sayyiduna Hamzah RA terkena penyodok tanah. Lalu darah mengalir di tempat luka itu, dan didapati Abdullah ibn Haram RA seperti baru dikebumikan semalam.
Penduduk-penduduk Madinah juga meriwayatkan, ketika dinding rumah Nabi SAW roboh sewaktu pemerintahan al-Walid, mereka dapat melihat dengan jelas kaki Saiyyidina Umar ibn al Khattab RA yang telah terbunuh sebagai syahid (tidak reput dan masih kekal jasadnya seperti sediakala).
Ibnu Taimiyyah telah menyebut, bahawa ketika berlaku runtuhan dinding maqam itu, tiba-tiba terlihat jelas betis dan lutut manusia. Keadaan itu memeranjatkan Umar ibn Abdul Aziz RH. Lalu datang Urwah berkata, “Ini adalah betis dan lutut Sayyiduna Umar RA.” Maka Umar ibn Abdul Aziz RH berasa lega. (Iqtidha’ Sirat al-Mustaqim, h: 365)
Al-Imam al Hujjah Abu Bakar ibn al Husin al-Baihaqi telah mengarang sebuah risalah khusus mengenai tajuk ini. Di dalamnya, beliau telah menghimpunkan sejumlah daripada hadith-hadith yang menunjukkan hidupnya para nabi di alam barzakh dan kekalnya jasad-jasad mereka. Begitu juga al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti. Beliau telah mengarang sebuah risalah khusus berkenaan tajuk ini.
‘Hidupnya’ para Nabi di alam Barzakh dengan cara yang tersendiri baik dari segi ruh dan jasad seperti yang kita bahaskan menunjukkan bahawa wajarlah kita melayan mereka dengan cara yang tersendiri juga. Wajarlah menziarahi kubur mereka dikira sebagai suatu yang digalakkan seperti menziarahi mereka ketika masih hidup. Adalah salah jika perbuatan menziarahi kubur dan menghormati orang-orang soleh yang telah meninggal dunia dianggap serong dan sesat.Di antara salah faham yang berlegar di kalangan umat adalah tanggapan bahawa mereka yang sudah berpindah ke alam barzakh sudah terputus langsung hubungan dengan mereka yang masih hidup. Sedangkan nas-nas dan huraian ulama seperti yang sedang kita bentangkan menunjukkan sebaliknya terutamanya bagi mereka yang istimewa kedudukannya di sisi Allah seperti para Anbiya’ dan Syuhada’. Di antara bukti keistimewaan mereka ini di alam barzakh adalah kekalnya jasad mereka dan tidak reput seperti mayat manusia biasa biasa. Kekalnya jasad mereka ini adalah tanda bahawa kehidupan ruh mereka juga berbeza berbanding dengan ruh manusia biasa.
Telah diriwayatkan hadith daripada Aus ibn Aus RA, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya, di antara hari yang paling mulia bagi kalian adalah hari Jumaat; pada hari itu diciptakan Adam RA, pada hari itu juga nyawa Adam AS dicabut, hari itu jugalah ditiup sangkakala dan pada hari itu jugalah semua makhluk dimatikan. Maka perbanyakkanlah salawat ke atasku pada hari tersebut. Sesungguhnya salawat kalian dibentangkan kepadaku.” Mereka bertanya, “Bagaimanakah salawat kami itu boleh dibentangkan kepadamu, sedangkan kamu telah pun binasa.” Maka Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi ini daripada memamah jasad-jasad para nabi.”
Maka ketahuilah bahawa hadith, “Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi ini daripada memamah jasad-jasad para nabi.”, diriwayatkan dari banyak jalan; sepertimana yang telah dikumpulkan oleh al Hafiz al Munziri di dalam bahagian yang khusus. Beliau berkata di dalam kitab al-Targhib wa al-Tarhib: Bahawa hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah dengan sanad yang baik. Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban di dalam kitab Sohihnya. Manakala al-Hakim mensohihkannya. Ibnu Qayyim berkata di dalam Kitabnya al-Ruh yang dinaqalkannya daripada Abi Abdullah al-Qurtubi: “Adalah sohih riwayat daripada Nabi SAW, bahawa bumi tidak memamah jasad-jasad para nabi. Sesungguhnya Nabi SAW  telah berhimpun bersama mereka pada malam Isra’ di Baitul Maqdis dan juga di langit, teristimewanya bersama Nabi Allah Musa AS. Baginda SAW  juga mengkhabarkan dengan sabdanya: “Setiap Muslim (yang telah mati) apabila diucapkan salam kepadanya, maka Allah SWT akan mengembalikan ruhnya sehinggalah dia dapat menjawab salam tersebut.”
