Sunday, August 21, 2011

CINTA RASULULLAH TERHADAP KHADIJAH.


CINTA RASULULLAH TERHADAP KHADIJAH.
Oleh Jalalilah Mauludin & Mohamad Ridhwan Bin Alias

Rasulullah SAW bukan sahaja pemimpin negara tetapi pemimpin sebuah keluarga. Nabi SAW berkahwin dalam usia yang muda iaitu 25 tahun. Dalam ilmu kesihatan, perkahwinan pada usia sebegini sangat digalakkan selain daripada boleh mencegah maksiat yang biasa dilakukan oleh anak muda.

Rasulullah SAW memilih isteri pertamanya ialah Khadijah RA. Khadijah mencintai Rasulullah SAW lantaran sifat amanah, berbudi mulia dan kecekapan baginda dalam menguruskan perniagaannya. Rasulullah SAW pula mencintai Khadijah kerana kemuliaan diri dam akhlaknya yang mulia. 

Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Khadijah bukan bermotif dunia atau syahwat. Perkahwinan baginda berdasarkan pertimbangan yang matang, Baginda pernah datang kepada Khadijah dengan menyatakan kekhuatirannya. ‘aku khuatir diriku’. Khadijah menenangkan baginda; ‘Demi Allah, Allah tidak mungkin akan menghina dirimu selama-lamanya. Sesungguhnya engkau sentiasa menjalinkan silaturrahim, meringankan beban kesusahan orang, memberi kepada orang miskin dan menolong orang semasa bencana’.

Sebelum berkahwin, kita harus berfikir kepada pertimbangan yang matang. Jangan hanya setakat bicara manis dan semangat cinta sahaja. Rasulullah SAW dan Khadijah mencintai di antara satu sama atas dasar akhlak kedua-duanya. Berlainan sekali dengan umat sekarang yang bercinta kerana syahwat sahaja.

Pelbagai dugaan yang berlaku terhadap Nabi SAW dan Khadijah. Cerlaan orang Quraish dan kematian putera Nabi SAW. Semua dihadapi dengan sabar dan tabah.

Ketika Nabi SAW berusia 51 tahun, Khadijah dipanggil Ilahi. Walaupun kematian Khadijah, Rasulullah SAW masih setia kepadanya. Nabi SAW selalu membantu dan menghormati kaum kerabat, sahabat dan jiran Khadijah. ‘Berikan kepada si fulan, kerana ia dulu biasa datang kepada Khadijah, berikan ini kepada si fulan kerana dulu ia sentiasa berbuat baik kepada Khadijah.’ Inilah kecintaan dan kesetiaan Rasulullah SAW terhadap isterinya. Isteri yang selalu dicemburui oleh Aisyah.

Sumber: Imam Hasan al Banna
14/9/08

Majlis Haul Saidatina Khadijah di Ba'alawi Kuala Lumpur....

Saturday, August 20, 2011

Mencari dimanakah Lailatul Qadar....


PESANAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR ( HARI GANJIL ) BULAN RAMADHAN
PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA' UNTUK MENCARI MALAM LAILATUL QADAR
JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI :
1 ) AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN
2) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN
3) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN
4) KHAMIS - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN
5 ) SABTU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan Bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas .
Berdasar petua di atas, insya Allah malam qadar jatuh pada malam ke 25 Ramadhanbersamaam dengan malam selepas siang 6 Oktober 2007 .
Walau bagaimanapun , janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga !!!

TANDA MALAM QADAR IALAH :
1 ) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba .

Hunting A Thousand Night.....

Sudah sekian lama ana tidak menulis entri....kerna kekangan yang tidak dapat dielakkan...bulan Ramadhan semakin meninggalkan kita..setiap bulan Ramadhan Allah SWT anugerahkan kepada kita suatu malam yang jika kita beribadat seumpama 1000 bulan....cuba kira berapakah 1000 bulan itu....1000 buan = 83 TAHUN....adakah umur kita sekarang sudah mencapai 83 tahun...adakah amalan kita sudah mencapai 83 tahun????....renung-renungkan...oleh itu,,,WAHAI PEMUDA-PEMUDI ISLAM....BANGKITLAH DI MALAM HARI UNTK BERIBADAT KEPADA ALLAH PADA MALAM-MALAM TERAKHIR RAMADHAN...USAHAKAN UNTUK BANGKIT BERIBADAT....LAILATUL QADAR ADA DI SETIAP TAHUN...TAPI ADAKAH PADA TAHUN DEPAN KITA AKAN MENEMUINYA???....

Sabda Rasulullah SAW:

وعن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( من صام رمضان إيماناً واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ، ومن قام ليلة القدر 

إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ). رواه البخاري


maksudnya: 
siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan yang bersungguh kerana Allah. akan diampunkan dosa-dosa..dan siapa yang mendirikan malam Al-Qadr dengan iman yang bersungguh kepada Allah, Allah ampunkan dosanya...
 (Hadis Riwayat Bukhari)

Di bawah ini ana selitkan satu entri dari Jabatan Agama Islam Selangor..







Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. 
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "










Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "













Petikan dari :
FIQH & Perundangan Islam Jilid II Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 




Monday, August 01, 2011

Kelebihan Bulan Ramadhan Al Mubarak

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
Hadis 1
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-
Hadis 2
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi.
Hadis 3
Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. – Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Malik, Ahmad dan Baihaqi.
Hadis 4
Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi.
Hadis 5
Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN / PENGAJARAN HADITH
  • Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
  • Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
  • Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
  • Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
  • Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
  • Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
  • Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
  • Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
  • Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
  • Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.