Tuesday, July 13, 2010

SIAPA YANG NAK BERTANGGUNGJAWAB??


Pada 12 hingga 21 julai 2010, Malaysia telah menjadi  tuan rumah untuk sukan  sekolah-sekolah ASEAN 2010 di Kuala Lumpur. Oleh itu, beberapa Institut Pendidikan Guru  Lembah Klang telah dipilih untuk melakukan persembahan Human Graphic semasa upacara pembukaan. Antara IPG yang terlibat ialah Ipg Kampus Pendidikan Islam, Ipg Kampus Raja Melewar, Ipg Kampus Ilmu Khas, Ipg Kampus Teknik, Ipg Kampus Bahasa Antarabangsa dan Ipg Kampus Bahasa Melayu. Selama tiga hari kami membuat persiapan. Disini saya ingin cerita sedikit pengalaman yang saya alami sepanjang program ini. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan. Dalam upacara ini kita bercampur antara lelaki dan perempuan. Maka ikhtilat (pergaulan bebas) semakin berleluasa. Saya lihat ramai bakal cikgu yang tidak menjaga batas-batas pergaulan. Selain itu, mereka memakai pakaian yang menjolok mata. Dimanakah kewajipan kita menutup aurat??...hilang begitu sahaja kah??....Allah SWT telah menyuruh kita menutup aurat  kita bagi lelaki dan perempuan..dalam surah  An-Nur ayat 31:


Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.   
 

Kita patut sedih dengan anak bangsa kita sendiri..kalau hendak cerita tentang pakaian mereka masa itu..Nauzubillah…tapi sini ada satu cerita yang membimbangkan kita semua..selepas solat zuhur, kami berjumpa dengan sekumpulan budak-budak bermain bola tin…salah seorang daripada kami pun berbual dengan salah seorang daripada mereka..
Sahabat kami: adik, nama pe?
Adik : nama saya Syam..
Sahabat kami: adik, sekolah ne?
Adik Syam: sekolah St John Kl
Sahabat kami: oyeke…baguslah…adik, nanti ajak kawan2 g solat tau…
Adik Syam: solat???
Sahabat kami: solat zuhur tau x??
Adik Syam: ermmm….tau..tau…ok…
Sahabat kami: jangan lupe tau…salam…

Kami risau kerana anak-anak kecil sekarang ini sudah lupa akan tanggungjawab menunaikan solat…Dimanakah peranan Ibubapa sebagai penggerak pertama dalam kehidupan mereka??....adakah ini faktor keluarga,rakan sebaya, media massa..atau pendidikan Agama Islam disekolah???....fikir2kan lah…tepuk dada Tanya iman masing2…
Wallahua’alam….sebagai renungan bersama…

No comments:

Post a Comment