Begitu juga dengan hadith-hadith lain; yang kesimpulannya memutuskan bahawa kewafatan para nabi sebenarnya bermaksud hilangnya mereka daripada pandangan kita, iaitu kita tidak dapat melihat mereka, sekalipun mereka sentiasa wujud dan hidup. Hal ini adalah sama seperti malaikat; mereka itu hidup dan sentiasa wujud akan tetapi kita tidak dapat melihat mereka.
Di sini, dinaqalkan perkataan Imam al-Qurtubi yang juga telah diakui oleh Syeikh Muhammad al-Safarini al-Hanbali di dalam syarah Kitab Aqidah Ahli Sunnah sebagaimana nasnya yang berbunyi: Telah berkata Abu Abdullah al-Qurtubi: Telah berkata guru kami Ahmad ibn Umar al Qurtubi, pengarang Kitab al-Mufhim fi Syarh Muslim: Apa yang dapat menghilangkan kerumitan ini ialah kematian itu bukanlah bermaksud betul-betul tiada, akan tetapi ia bermaksud perpindahan dari suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lain. Hal ini dibuktikan berdasarkan keadaan para syuhada’ selepas mati dan dibunuh, mereka itu hidup dengan gembira dan diberikan rezeki di sisi Tuhan mereka.
Ini adalah sifat-sifat orang-orang yang hidup di dunia. Sekiranya hal ini berlaku kepada syuhada’, maka para nabi adalah lebih berhak dan lebih utama untuk mendapat keistimewaan ini. Imam al-Qurtubi ada menyebut, bahawa jasad-jasad para nabi tidak akan hancur ditelan zaman. Terdapat riwayat yang sohih daripada Jabir RA, bahawa bapanya dan ‘Amru ibn al Jamuh RA merupakan antara umat Islam yang terkorban syahid dalam peperangan Uhud dan mereka berdua telah disemadikan di dalam satu kubur. Namun, banjir yang melanda telah membongkar kubur mereka dan didapati  kedua-dua syuhada’ itu masih tidak berubah. Salah seorang daripada mereka mengalami luka, lalu diletakkan tangannya di tempat luka tersebut. Setelah itu, mereka dikebumikan semula dan tangannya yang terletak pada tempat luka itu diluruskan, kemudian dilepaskan. Namun, tangan itu kembali ke tempat luka tersebut sebagaimana sebelumnya. Jarak masa di antara kejadian ini dengan peperangan Uhud ialah selama 46 tahun.
Begitu juga, yang terjadi ketika mana Mu’awiyah mengadakan projek mengalirkan air ke sekitar Madinah lebih kurang 50 tahun selepas peristiwa Peperangan Uhud. Ketika kerja-kerja memindahkan jasad para syuhada’ dilakukan, tanpa disedari kaki Sayyiduna Hamzah RA terkena penyodok tanah. Lalu darah mengalir di tempat luka itu, dan didapati Abdullah ibn Haram RA seperti baru dikebumikan semalam.
Penduduk-penduduk Madinah juga meriwayatkan, ketika dinding rumah Nabi SAW roboh sewaktu pemerintahan al-Walid, mereka dapat melihat dengan jelas kaki Saiyyidina Umar ibn al Khattab RA yang telah terbunuh sebagai syahid (tidak reput dan masih kekal jasadnya seperti sediakala).
Ibnu Taimiyyah telah menyebut, bahawa ketika berlaku runtuhan dinding maqam itu, tiba-tiba terlihat jelas betis dan lutut manusia. Keadaan itu memeranjatkan Umar ibn Abdul Aziz RH. Lalu datang Urwah berkata, “Ini adalah betis dan lutut Sayyiduna Umar RA.” Maka Umar ibn Abdul Aziz RH berasa lega. (Iqtidha’ Sirat al-Mustaqim, h: 365)
Al-Imam al Hujjah Abu Bakar ibn al Husin al-Baihaqi telah mengarang sebuah risalah khusus mengenai tajuk ini. Di dalamnya, beliau telah menghimpunkan sejumlah daripada hadith-hadith yang menunjukkan hidupnya para nabi di alam barzakh dan kekalnya jasad-jasad mereka. Begitu juga al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti. Beliau telah mengarang sebuah risalah khusus berkenaan tajuk ini.
‘Hidupnya’ para Nabi di alam Barzakh dengan cara yang tersendiri baik dari segi ruh dan jasad seperti yang kita bahaskan menunjukkan bahawa wajarlah kita melayan mereka dengan cara yang tersendiri juga. Wajarlah menziarahi kubur mereka dikira sebagai suatu yang digalakkan seperti menziarahi mereka ketika masih hidup. Adalah salah jika perbuatan menziarahi kubur dan menghormati orang-orang soleh yang telah meninggal dunia dianggap serong dan sesat.

