Selepas
berlaku pembantaian Umat Islam Di Poso, Sulawesi Indonesia..Myanmar menjadi
medan pembantaian Umat islam Rohingya..ini adalah proses penghapusan umat
islam..satu persatu negara islam di hancurkan....Allahu Rabbi...umat islam
semakin ditindas dan tertindas...semakin banyak negara islam dan umat islam
dihancurkan dan dihapuskan...islam semakin ditindas sekarang ini...tetapi umat
islam yang lain tidak ambil peduli dalam hal ini...kerana mereka masih berada
di dalam zon selesa...yakinlah dengan sabda nabi:
بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء
Maksudnya: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan
kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. (
H.R. Muslim)
“Dan jika
kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.
Sungguh Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Surah
An Nahl [16] : ayat 18)
Surah
An-Nahl ayat 18 sebuah pendahuluan bagi menyatakan tentang kebesaran dan maha
pemurah Allah swt pada hambanya. Alhamdulillah, segala puji- pujian hanya bagi
Allah swt. Sungguh besar nikmat Iman dan Islam yang telah Allah berikan kepada
kita. Nikmat yang tidak mungkin kita perolehi walau dengan sejumlah mana wang
sekalipun. Nikmat yang pastinya bukan bertujuan untuk disia-siakan dan nikmat
ini Allah kurniakan pasti mempunyai matlamatnya yang tersendiri.
Begitu juga
dengan nikmat keaman yang kita peroleh di negara Malaysia ini. Negara Malaysia
yang rakyatnya hidup aman damai pada zahirnya, jauh dari peperangan dan
persengketaan. Namun sebagai seorang insan yang bergelar mahasiswa Islam, kita
wajib cakna dan sedar sebenarnya tentang saudara seislam kita yang masih belum
sempat merasai nikmat keamanan lagi sehingga kini. Adakah kita pernah peduli
tentang apa yang berlaku terhadap mereka? Tepuk dada tanya iman!
Sebelum ini,
kita telah menyingkap sejarah nakbah Palestin yang merujuk kepada malapetaka
atau bencana besar yang terjadi di Palestin, kemudian penyembelihan
beramai-ramai umat Islam di Haulah, Syria, Dan terkini seluruh dunia telah
digemparkan pula mengenai isu yang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di
Myanmar.
Berdasarkan
maklumat yang diperolehi, baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote, daerah
Tongu telah dibunuh dalam sebuah bas yang sedang dalam perjalanan pulang dari
majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan
rasis etnik Rakhine. Mereka telah diserang setelah seorang wanita Rakhine yang
dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan dari itu
dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam
di Akyap , ibu negeri Arakan. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di
daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi
yang tinggal. Akibatnya, ketegangan telah tercetus apabila orang Islam Rohingya
terus dijadikan sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain
diseluruh wilayah Arakan.
Tambahan
dari maklumat tersebut, didapati bahawa sebenarnya ramai lagi umat Islam yang
telah dibunuh dalam tempoh beberapa hari dan mayat mereka tidak diserahkan
kepada keluarga mereka yang berkenaan. Terkini, dari berita Kaladan Press
Network, dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang
lagi cedera di Maungdaw. Nasib umat Islam di Rohingya yang berada di Myanmar
berada dalam keadaan meruncing dan tenat. Selain itu,mereka juga turut
menderita dengan perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid ,dan
arahan tidak dibenarkan memperbaiki mana-mana Masjid serta ratusan Masjid telah
musnah dan diganti dengan Pagoda Buddha. Perkahwinan dan pergerakkan mereka juga
dihadkan hanya dengan keizinan tentera. Penangkapan, penyiksaan tanpa bicara,
perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan memasuki agama Budha juga
turut berlaku.
Hal ini
tidak seharusnya berlaku pada mana-mana agama di dunia. Seperti mana contoh
yang diamalkan dalam Islam yang tidak memaksa mana-mana agama untuk
memasukinya. Firman Allah swt dalam kitabnya yang mulia,
“Tidak ada
paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)” [Al-Baqarah (2):256].
Begitu juga
dengan hak kebebasan dalam beragama sepertimana yang diamalkan oleh Malaysia
yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 11 iaitu tiap-tiap orang
adalah berhak menganuti dan mengamalkan Agamanya di Malaysia. Tertulis juga
dalam Perkara 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang
berkait dengan hak seseorang itu untuk menukar agamanya tanpa paksaan.
Maka
berbalik kepada isu utama yang terjadi terhadap umat Islam Rohingya, tindakan
yang amat zalim telah berlaku ke atas mereka. Di manakah keadilan dan hak yang
perlu dibela terhadap mereka? Agama, nyawa, keturunan, harta dan akal mereka
harus dijaga dan dipelihara sepertimana yang disebut dalam “maqasid syariah
(objektif syariah)” yang wajib dijaga.
Maka dengan
ini, kami di peringkat PMIUM berpendirian, semua umat Islam di seluruh dunia
kembali bersatu dan menyatakan pendirian yang jelas bagi membela nasib
sahabat kita di Arakan Myanmar ini. Perkara ini harus diselesaikan dengan bijak
dan segera tanpa menyebabkan mana-mana pertelingkahan atau pergaduhan antara
agama sebelum kesan yang lebih buruk berlaku.
Sebagai anak
muda khususnya golongan mahasiswa, peranan yang perlu dimainkan oleh kita pada
saat ini bukan sekadar tertumpu kepada segulung ijazah semata-mata., tetapi
kita perlu merasai dan menyedari kepentingan sikap pedulisme dan prihatin
terhadap nasib saudara-saudara jiran kita di serantau Asia dan dunia amnya.
Moga nikmat aman dapat kita kecapi bersama akhirnya. Allahu Akbar!
No comments:
Post a Comment