Saturday, April 10, 2010

IKTIBAR BAGI KITA

LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa?
ANJING : aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis !
LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun
disamak.
ANJING : Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"?Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

Sunday, April 04, 2010

bagaimana aku tidak menyembah Mu

 
 
 
Bagaimana Aku Tidak Menyembah-Mu
Album : Hidup Bertuhan
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com


Tuhan bagaimanalah aku tidak menyembahMu
sedangkan aku hambaMu
sedangkan kewujudanku
tanpa ku pinta ia adalah dengan iradahMu
yang mengandungi hikmah

bagaimana aku tidak bersyukur kepadaMu
segala yang aku miliki kurniaanMu
bagaimana aku tidak mengagungkan
dan membesarkanNya segala yang ku lihat
menggambarkan kebesaranMu

bagaimana aku dapat melupakanMu
kasih sayangMu dapat ku rasakan
ia berlaku di setiap masa dan waktu
bahkan turun naiknya nafasku itu
salah satu dari kasih sayangMu
kasih sayangMu

bagaiamana aku adalah hamba
engkau pun tahu diantara sifat
sifat hamba itu terlalai dan terlupa
cuai dan terleka
kerana itulah aku selalu saja
memohon ampun kepadaMu

cuai dan lalai pasti berlaku terhadapku
lupa dan leka terjadi selalu
di sinilah ku harap dengan rahmatMu
lupakan saja kesalahanku
janganlah Engkau bertindak ke atasku


MAWADDAH PUTERI
Album: Hidup Bertuhan
 
selepas menghayati, saya pun terfikir sejenak bahawa hidup kita seperti kapal di lautan yang tiada nakhoda..di dalam surah Ali Imran ayat 103...Allah telah berfirman bahawa kita perlu berpegang kepada Tali Allah (Agama Islam)...Marilah kita sama-sama ada rasa cinta kepada Allah...Kerna Allah yang telah memberikan nyawa untuk kita bernafas dan beribadat kepada Nya... kenapa kita tidak pernah bersyukur dengan nikmat Allah yang telah diberikan.. mahukah kita tergolong dalam golongan yang mendustakan nikmat Allah yang telah diberikan...
 
Insyallah berjuang terus untuk Agama Allah  iaitu Islam.... 

Saturday, April 03, 2010

adakah salah pakai cincin semasa solat???

 Gambar hiasan sahaja

 
Hukumnya harus dan sah solat berdasarkan amalan Nabi Muhammad s.a.w sendiri yang memakai cincin.

Anas bin Malik memberitahu, “Rasulullah S.A.W memakai cincin perak di tangan kanannya dan batunya dari Habsyah. Beliau meletakkan mata cincinnya bertentangan dengan tapak tangannya.” 
Hadis direkod oleh Imam Muslim.

Selain hadis yang menyebut Nabi Muhammad s.a.w memakai cincin, tiada pula hadis-hadis yang melarang memakai cincin semasa solat. Jika ianya ditegah, sudah tentu Rasulullah s.a.w akan melarangnya sebagaimana beliau melarang memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk.

Ali r.a telah berkata, “Rasulullah s.a.w melarangku memakai cincin di jariku yang ini atau yang ini” sambil dia menunjuk ke jari hantu dan jari telunjuk.
Hadis direkod oleh Imam Muslim.

wallahhu'alam....

Friday, April 02, 2010

APRIL FOOL..,,PERAYAAN ATAU PENGHINAAN???

SEJARAH APRIL FOOL
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.


Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.


Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.


Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.


Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.




Thursday, April 01, 2010

kiamat adalah benar

 Gambar ini adalah hiasan semata-mata


Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat." Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :  
  1. Asap
  2. Dajjal
  3. Binatang melata di bumi
  4. Terbitnya matahari sebelah barat
  5. Turunnya Nabi Isa A.S
  6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  7. Gerhana di timur
  8. Gerhana di barat
  9. Gerhana di jazirah Arab
  10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

Wednesday, March 24, 2010

kisah cinta seorang hamba

MATI KETIKA SUJUD!!!



Mati ketika sujud???....sering kali perkara ini kita ketahui...menemui Allah ketika sujud adalah amat mulia....kisah ini menceritakan seorang lelaki meninggal dunia ketika sedang solat di Masjid Nabawi...Subhanallah...indahnya cara kematian Almarhum...pernahkah terdetik di hati kita untuk mati dalam keadaan husnul Khatimah....sungguh indah kalau kita dimatikan dalam keadaan ini...sesungguhnya Al mautu Haqq...Al jannatul Haqq....Al Narul Haqq...

Sebagai Hamba Allah, kita perlu sedar siapa diri kita sebenarnya.....

Kesedaran itu amat penting.....



wallahua'lam



Sunday, March 21, 2010

pengumuman-pengumuman....

sesape yang mahu kan rujukan kitab-kitab arab boleh melayari laman sesawang di bawah....

korang boleh download trus n "extract all".....
selamat mencuba semoga ilmu yang dikongsi akan bermanfaat untuk kita....insyallah...