Friday, April 06, 2012

Muhammad Rasulullah...EPISOD 2


tinggal kepada Aminah, lalu setelah itu bayang- bayang wajahnya tersembunyi bersama kafilah dan mereka pun hilang. Aminah tidak mengetahui bahawa itu adalah kesempatan terakhirnya setelah dua bulan dari perkawinannya. Abdullah mengunjungi paman- pamannya dari kabilah bani Najar di Madinah, dan di sana ia meletakkan jasadnya di muka bumi, ia meninggal dunia.
 Abdullah bin Abdul Muthalib kini telah meninggal. Saat itu ia berusia dua puluh lima tahun. Khabar kematiannya tiba-tiba tersebar dan sangat memilukan hati orang-orang yang mendengarnya, sehingga khabar itu sampai ke isterinya. Aminah tampak menangis tersedu-sedu dan ia tampak menyampaikan pertanyaan-pertanyaan pada dirinya dan tidak mengetahui jawapannya, mengapa Allah SWT menebusnya dengan seratus unta jika kemudian Dia menetapkan kematian baginya.
Tidak lama kemudian, lalu bergeraklah dirahimnya janin dengan gerakan yang sedikit, ia tampak mulai mengetahui bahawa ia sedang hamil. Aminah menangis dua kali, pertama ia menangis untuk dirinya sendiri dan kali ini ia menangis untuk anak yang ditinggal mati ayahnya sebelum ia sempat dilahirkan. Aminah tidak pernah mengetahui sebelumnya bahawa janin yang dikandungnya akan menjadi anak yatim, ayahnya meninggal saat ia dilahirkan.
Anak yatim ini harus menanggung beban anak-anak yatim dan orang- orang fakir serta orang-orang yang sedih di muka bumi. Ia akan menjadi Nabi yang terakhir dan rasul-Nya kepada manusia. Ia akan menjadi rahmat yang dihadiahkan kepada manusia dan tidak akan mengetahui makna rahmat kecuali orang yang merasakan penderitaan dan kepahitan. Inilah anak kecil yang sebelum dilahirkan telah menelan kesedihan. Dan berlalulah hari demi hari, lalu hilanglah tangisan penderitaan dan mata Aminah pun telah mengering, namun kesedihannya tampak menyerupai sebuah pohon yang tumbuh bersama kehausan.
Kemudian kesedihannya hari demi hari semakin ia rasakan tetapi kesedihannya itu mulai tidak tampak ketika ia mendapatkan bahawa janin yang dikandungnya tidaklah memberatkannya, sebaliknya ia merasakan betapa ringannya janin yang dikandungnya bagaikan merpati yang berkeliling di seputar Ka'bah, dan seandainya kesedihannya yang selalu mengitarinya, maka tidak ada wanita yang lebih bahagia darinya dengan kehamilan yang ringan ini. Janin itu adalah manusia yang mulia di sisi Tuhan, kemudian semakin dekatlah hari kelahirannya. Sementara itu, pasukan Abrahah mendekati Mekah.
Abrahah adalah seorang penguasa Yaman, yaitu pada saat Yaman tunduk kepada Habasyah setelah penguasa Persia diusir. Di Yaman ia membangun suatu gereja yang menunjukkan bangunan yang menakjubkan. Abrahah membangunnya dengan niat agar orang-orang Arab berpaling dari Baitul Haram di Mekah. Ia melihat betapa orang- orang Yaman tertarik dengan rumah tersebut. Dan ketika ia tidak melihat gereja yang dibangunnya memiliki daya tarik seperti itu dan tidak mampu menarik hati orang-orang Arab, maka ia berkeinginan kuat untuk menghancurkan Ka'bah, sehingga orang-orang tidak menuju ke Ka'bah lagi melainkan ke gerejanya. Demikianlah akhirnya ia menyiapkan pasukan yang besar yang dipenuhi dengan berbagai senjata, kemudian pasukan itu menuju Ka'bah.
