Friday, April 08, 2011

Kaki Saya Lebih Bersih Daripada Muka Saudari

 


Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. 

Oleh sebab tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Semasa beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki(washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.

Pramugari: Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki (dengan suara dikeraskan).

Ulama: Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari? (dengan suara lembut dan penuh rendah diri)

Pramugari: Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari (dengan sifat angkuh).

Ulama: Saya mencuci kaki saya sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih daripada muka saudari.

Nota Kaki:

Urusan agama di mana-mana pun kena buat. Atas darat ke, di awangan ke, bila tiba masanya, kerjakanlah.

Jangan pandang hina pada yang mengerjakan tanggungjawabnya. Kita semua ada tanggungjawab yang sama. Kalau tak nak tanggung, pandai-pandai la jawab nanti di muka pengadilan Allah.

Sunday, March 27, 2011

Hilangnya seorang Murabbi yang banyak berjasa kepada anak bangsa

Al fatihah untuk Allahyarhamah Puan Nawiah bt Rosdi (baju kurung hijau) yang telah kembali ke rahmatullah semalam (26 mac 2011). 

dari kiri: cikgu husni,cikgu jun, cikgu nawiah dan cikgu rosnah

Selama ini aku tahu guruku ini  sakit. Tapi aku tiada masa terluang untuk menziarahinya. Dengar khabarnya cikgu ku sudah sakit terlalu lama. Aku fikirkan suatu hari nanti atau satu ketika pasti aku pergi menziarahinya. Aku sentiasa mendoakannya siang dan malam agar cikgu cepat sembuh. Mungkin Allah lebih menyayanginya. Allah mengambilnya kerana cintanya kepada cikgu. Selama dua minggu aku di kampung semperna cuti sekolah. kampung cikgu ku ini di pontian dekat dengan rumah ku. Tapi aku tidak tahu lokasinya di mana. Cikgu Nawiah !...engkau telah banyak berjasa kepada anak bangsa mu...engkau mendidik kami hingga kami berjaya..kejayaan kami ini insyallah akan membanggakan mu. wahai cikgu ku...engkau tenanglah di sana..semoga Allah merahmati mu di sana...dan meletakkan mu di tempat orang-orang yang soleh dan di redhai Allah..amin 3x Ya Rabba Alamin....WAHAI SAHABAT-SAHABAT KU..MARILAH KITA SAMA-SAMA MENDOAKAN MURABBI KITA DI TEMPATKAN BERSAMA- SAMA ORANG YANG SOLEH...HARGAILAH SETIAP PERJUANGAN SETIAP MURABBI KITA KERNA TANPA MEREKA KITA TIDAK BERJAYA DENGAN DIDIKANNYA....AMIN....YA ALLAH AMPUNKAN DOSA-DOSANYA YANG KECIL MAHUPUN BESAR....INI ADALAH PERINGATAN DARI-MU YA ALLAH...SETIAP YANG BERNYAWA AKAN MERASAI  MATI...SYURGA DAN NERAKA ITU ADALAH BENAR...KEMATIAN JUGA ADALAH BENAR.....

Anak didik mu:

Mohd Fahrulrazi bin Md Salleh

untuk

Allahyarhamah Al Murabbi Al Ustazah Puan Nawiah bte Rosdi...(26.3.2011)

Monday, February 21, 2011

Kalam Indah Imam asy-Syazuli

Al-Qutub ar-Rabbani al-'Arif al-Wali al-Imam al-Muhaqqiq Sayyid Abul Hasan Ali asy-Syazuli al-Hasani (593H-656H) radhiyallahu 'anhu, pengasas Tariqat Syazuliyyah berkata:

1) Tasawuf itu ialah melatih jiwa di atas dasar perhambaan serta mengembalikannya (supaya tunduk) kepada hukum-hakam Ketuhanan.

2) Jika anda melihat seseorang meninggi diri dengan ilmunya, maka jangan merasa aman dengan kejahilannya.

3) Jika anda melihat seseorang mendakwa selain daripada apa yang diucapkan oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam, maka orang itu ialah pembuat bida'ah.

4) Jika seorang sufi itu tidak melazimi sembahyang lima waktu secara berjemaah, maka jangan pedulikan dia.

5) Ada satu perkara yang boleh menghapuskan amalan. Kebanyakan orang tidak menyedari perkara ini. Perkara itu ialah marah terhadap ketentuan Allah Ta'ala. Allah 'Azza wa Jalla berfirman, mafhumnya:

Itu adalah disebabkan mereka benci terhadap apa yang telah diturunkan oleh Allah, lantas Dia menghapuskan amalan mereka. [Surah Muhammad: 9]

Makam Sayyid Abul Hasan asy-Syazuli di Humaithara
6) Ilmu itu tidak bermanfaat jika disertai empat perkara (iaitu):
- Cintakan dunia,
- Lupakan akhirat,
- Takutkan kefakiran,
- Takutkan manusia.

7) Jangan berterusan melakukan maksiat kerana orang yang melanggar batas-batas (yang telah ditetapkan oleh) Allah Ta'ala ialah orang yang zalim. Orang yang zalim tidak berhak menjadi pemimpin.

8) Siapa yang meninggalkan maksiat, bersabar dengan ujian Allah Ta'ala serta yakin dengan janji-janji Allah, maka dia adalah pemimpin yang sebenar walaupun pengikutnya sedikit.

9) Jangan anda bersahabat kecuali dengan orang yang memiliki empat sifat (iaitu):
- Pemurah ketika miskin,
- Memaafkan kezaliman orang lain (terhadap dirinya),
- Bersabar di atas bencana,
- Redha terhadap ketentuan Allah Ta'ala (baik atau buruk).

10) Jika anda ingin memperolehi khusyuk (dalam ibadah), maka tinggalkan pandangan yang berlebihan. Jika anda ingin mendapat hikmah, maka tinggalkan ucapan secara berlebih-lebihan.

11) Jika anda ingin mengecapi kemanisan ibadah, maka tinggalkan makan secara berlebih-lebihan. Anda mestilah berpuasa, berqiyamullail dan bertahajud. Jika anda ingin dipandang hebat, maka tinggalkan gurauan dan ketawa (secara berlebihan) kerana kedua-duanya menjatuhkan kehebatan anda (pada pandangan manusia). Jika anda ingin disayangi (oleh orang ramai), maka tinggalkan keinginan (yang melampau) terhadap dunia.

12) Jika anda ingin memperbaiki keburukan diri sendiri, jangan mencari-cari keburukan orang lain kerana perbuatan ini adalah sebahagian daripada cabang nifaq sebagaimana berbaik sangka (terhadap orang lain itu) adalah sebahagian daripada cabang iman.

Wallahu a'lam.

Dipetik daripada kitab al-Wasilah Ila Allah fil Qobul, susunan Sayyid Abdul Wahab asy-Syarif Bu 'Afiah al-Hasani al-Hasyimi.

p/s: Ini adalah kalam hikmah seorang wali yang mewarisi ilmu Sayyiduna Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam. Subhanallah!