Tuesday, May 11, 2010

SIAPA YANG NAK DIPERSALAHKAN???


Buang bayi gejala jahiliah moden
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

Pasangan terlanjur patut insaf dosa lalu dan usaha jaga amanah tak ternilai


MINGGU lalu, kita digemparkan dengan tragedi kematian bayi dibuang dengan sengaja ke dalam tong sampah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bayi itu dibungkus dengan plastik hitam dibuang tanpa ada sedikit pun rasa belas ihsan dan sifat kemanusiaan.


Dipercayai kes itu adalah antara ribuan kes buang bayi hasil daripada perhubungan luar nikah yang dilakukan pasangan muda-mudi terlanjur dalam perhubungan mereka. Al-Quran dan Sunnah acap kali memperingatkan betapa bernilai hidup setiap makhluk Allah. Janin yang baru berada dalam perut ibu walaupun masih pada proses awal, bahkan binatang dan tumbuh-tumbuhan dilarang untuk dicabut nyawa hidup-hidup, kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah.


Tanpa rasa belas kasihan si ibu atau pasangan ter****t sanggup membuang bayi yang dikandung ini ke dalam tong sampah, semak, tempat pembuangan sampah dan di tepi sungai untuk mengelakkan mereka dikesan.


Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan yang sah.


Allah berfirman dalam surah asy-Syura ayat 49-50 bermaksud: "Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa."

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana secara fitrahnya berhajat dan mengharapkan kurniaan itu. Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material.


Sabda Rasulullah bermaksud, "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran" (riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).


Realitinya isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka membuang bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.


Rasulullah bersabda bermaksud, "Setiap suami adalah pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab." (riwayat Bukhari).

Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati sebanyak 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes, tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006). Daripada jumlah 83 kes itu, 79 mem****tkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat kes pembuangan janin.


Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan anak pada masa jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin tetapi perbuatan keji yang mereka lakukan itu kerana untuk menutup malu yang menimpa mereka selepas berlaku perzinaan.


Pasangan lelaki dan wanita yang selalu dikaitkan dengan isu pembuangan bayi ini ialah mereka yang tertekan dengan keterlanjuran terutama yang melahirkan bayi di luar nikah.


Jika pada zaman jahiliah mereka membunuh antara lain kerana khuatir anak diperkosa atau berzina, maka pada masa jahiliah moden ini anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina. Kepada dua golongan wanita ini, kembalilah kepada fitrah hidup manusia yang sebenar. Sudahlah terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan menambahkan bilangan dosa dengan menyeksa mental dan fizikal kepada bayi yang dilahirkan dengan membuangnya bagaikan sampah-sarap.


Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 36 bermaksud, "Tidakkah patut bagi manusia apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu ada bagi mereka pilihan lain tentang urusan mereka."

Sepatutnya sebagai warga yang hidup di dalam negara berdaulat dan dalam era pasca-merdeka amat tidak wajar sama sekali ada yang ter****t dalam kes seperti ini kerana kita tidak lagi hidup pada zaman penjajah yang tertutup dari ilmu kemanusiaan yang menagih kefahaman yang tinggi dalam menginsafi diri sebagai insan dan hamba-Nya, bahkan peluang terbuka dengan luas kepada mereka memulakan penghidupan baru yang diredhai Allah dengan menghargai anak sebagai kurniaan Allah seterusnya menikmati kebahagiaan hidup di muka bumi Allah ini.