Pasukan Abrahah terdiri dari kelompok gajah yang besar yang digunakannya untuk menghancurkan Ka'bah. Gajah-gajah itu bagaikan tank-tank yang kita gunakan saat ini. Orang-orang Arab pun mendengar rencana tersebut. Memang orang-orang Arab saat itu terkenal sebagai penyembah berhala, meskipun demikian mereka sangat memberikan penghargaan dan penghormatan terhadap Ka'bah, kerana mereka meyakini bahawa mereka adalah anak-anak Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as pemelihara Ka'bah.
Perjalanan pasukan tiba-tiba dihadang oleh seorang lelaki yang mulia dari penduduk Yaman yang bernama Dunaher. Ia mengajak kaumnya dan dari kalangan orang-orang Arab untuk memerangi Abrahah, sehingga ada beberapa orang yang mengikutinya. Abrahah berhadapan dengan tentera tersebut tetapi pasukan yang sedikit itu dapat dengan mudah dipatahkan oleh pasukan kafir yang besar itu. Kemudian Dunaher pun kalah dan menjadi tawanan Abrahah. Pasukan Abrahah tersebut juga sempat ditentang oleh Nufail bin Hubaid al-Aslami, namun Abrahah pun dapat mengalahkan mereka dan berhasil menawan Nufail.
Kemudian ketika Abrahah melewati kota Taif, menghadaplah kepadanya beberapa orang tokoh setempat, dan mereka tampak gementar ketakutan dan berkata kepadanya bahawa sesungguhnya 'rumah' yang ditujunya tidak berada di tempat mereka, tetapi berada di Mekah. Hal itu mereka sampaikan dengan maksud untuk memalingkannya dari rumah berhala mereka, di mana mereka membangun di dalamnya berhala yang bernama Latha kemudian mereka mengutus seseorang yang akan menunjukkan kepada Abrahah letak Ka'bah. Ketika Abrahah berada di antara Taif dan Mekah, ia mengutus seorang pemimpin pasukannya sehingga ia melihat keadaan Mekah. Di sana ia merampas banyak harta dari kaum Quraisy dan selain mereka, dan di antara yang dirampasnya adalah dua ratus unta milik Abdul Muthalib bin Hasyim. Saat itu Abdul Muthalib adalah salah seorang pembesar Quraisy dan pemimpin mereka, serta pengawas sumur Zamzam.
Kedatangan utusan Abrahah di Mekah telah menimbulkan gejolak pada kabilah-kabilah. Akhirnya kaum Quraisy bergerak, begitu juga kaum Khananah. Kemudian mereka mengetahui bahawa mereka tidak memiliki kemampuan untuk melawan Abrahah, sehingga mereka membiarkannya, lalu tersebarlah di Jazirah Arab berita tentang datangnya pasukan yang kuat yang sulit untuk ditandingi. Dalam surat yang dibawa oleh utusannya itu, Abrahah menyampaikan bahawa ia tidak datang untuk memerangi mereka, namun ia datang hanya untuk menghancurkan Ka'bah. Jika mereka tidak menentangnya, maka darah mereka tidak akan ditumpahkan. Lalu utusan itu menemui Abdul Muthalib, ia menceritakan tentang keinginan Abrahah. Abdul Muthalib berkata: "Kami tidak ingin memeranginya kerana kami tidak memiliki kekuatan. Ka'bah adalah rumah Allah SWT yang mulia dan suci, dan rumah kekasih-Nya Ibrahim. Jika Ia mencegahnya, maka itu adalah rumah-Nya dan tempat suci-Nya, namun jika Ia membiarkannya, maka demi Allah kami tidak memiliki kekuatan untuk mempertahankannya." Kemudian utusan itu pergi bersama Abdul Muthalib menuju Abrahah.
