Showing posts with label AHLI JANNAH. Show all posts
Showing posts with label AHLI JANNAH. Show all posts

Tuesday, April 03, 2012

Berita TerGempar!!!!!

Assalamualaikum wbrt....ana harapkan sahabat-sahabat ana sihat belaka...sudah lama ana tidak menge'post' entry baru...insyallah ana ingin berkongsi dengan peristiwa yang menggemparkan Umat Islam khususnya Jamaah Tariqah Naqshabandiyah dengan kemangkatan Khalifah Naqshabandi Nusantara..As-syeikh Raja Ashman..bukan mudah kita ingin menjumpa golongan raja yang mengikut jalan Allah..tuanku merupakan seorang yang zuhud...rugi ana tidak bersua dengannya..ingin sangat ana berdamping dengannya..tetapi Allah lebih sayang akan tuanku...semoga kita berjumpa di sana....amin.....sila baca berita di bawah:




Yang amat mulia Sheikh Raja telah diputerakan pada 28 Disember, 1958 di Pulau Pinang. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John, Kuala Lumpur dan selepas itu melanjutkan pelajaran menengahnya di Leys School, Cambridge, London.

Apabila tamat pelajaran di peringkat menengah, Sheikh Raja melanjutkan pelajaranya dalam bidang jurusan ekonomi sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Nottingham pada tahun 1981. Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajiannya di dalam undang-undang dan telah mendapat Sarjana Undang-Undang dari Universiti Cambridge dan di Lincoln’s Inn, London.

Sewaktu beliau sedang menimba pengalaman sebagai chambering student dari tahun 1985 hingga 1986, beliau telah bertemu dengan Sheikh Nazim di London. Kandungan, kaedah dan penyampaian ilmu Islam daripada Sheikh Nazim telah menawan hati Sheikh Raja. Dengan hati yang terbuka dan minda yang cergas, beliau telah mengambil bai’ah daripada Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani.

Pada lewat tahun 80an, beliau telah dilantik oleh Sheikh Nazim untuk menjadi khalifah tariqat Naqshbandi al-Haqqani bagi seluruh kawasan Nusantara. Dengan kesabaran dan hikmah yang beliau warisi daripada Sheikh Nazim, Sheikh Raja sehingga sekarang telah berjaya membawa ramai anak-anak muda kembali kepada jalan Allah










Anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah, 54, mangkat akibat serangan asma di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, kirakira jam 1.30 pagi semalam. Jenazah Almarhum dibawa pulang ke Kuala Kangsar dan ditempatkan di ruang khas tingkat dua bangunan Istana Iskandariah.
Kemudian dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan untuk disembahyangkan sebelum istiadat pemakaman dijalankan selepas Asar. Bacaan talkin disempurnakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.Lebih 1,000 kerabat diraja dan orang kenamaan serta rakyat mula menziarahi jenazah Almarhum sejak jam 11 pagi.
Sultan Azlan Shah mendahului keluarga diraja menjirus air mawar dan menabur bunga di makam anakandanya itu diikuti Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun. Ini diikuti Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah; Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara; Raja Di Hilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan kerabat diraja lain.
Balu baginda Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin dan putera mereka Datuk Raja Ahmad Nazim Azlan Shah, 20, serta dua puteri, Raja Eminah Alliyah, 18, dan Raja Bainunisa Safia, 17, turut menjirus air mawar dan menabur bunga mawar di makam baginda. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menziarahi kira-kira jam 3.40 petang.
Beberapa kenamaan lain kelihatan termasuk Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Raja Ashman yang terkenal dengan sifat mesra rakyat, diputerakan pada 28 Disember 1958 di Pulau Pinang sebelum dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu Perak pada 11 Mei 1987 diikuti Raja Kechil Tengah Perak pada 10 Mac 1998 dan Raja Kechil Sulung Perak pada 16 Mac 2010.
Baginda anakanda ketiga Sultan Perak daripada lima beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Yong Sofia. Baginda memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari University of Nottingham, Britain pada 1981 diikuti Diploma Pentadbiran Undang-Undang Perniagaan University of London serta Sarjana Undang-Undang dari Cambridge University pada 1985.
Sepanjang hayat Almarhum aktif dalam sektor korporat dan memegang pelbagai jawatan penting dalam beberapa syarikat antaranya Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di KKB Engineering Bhd dan Kian Joo Can Factory Bhd., Pengarah Eksekutif Kanzen Berhad, Pengerusi Dwitasik Sdn Bhd dan Pengarah Sanyo Industries Malaysia. Raja Ashman penyokong setia pasukan hoki negara selain aktif dalam aktiviti sosial dan kebajikan terutama di bawah Yayasan Sultan Azlan Shah. – BH