Monday, May 03, 2010

Mari Mengenal Baginda Rasulullah S.a.w


     
Mari kita bercerita tentang Nabi kita, Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia akhirat, Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya, Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi, Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa, Supaya yang lupa diingat kembali, Bertambah ingat lagi,
Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya, Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia, Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita, Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia, Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya, Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya, Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’, Bahkan yang paling ‘Fathonah’ dikalangan rasul-Nya,
        Ilmunya bukan didapati dari aqalnya, Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya, Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya, Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya, Kerana inilah dia tidak perlu menulis Dan membaca seperti manusia biasa, Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa, Kalau dari aqal mungkin dilupakannya, Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat, Tawakalnya luarbiasa, Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup Tuhan merezekikannya, Dia tidak membunuh orang, Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya, Tapi dia tidak membunuhnya, Dia mengambil jalan yang utama, Iaitu memaafkannya, Kerana itu orang itu Islam ditangannya, Beraninya luarbiasa tiada tandingannya, Dia sanggup lalu dihadapan musuhnya seorang diri, Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,
             Kasih sayangnya sangat ketara, Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda, Orang yang bersalah dimaafkannya, Sekalipun orang itu tidak memintanya, Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya, Dia membuka bajunya untuk disebat, Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya, Lalu dimerdekakannya, Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,
          Pemurahnya tidak ada taranya, Macam angin kencang lajunya, Tiada siapa yang boleh menandinginya, Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta, Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara, Kalau ada orang mengata dan menghinanya, Dia diam sahaja, tidak menjawabnya, Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja, Cuma ketaranya pada mukanya, Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya, Sekalipun musuhnya, Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar, Paling tidak, dia makan berdua, Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu, Dia tidak pula mencercanya, Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya Sehingga orang tidak tahu marahnya, Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia, Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya,
Sabarnya luarbiasa, Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya, Dia redha, Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’ Yang tiada bandingannya, Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’, dikalangan rasul-rasul, Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa, Diberi gelaran sahabat namanya, Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya, Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul sebelumnya, Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga, Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya, Kerana menjadi sahabat-sahabatnya, Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
                 Rasul adalah bulan purnama, Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur, Menunjukan hatinya sentiasa jaga, Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu’nya, Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya, Sekalipun orang itu kafir, Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya Kerana menghormati tetamunya, Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan, Sekalipun binatang yang melata, Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan, Sekalipun menyalahi utama, Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya, Dia orang paling pemalu, Malunya kalah anak dara yang paling pemalu, Sebab itu seumur hidup dia tidak pernah Melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya, Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan dihadapannya,
           Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam, Hingga bengkak-bengkak kakinya, Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga, Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya, Tapi dia buat dengan sukarela, Kerana mencari redha Tuhannya, Dia sebaik-baik suami, Tidak mampu orang lain membuatnya, Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita, Seorang buta yang benci kepadanya. Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya, Hingga sampai waktu wafatnya, Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya, Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya, Kamu ni siapa? Saidina Abu Bakar berkata “Saya Abu Bakar Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu, Yang Rasul itu sudah wafat” Sibuta itu terkejut! Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling dibenci, Kerana terkejutnya menjadikan dia mati, Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat, Islamlah dia, Kalau dia bersahabat atau berkawan Mengutamakan kawannya, Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya, Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya, Setiap orang merasa dia dihormatinya, Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,
               Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita, Supaya lebih terperinci lagi Cerita dan beritanya, Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya, Agar lebih nampak dia manusia istimewa, Dia tidak akan makan sebelum lapar, Dia akan berhenti sebelum kenyang, Tidak macam manusia biasa, Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya, Kalau dia suka kerana Tuhannya, Kalau dia marah pun kerana Tuhannya, Bukan kerana peribadinya,
Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta, Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah, Kecuali sekali saja didalam hidupnya, Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya, Makan minumnya bukan diusahakannya, Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya, Tapi pengikutnya disuruh berusaha, Terutama yang ada keluarga, Dia tidak menerima upah, Lebih-lebih lagi meminta upah, Kerana usaha perjuangannya, Tetapi ulama dihari ini, memakan upah Dari usaha dakwahnya, Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang cinta dunia, Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan pengajiannya,
                 Takut dengan Tuhan ketara dimukanya, Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya, Hartanya diserahkan habis kepadanya, Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya, Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan, Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa, Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami, Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin, Kalau dia bercakap lantang suaranya, Tegang urat marihnya, Kalau dia bercakap bak mutiara, Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya, Kalau dia berucap atau berpidato, tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya, Tidak seperti ulama-ulama hari ini, Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang mendengarnya, Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya, Bukan dari hatinya, Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret, Tidak seperti kebanyakan manusia, Dia bercakap pendek sahaja, Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya, Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’ Kata-katanya singkat tapi padat, Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas, Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa, Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya tiada, Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,
                     Kita sambung lagi cerita nabi kita, Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa, Juga tidak akan bercakap yang sia-sia, Sekalipun tidak berdosa, Kalau dia ketawa tidak berbunyi, Insafnya dapat dilihat dimukanya, Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara, Dia melahirkan kegembiraan bila Kawan-kawannya gembira, Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan kawan-kawannya, Rasulullah mudah menangis Kerana takuntukan Tuhannya, Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,
                       Akhlaknya sungguh agung, Tuhan memujinya, Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan manusia Sebelum dan sesudahnya, Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata terhadap dirinya, Tuhan berkata “Akhlaknya, sungguh agungnya, tidak ada siapa boleh menandinginya, tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba” Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan Tuhannya, Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya, Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya, Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya, Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya, Tawadhu’ dengan Tuhannya, sentiasa ada, Sangat ketara, didalam hidupnya, Dia berpakaian jubah dan serban, Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau, Warna lain ada juga dipakainya, Tapi sekali sekala, Makan yang dia suka, susu dan tamar, Daging sebagai lauknya, Itulah penguat badannya, Demikianlah secara ringkas Yang global tentang cerita nabi kita, Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
                  Didalam sejarah nabi kita ada dicerita, Mukjizat banyak berlaku ditangannya, Yang lahir dan yang batin, Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith, Yang kekal sampai keakhir zaman, Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia, Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya, Tetapi apa yang disebutkan itu Sudah memada, Bagi orang yang tiada masa mengkajinya, Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan bayangan nabi kita, Orang itu boleh menjadi ikutan manusia, Kalau dia memimpin, Tuhan memberkatinya, Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buat manusia, Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini, Orang yang menceritakan nabi, Dia melupakan diri, Dia menceritakan memujikan nabi, Tapi dirinya tidak terpuji, Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap nabinya, Walaupun dia seorang pemimpin, Orang tidak suka mengikutnya, Lidahnya tidak masin, Dia berkata tidak mengkotanya, Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya, Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya, Sekianlah adanya.