Abdul Muthalib adalah seseorang yang sangat terpandang dan sangat mulia. Ia memiliki kewibawaan dan kehormatan yang mengagumkan. Ketika Abrahah melihatnya, Abrahah menampakkan penghormatan kepadanya. Abrahah memuliakannya dan mendudukannya di bawahnya, ia tidak suka bahawa ia duduk bersamanya di kursi kekuasaannya. Lalu Abrahah turun dari kerusinya dan duduk di atas sebuah permaidani dan mendudukkan Abdul Muthalib di sisinya. Kemudian ia berkata kepada penerjemahnya: "Katakan padanya apa kebutuhannya?" Abdul Muthalib berkata: "Kebutuhanku adalah agar Abrahah mengembalikan dua ratus ekor unta yang diambilnya dariku" Ketika Abdul Muthalib mengatakan demikian, wajah Abrahah berubah, lalu ia berkata kepada penerjemahnya: "Katakan padanya sungguh aku merasa kagum ketika melihatnya, kemudian aku merasakan kehati-hatian saat berbicara dengannya, apakah engkau berbicara denganku tentang dua ratus ekor unta yang telah aku ambil, lalu engkau membiarkan rumah yang merupakan simbol agamanya dan datuk-datuknya, yang aku datang untuk menghancurkannya dan dia tidak menyinggungnya sama sekali" Abdul Muthalib menjawab: "Aku adalah pemilik unta, sedangkan pemilik rumah itu adalah Tuhan yang melindunginya." Abrahah berkata: "Dia tidak akan mampu melindunginya dariku." Abdul Muthalib menjawab: "Lihat saja nanti!"
Selesailah dialog antara Abdul Muthalib dan Abrahah. Abrahah pun mengembalikan unta yang telah dirampasnya. Abdul Muthalib pergi menemui orang-orang Quraisy dan menceritakan apa yang dialaminya, dan ia memerintahkan mereka untuk meninggalkan Mekah dan berlindung dibalik gua-gua di gunung. Akhirnya kota Mekah dikosongkan oleh pemiliknya. Aminah binti Wahab keluar ke gunung-gunung di dekat kota Mekah kemudian malaikat turun di bumi Jarzirah Arab.
Abdul Muthalib berdiri dan memegangi pintu Ka'bah dan berdiri bersama dengan sekelompok orang-orang Quraisy, mereka berdoa kepada Allah SWT dan meminta perlindungan-Nya, agar para malaikat memerintahkan gajah-gajah tidak melangkahkan kakinya sehingga gajah itu pun tetap di tempatnya dan mentaati perintah para malaikat, kemudian gajah-gajah itu menerima pukulan yang dahsyat namun gajah-gajah itu tetap berdiam di tempatnya, gajah-gajah itu tampak gementar dan berteriak tetapi lagi-lagi gajah-gajah itu menolak untuk bergerak dan tidak bergerak selangkah pun. Abrahah bertanya: "Mengapa pasukan tidak bergerak?" Kemudian dikatakan kepadanya bahawa gajah-gajah menolak untuk bergerak. Abrahah mengangkat cemetinya. Dengan muka emosi, ia ingin melihat apa yang sebenarnya terjadi dengan gajah-gajahnya.
Matahari saat itu bersinar dan ia duduk di khemahnya. Ketika ia keluar, matahari bersembunyi di balik segerombolan burung. Abrahah mengangkat pandangannya ke arah langit. Mula-mula ia membayangkan bahawa ia melihat sekawanan awan yang hitam. Kemudian ia mengamat- amati awan itu. Dan ternyata ia bukan awan biasa. Itu adalah sekelompok burung yang menutupi cahaya matahari dan menyerupai awan yang tebal. Burung ababil, burung yang banyak.
Gajah-gajah semakin berteriak dengan kencang dan tampak ketakutan. Dan rasa takut itu kini menghinggapi seluruh pasukan. Abrahah berteriak di tengah-tengah pasukannya agar gajah diusahakan untuk maju secara paksa. Kemudian terbukalah salah satu jendela dari jendela al-Jahim, dan burung-burung itu menghujani pasukan dengan batu dari Sijil, yaitu batu yang sama yang pernah dihujankan kepada kaum Nabi Luth. Batu itu menyerupai bom-bom atom yang digunakan saat ini

