Sunday, August 21, 2011

CINTA RASULULLAH TERHADAP KHADIJAH.


CINTA RASULULLAH TERHADAP KHADIJAH.
Oleh Jalalilah Mauludin & Mohamad Ridhwan Bin Alias

Rasulullah SAW bukan sahaja pemimpin negara tetapi pemimpin sebuah keluarga. Nabi SAW berkahwin dalam usia yang muda iaitu 25 tahun. Dalam ilmu kesihatan, perkahwinan pada usia sebegini sangat digalakkan selain daripada boleh mencegah maksiat yang biasa dilakukan oleh anak muda.

Rasulullah SAW memilih isteri pertamanya ialah Khadijah RA. Khadijah mencintai Rasulullah SAW lantaran sifat amanah, berbudi mulia dan kecekapan baginda dalam menguruskan perniagaannya. Rasulullah SAW pula mencintai Khadijah kerana kemuliaan diri dam akhlaknya yang mulia. 

Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Khadijah bukan bermotif dunia atau syahwat. Perkahwinan baginda berdasarkan pertimbangan yang matang, Baginda pernah datang kepada Khadijah dengan menyatakan kekhuatirannya. ‘aku khuatir diriku’. Khadijah menenangkan baginda; ‘Demi Allah, Allah tidak mungkin akan menghina dirimu selama-lamanya. Sesungguhnya engkau sentiasa menjalinkan silaturrahim, meringankan beban kesusahan orang, memberi kepada orang miskin dan menolong orang semasa bencana’.

Sebelum berkahwin, kita harus berfikir kepada pertimbangan yang matang. Jangan hanya setakat bicara manis dan semangat cinta sahaja. Rasulullah SAW dan Khadijah mencintai di antara satu sama atas dasar akhlak kedua-duanya. Berlainan sekali dengan umat sekarang yang bercinta kerana syahwat sahaja.

Pelbagai dugaan yang berlaku terhadap Nabi SAW dan Khadijah. Cerlaan orang Quraish dan kematian putera Nabi SAW. Semua dihadapi dengan sabar dan tabah.

Ketika Nabi SAW berusia 51 tahun, Khadijah dipanggil Ilahi. Walaupun kematian Khadijah, Rasulullah SAW masih setia kepadanya. Nabi SAW selalu membantu dan menghormati kaum kerabat, sahabat dan jiran Khadijah. ‘Berikan kepada si fulan, kerana ia dulu biasa datang kepada Khadijah, berikan ini kepada si fulan kerana dulu ia sentiasa berbuat baik kepada Khadijah.’ Inilah kecintaan dan kesetiaan Rasulullah SAW terhadap isterinya. Isteri yang selalu dicemburui oleh Aisyah.

Sumber: Imam Hasan al Banna
14/9/08

Majlis Haul Saidatina Khadijah di Ba'alawi Kuala Lumpur....

No comments:

Post a Comment