Sunday, May 02, 2010

BILAKAH KITA AKAN BERTEMU KEKASIH ALLAH???



Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke
bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh
Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)

Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i'tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.

Thursday, April 29, 2010

ASHABUL MUQARRABIN


ASHABUL MUQARRABIN : Mereka adalah golongan umat Islam yang hati dan perasaan hanya kepada Allah. ‎Setiap amalannya penuh khusyuk dan ikhlas kepada Allah.‎

Selain dari itu, mereka yang termasuk dalam golongan ‘bi ghairi hisab’ ini adalah ‎para syuhada (orang yang mati syahid). Mereka adalah golongan orang ‘Muqarrabin’ ‎yang ertinya orang yang sangat dekat dengan Allah swt. disebabkan pengorbanan ‎mereka dalam menegakkan agama Allah swt. Bahkan nyawapun sanggup mereka ‎korbankan semata-mata untuk mempertahankan agama Allah swt. Oleh sebab itu ‎tidak hairan mengapa mereka mendapat kedudukan yang begitu tinggi di sisi Allah ‎swt.‎

Abul Aliah mengatakan, “Tidak akan dipisahkan nyawa seorang muqarrabin sebelum ‎dihadirkan kepadanya satu dahan dari kenikmatan Syurga, lalu ruhnya itu disimpan di ‎sana.” Di dalam sebuah hadits sahih dikemukakan bahawa Rasulullah saw. bersabda, ‎‎“Ruh-ruh para Syuhada (orang-orang yang mati sedang berjihad menegakkan agama ‎Allah) itu dalam perut-perut burung hijau yang berterbangan di taman-taman Syurga ‎kemana saja mereka kehendaki, kemudian bermalam pada pelita-pelita yang ‎bergantungan pada Arasy.”‎


Maksudnya: ‎“Adapun jika dia (orang yang mati) termasuk orang-orang Muqarrabin (didekatkan ‎kepada Allah), (88) maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta Syurga ‎kenikmatan.(89)‎

Amalan Golongan Muqarrabin

Dalam amalan mereka memulakan sesuatu dengan Niat, kmudian disusuli dengan ‎doa dan nazar, merupakan amalan yang biasa dilakukan oleh golongan ini.‎

Dalam persahabatan golongan ini merupakan seorang sahabat dapat memberi ‎tanggungjawab terhadap sahabatnya dengan memberi sesuatu kepunyaannya ‎dibahagi dua kepada sahabat-sahabatnya. Apa sahaja yang dia dapat, maka separuh ‎untuknya dan separuh lagi untuk sahabatnya. Dengan kata-kata yang lain setiap ‎nikmat yang dia perolehi dia akan memberi sahabatnya separuh daripadanya iaitu ‎sama banyak atau dibahagi dua