Thursday, April 29, 2010

ASHABUL MUQARRABIN


ASHABUL MUQARRABIN : Mereka adalah golongan umat Islam yang hati dan perasaan hanya kepada Allah. ‎Setiap amalannya penuh khusyuk dan ikhlas kepada Allah.‎

Selain dari itu, mereka yang termasuk dalam golongan ‘bi ghairi hisab’ ini adalah ‎para syuhada (orang yang mati syahid). Mereka adalah golongan orang ‘Muqarrabin’ ‎yang ertinya orang yang sangat dekat dengan Allah swt. disebabkan pengorbanan ‎mereka dalam menegakkan agama Allah swt. Bahkan nyawapun sanggup mereka ‎korbankan semata-mata untuk mempertahankan agama Allah swt. Oleh sebab itu ‎tidak hairan mengapa mereka mendapat kedudukan yang begitu tinggi di sisi Allah ‎swt.‎

Abul Aliah mengatakan, “Tidak akan dipisahkan nyawa seorang muqarrabin sebelum ‎dihadirkan kepadanya satu dahan dari kenikmatan Syurga, lalu ruhnya itu disimpan di ‎sana.” Di dalam sebuah hadits sahih dikemukakan bahawa Rasulullah saw. bersabda, ‎‎“Ruh-ruh para Syuhada (orang-orang yang mati sedang berjihad menegakkan agama ‎Allah) itu dalam perut-perut burung hijau yang berterbangan di taman-taman Syurga ‎kemana saja mereka kehendaki, kemudian bermalam pada pelita-pelita yang ‎bergantungan pada Arasy.”‎


Maksudnya: ‎“Adapun jika dia (orang yang mati) termasuk orang-orang Muqarrabin (didekatkan ‎kepada Allah), (88) maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta Syurga ‎kenikmatan.(89)‎

Amalan Golongan Muqarrabin

Dalam amalan mereka memulakan sesuatu dengan Niat, kmudian disusuli dengan ‎doa dan nazar, merupakan amalan yang biasa dilakukan oleh golongan ini.‎

Dalam persahabatan golongan ini merupakan seorang sahabat dapat memberi ‎tanggungjawab terhadap sahabatnya dengan memberi sesuatu kepunyaannya ‎dibahagi dua kepada sahabat-sahabatnya. Apa sahaja yang dia dapat, maka separuh ‎untuknya dan separuh lagi untuk sahabatnya. Dengan kata-kata yang lain setiap ‎nikmat yang dia perolehi dia akan memberi sahabatnya separuh daripadanya iaitu ‎sama banyak atau dibahagi dua

ASHABUL YAMIN


ASHABUL YAMIN : Adapun golongan ‘Ashabul Yamin’ atau golongan kanan iaitu orang yang menerima kitab catatan amalannya di dunia ‎dari tangan kanan. Mereka ialah golongan orang-orang soleh, abrar ataupun ‎golongan ‘muflihun’. Adapun golongan ‘Ashabul Yamin’ adalah orang-orang ‎yang memiliki sekurang-kurangnya Iman dan mereka juga adalah orang ‎yang amal kebajikannya melebihi kejahatannya. Sekalipun golongan ini ‎terlepas dari azab neraka, namun mereka tidak terlepas menerima hisab ‎dari Allah swt. Mereka agak lambat untuk menempuh ‘titian siraat’ ‎disebabkan oleh pemeriksaan terhadap mereka.‎

Diterangkan bahawa di atas titian ‘Shiratul Mustaqim’ terdapat lima ‎tempat pemeriksaan. Dan lima tempat pemeriksaan itu dijaga oleh para ‎malaikat yang tugasnya memeriksa setiap hamba Allah. Bayangkanlah ‎bagaimana sekiranya kita terhenti di kelima tempat pemeriksaan itu? ‎Sedangkan sehari di Akhirat dinisbahkan seribu tahun di dunia.‎

Sebab itu tidak hairan mengapa orang-orang ‘Muqarrabin’ itu tidak mahu ‎menjadi orang Soleh. Kerana orang Soleh, walaupun masuk ke Syurga, ‎terpaksa dihisab terlebih dahulu. Ini sudah tentu menyusahkan mereka. ‎Sebab itu mereka lebih suka untuk mati syahid dalam mempertahankan ‎agama Allah swt. Sebab orang yang mati syahid, langsung dimasukkan oleh ‎Allah swt. ke dalam Syurga.‎