BERSAMBUNG....


SYRIA: SUNNI VS SYIAH...


20120226-163032.jpg


Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.


BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.


PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…


FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#”Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid” -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.


PERKARA TERBARU

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID….
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.


KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.


PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI”
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;
“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )
sekian…..ilhamkaza ayoub@Damanhur,Egypt
— with Abdul Hafeez Kusmani, Azrul Aminul Mazuki, Syeeth Yaqzan, Hairey Fara, Afieq Azmy, Ahmad Zulaini and Bane Asume.

Wallhualam…
Sumber : halaqah.net

Thursday, April 05, 2012

Jadual Terkini Ziarah Dakwah al-Habib Ali al-Jifri di Malaysia April 2012





Berikut ialah jadual terkini Ziarah Dakwah Al-Habib Ali Al-Jifri (Pengerusi Yayasan Tabah, UAE) ke Malaysia bermula Khamis, 5 April - Rabu, 11 April sebagai tetamu jemputan oleh Yayasan Sofa.

(1) Jumaat, 6 April 2012, 12.30pm
- Tazkirah Jumaat. Khatib akan menyampaikan isi tazkirah oleh Al-Habib Ali Al-Jifri dalam Khutbah Jumaat dengan Bahasa Inggeris (Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak)

(2) Sabtu, 7 April 2012, 8.00 - 11.00am.
- Ummatic Dialogue bersama pelajar UIAM (Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak)

(3) Ahad, 8 April 2012, 5.30 - 10.30pm.
- Maulidur Rasul Perdana di Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi), Putrajaya.

(4) Isnin, 9 April 2012, Bermula Maghrib.
- Majlis Maulidur Rasul di Kompleks As-Sofa, Bukit Sembilan, Rembau, Negeri Sembilan.

(5) Selasa 10 April 2012, Bermula 7.00pm.
- Majlis Maulidur Rasul di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang, Kuala Lumpur.

Semua dijemput hadir! Jangan lepaskan peluang keemasan bersama ulama' tersohor ini setelah hampir 7 tahun lamanya semenjak lawatan dakwah beliau yang terakhir di Malaysia pada tahun 2005.




PENGUMUMAN....UNTUK PARA MUHIBBIN RASULILLAH SAW....JANGAN LEPASKAN PELUANG

PROGRAM REHLAH DA'WAH-HABIB UMAR BEN HAFIDZ....


Penghalang Bau Syurga???


REALITI UMAT AKHIR ZAMAN.. MasyaALLAH.. Mengapa? Walaupun kita tahu hadis Nabi akan SANGGUL yang TINGGI ni, namun masih tetap dilakukan.. Mengapa?? Mengapa?? Cantik ke sanggul?? Nak dapat perhatian yang bukan mahram? masyaALLAH,.HENTIKAN SANGGUL!!.Mungkin berasa ''yakin'' apabila menyanggulnya.. La Ba'sa ayuh kita baca pengertian tabarruj di sini.. Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dgn berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yg mengatakan bahwa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya lalu terlihatlah rantai leher, anting2 & lehernya. Pendapat lain pula mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yg sepatutnya wajib ditutup. Firman Allah: "Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu & jgnlah kamu berhias & bertingkahlaku (tabarruj) spt org2 jahiliah dahulu." [Al-Ahzab:33] 

p/s:ISLAM melarang sesuatu ada KEBAIKANNYA bukannya untuk menyekat sesuatu yang umatnya suka..waallahulam.