Buang bayi gejala jahiliah moden
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli
Pasangan terlanjur patut insaf dosa lalu dan usaha jaga amanah tak ternilai
MINGGU lalu, kita digemparkan dengan tragedi kematian bayi dibuang dengan sengaja ke dalam tong sampah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bayi itu dibungkus dengan plastik hitam dibuang tanpa ada sedikit pun rasa belas ihsan dan sifat kemanusiaan.
Dipercayai kes itu adalah antara ribuan kes buang bayi hasil daripada perhubungan luar nikah yang dilakukan pasangan muda-mudi terlanjur dalam perhubungan mereka. Al-Quran dan Sunnah acap kali memperingatkan betapa bernilai hidup setiap makhluk Allah. Janin yang baru berada dalam perut ibu walaupun masih pada proses awal, bahkan binatang dan tumbuh-tumbuhan dilarang untuk dicabut nyawa hidup-hidup, kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah.
Tanpa rasa belas kasihan si ibu atau pasangan ter****t sanggup membuang bayi yang dikandung ini ke dalam tong sampah, semak, tempat pembuangan sampah dan di tepi sungai untuk mengelakkan mereka dikesan.
Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan yang sah.
Allah berfirman dalam surah asy-Syura ayat 49-50 bermaksud: "Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa."
Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana secara fitrahnya berhajat dan mengharapkan kurniaan itu. Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material.
Sabda Rasulullah bermaksud, "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran" (riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).
Realitinya isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka membuang bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.
Rasulullah bersabda bermaksud, "Setiap suami adalah pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab." (riwayat Bukhari).
Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati sebanyak 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes, tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006). Daripada jumlah 83 kes itu, 79 mem****tkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat kes pembuangan janin.
Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan anak pada masa jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin tetapi perbuatan keji yang mereka lakukan itu kerana untuk menutup malu yang menimpa mereka selepas berlaku perzinaan.
Pasangan lelaki dan wanita yang selalu dikaitkan dengan isu pembuangan bayi ini ialah mereka yang tertekan dengan keterlanjuran terutama yang melahirkan bayi di luar nikah.
Jika pada zaman jahiliah mereka membunuh antara lain kerana khuatir anak diperkosa atau berzina, maka pada masa jahiliah moden ini anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina. Kepada dua golongan wanita ini, kembalilah kepada fitrah hidup manusia yang sebenar. Sudahlah terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan menambahkan bilangan dosa dengan menyeksa mental dan fizikal kepada bayi yang dilahirkan dengan membuangnya bagaikan sampah-sarap.
Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 36 bermaksud, "Tidakkah patut bagi manusia apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu ada bagi mereka pilihan lain tentang urusan mereka."
Sepatutnya sebagai warga yang hidup di dalam negara berdaulat dan dalam era pasca-merdeka amat tidak wajar sama sekali ada yang ter****t dalam kes seperti ini kerana kita tidak lagi hidup pada zaman penjajah yang tertutup dari ilmu kemanusiaan yang menagih kefahaman yang tinggi dalam menginsafi diri sebagai insan dan hamba-Nya, bahkan peluang terbuka dengan luas kepada mereka memulakan penghidupan baru yang diredhai Allah dengan menghargai anak sebagai kurniaan Allah seterusnya menikmati kebahagiaan hidup di muka bumi Allah ini.

No comments:
Post a Comment