Terpaksa terhenti untuk dihisab di ‘Shiratul Mustaqim’ adalah merupakan ‎penderitaan dan azab bagi golongan Muqarrabin. Oleh sebab itu di dalam ‎kitab terutama kitab-kitab Tasawuf diterangkan bahawa kebaikan yang ‎dibuat oleh orang abrar atau orang Soleh adalah merupakan kejahatan bagi ‎golongan Muqarrabin. Bagi golongan Muqarrabin, sesuatu hal yang dianggap ‎halal tetapi menyebabkan akan dihisab, itu adalah suatu kejahatan.‎

Untuk mengukur mudah atau tidaknya menjadi orang yang soleh, marilah ‎kita lihat kenyataan Al Imam Ghazali. Al Imam Ghazali mengatakan bahawa ‎orang yang hendak menjadi orang yang Soleh itu mestilah 24 jam yang ‎Allah s.w.t. peruntukkan kepadanya, 18 jam diisi dengan amal baik. Hanya 6 jam ‎saja waktunya itu digunakan untuk melakukan hal yang mubah (harus).

Apatah lagi jika ingin menjadi orang-orang Muqarrabin.‎

ASHABUL KHAFI


Ashhabul Kahfi : adalah kisah 7 pemuda yang diberi taufik dan ilham oleh Allah s.w.t. sehingga mereka beriman dan mengenal tuhan mereka. Mereka mengingkari keyakinan yang dianuti oleh masyarakat mereka yang menyembah berhala. Oleh kerana itu mereka diancam untuk dibunuh. Kerana khuatir akan gangguan masyarakatnya, mereka membuat keputusan mengasingkan diri jauh daripada masyarakat mereka. Kahfi bermaksud gua. Ashababul bermaksud Pemuda tidur. Mereka tidur selama 3 abad.

Kisah ini begitu masyhur. Dengan kekuasaan-Nya, Allah s.w.t. menidurkan sekelompok pemuda yang berlindung di sebuah gua selama 309 tahun.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa pendapat lain tentang gua tempat berlakunya peristiwa tersebut. Ada 3 gua yang dimaksudkan itu:

1. Gua di Efesus, Anatolia, Turki sekarang. Paulus, Orang Yahudi dan Kristian mempercayainya di sini.

Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di sekitar suatu tempat yang kini digelar Gunung Pion (Mount of Pion). Di sana terletak sebuah gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Peradu (The Cave Of The Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.

Mengikut setengah pendapat mereka lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri itu. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Dikyanus atau Decius memerintah pada ketika itu.

Dikyanus mengganuti agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf Allah menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus.

Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, disebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf.

2. Gua di Damsyik, Syria.

3. Gua Ar Raqim di Amman, Jordan. Gua ini lebih menepati ciri-ciri yang diberi dalam al Quran.

Gua di Ar Raqim, Amman, Jordan. Profesor Muhammad Taisir Dhabyan dalam bukunya 'Penemuan Besar Abad 20 : 7 Petidur Tiga Abad' menyatakan gua tersebut terletak di 7 km tenggara bandar baru Amman, Jordan. Peristiwa Ashabul Kahfi begitu istimewa sehingga surah dinamakan al Kahfi.

Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah Al-Raqim disebut di dalam Al-Quran pada ayat ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.

Keputusan mereka untuk mengasingkan diri di dalam gua adalah benar dan tepat, sesuai dengan kenyataan dan kondisi mereka. Oleh karena itu, Allah mengabulkan doa mereka, menurunkan rahmat-Nya, dan menyediakan kebutuhan mereka.

Allah menggambarkan Ash-habul Kahfi sebagai para pemuda yang beriman dan teguh keimanan mereka kepada Allah. Firman Allah;

Maksudnya: “Sesungguhnya mereka-mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”.

Mereka memperlihatkan keIslaman mereka, memahaminya dengan sebenar-benarnya, melaksanakannya dengan sebenar-benarnya, dan mendakwahkannya dengan semangat, kesungguhan, dan keikhlasan.

Ayat ini bermaksud menetapkan kebenaran Al Quran yang pasti tentang keimanan dan petunjuk, iaitu iman sesungguhnya adalah sebuah pilihan. Jika seseorang telah memilihnya, menerimanya dengan ikhlas, patuh, dan sungguh-sungguh, maka Allah akan menambahkan keimanan kepadanya. Akan tetapi jika ia tidak mengambil dan memilih jalan itu maka Allah tidak akan memberinya petunjuk, apalagi untuk menambahkan petunjuk kepadanya.

Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masa terdapat di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18).

Mereka mengatakan sebagaimana disebut oleh Allah s.w.t dalam firmanNya: Al-Kahfi 14-15. Ketika mereka sepakat terhadap persoalan ini, mereka sedar, tidak mungkin menampakkannya kepada kaumnya. Mereka berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar memudahkan urusan mereka:

"Wahai Rabb kami, berilah kami rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami." (Al-Kahfi: 10)

Mereka pun menyelamatkan diri ke sebuah gua yang telah Allah Subhanahu wa Ta’ala mudahkan bagi mereka. Gua itu cukup luas dengan pintu menghadap ke utara sehingga sinar matahari tidak langsung masuk ke dalamnya. Kemudian mereka tertidur dengan perlindungan dan pegawasan dari Allah selama 309 tahun. Allah Subhanahu wa Ta’ala buatkan atas mereka pagar berupa rasa takut meskipun mereka sangat dekat dengan kota tempat mereka tinggal. Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri yang menjaga mereka selama di dalam gua.

Allah Subhanahu wa Ta’ala membangunkan mereka (agar mereka saling bertanya), dan supaya mereka pada akhirnya mengetahui hakikat yang sebenarnya. Allah s.w.t. berfirman:

قَالَ قَائِلٌ مِنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَابْعَثُوا أَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هَذِهِ إِلَى الْمَدِْينَةِ

"Berkatalah salah seorang dari mereka: ‘Sudah berapa lama kalian menetap (di sini)?’ Mereka menjawab: ‘Kita tinggal di sini sehari atau setengah hari.’ Yang lain berkata pula: ‘Rabb kalian lebih mengetahui berapa lamanya kalian berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kalian pergi ke kota membawa wang perakmu ini’.” (Al-Kahfi: 19)

ASHABUL A'ARAF


ASHABUL ‘A’RAF : iaitu golongan yang amal kebaikan dan kejahatannya itu ‎sama ‎banyak. Golongan ini walaupun mereka selamat tidak masuk ke Neraka, ‎tetapi ‎mereka lebih lambat masuk ke Surga daripada golongan ‘Ashabul yamin’ ‎yang ‎setelah menempuh sirotul mustaqim, tidak ada halangan lagi untuk masuk ke ‎Surga. ‎Tetapi bagi golongan ‘Ashabul A’raf’, setelah mereka menempuh ‘Shiratal ‎mustaqim’ ‎mereka masih lagi dihalang untuk ke Syurga.‎

Mereka akan didera atau dihukum oleh Allah s.w.t. di hujung ‘Siratal Mustaqim’. ‎‎Bagaimana deraan Allah swt. terhadap mereka? Deraan yang dikenakan Allah swt. ‎‎kepada golongan ‘Ashabul A’raf’ ialah mereka diperintahkan supaya meminta satu ‎‎amal kebajikan daripada penghuni Syurga. Siapa dari golongan mereka yang diberi ‎‎oleh penghuni Syurga satu amal kebajikan, maka dia dizinkan untuk masuk ke ‎‎Syurga. Maka mundar-mandirlah mereka untuk meminta belas kasihan penghuni-‎‎penghuni Syurga. Setelah sekian lama, maka barulah Allah swt. masukkan ke dalam ‎‎hati penghuni Syurga untuk memberikan kepada mereka satu amalan kebajikan.‎

Tetapi anehnya, orang yang mempunyai banyak amal kebajikannya tidak mahu ‎‎langsung memberikan satu amalan kebajikannya kepada golongan ini. Sebaliknya ‎‎mereka yang memberikan amal kebajikannya ialah orang yang mempunyai lebih ‎‎satu saja amalan kebajikannya.‎

Maka Allah swt. pun berfirman kepada golongan ini yang antara lain,‎
‎“Sekiranya kamu hamba-hamba-Ku yang mempunyai lebih satu amalan kebajikan, ‎begitu pemurah kepada hamba-hamba-Ku dan terus ke Syurga, ‎maka sesungguhnya ‎Aku lebih pemurah dari itu.”‎

Maka dengan ini hamba Allah yang pemurah itu pun dinaikkan darjatnya oleh Allah ‎‎swt. di Syurga. Inilah kelebihan yang dikuruniakan oleh Allah swt. kepada mereka di ‎‎Akhirat.‎