ASHABUL YAMIN


ASHABUL YAMIN : Adapun golongan ‘Ashabul Yamin’ atau golongan kanan iaitu orang yang menerima kitab catatan amalannya di dunia ‎dari tangan kanan. Mereka ialah golongan orang-orang soleh, abrar ataupun ‎golongan ‘muflihun’. Adapun golongan ‘Ashabul Yamin’ adalah orang-orang ‎yang memiliki sekurang-kurangnya Iman dan mereka juga adalah orang ‎yang amal kebajikannya melebihi kejahatannya. Sekalipun golongan ini ‎terlepas dari azab neraka, namun mereka tidak terlepas menerima hisab ‎dari Allah swt. Mereka agak lambat untuk menempuh ‘titian siraat’ ‎disebabkan oleh pemeriksaan terhadap mereka.‎

Diterangkan bahawa di atas titian ‘Shiratul Mustaqim’ terdapat lima ‎tempat pemeriksaan. Dan lima tempat pemeriksaan itu dijaga oleh para ‎malaikat yang tugasnya memeriksa setiap hamba Allah. Bayangkanlah ‎bagaimana sekiranya kita terhenti di kelima tempat pemeriksaan itu? ‎Sedangkan sehari di Akhirat dinisbahkan seribu tahun di dunia.‎

Sebab itu tidak hairan mengapa orang-orang ‘Muqarrabin’ itu tidak mahu ‎menjadi orang Soleh. Kerana orang Soleh, walaupun masuk ke Syurga, ‎terpaksa dihisab terlebih dahulu. Ini sudah tentu menyusahkan mereka. ‎Sebab itu mereka lebih suka untuk mati syahid dalam mempertahankan ‎agama Allah swt. Sebab orang yang mati syahid, langsung dimasukkan oleh ‎Allah swt. ke dalam Syurga.‎

Terpaksa terhenti untuk dihisab di ‘Shiratul Mustaqim’ adalah merupakan ‎penderitaan dan azab bagi golongan Muqarrabin. Oleh sebab itu di dalam ‎kitab terutama kitab-kitab Tasawuf diterangkan bahawa kebaikan yang ‎dibuat oleh orang abrar atau orang Soleh adalah merupakan kejahatan bagi ‎golongan Muqarrabin. Bagi golongan Muqarrabin, sesuatu hal yang dianggap ‎halal tetapi menyebabkan akan dihisab, itu adalah suatu kejahatan.‎

Untuk mengukur mudah atau tidaknya menjadi orang yang soleh, marilah ‎kita lihat kenyataan Al Imam Ghazali. Al Imam Ghazali mengatakan bahawa ‎orang yang hendak menjadi orang yang Soleh itu mestilah 24 jam yang ‎Allah s.w.t. peruntukkan kepadanya, 18 jam diisi dengan amal baik. Hanya 6 jam ‎saja waktunya itu digunakan untuk melakukan hal yang mubah (harus).

Apatah lagi jika ingin menjadi orang-orang Muqarrabin.‎

ASHABUL KHAFI


Ashhabul Kahfi : adalah kisah 7 pemuda yang diberi taufik dan ilham oleh Allah s.w.t. sehingga mereka beriman dan mengenal tuhan mereka. Mereka mengingkari keyakinan yang dianuti oleh masyarakat mereka yang menyembah berhala. Oleh kerana itu mereka diancam untuk dibunuh. Kerana khuatir akan gangguan masyarakatnya, mereka membuat keputusan mengasingkan diri jauh daripada masyarakat mereka. Kahfi bermaksud gua. Ashababul bermaksud Pemuda tidur. Mereka tidur selama 3 abad.

Kisah ini begitu masyhur. Dengan kekuasaan-Nya, Allah s.w.t. menidurkan sekelompok pemuda yang berlindung di sebuah gua selama 309 tahun.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa pendapat lain tentang gua tempat berlakunya peristiwa tersebut. Ada 3 gua yang dimaksudkan itu:

1. Gua di Efesus, Anatolia, Turki sekarang. Paulus, Orang Yahudi dan Kristian mempercayainya di sini.

Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di sekitar suatu tempat yang kini digelar Gunung Pion (Mount of Pion). Di sana terletak sebuah gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Peradu (The Cave Of The Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.

Mengikut setengah pendapat mereka lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri itu. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Dikyanus atau Decius memerintah pada ketika itu.

Dikyanus mengganuti agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf Allah menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus.

Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, disebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf.

2. Gua di Damsyik, Syria.

3. Gua Ar Raqim di Amman, Jordan. Gua ini lebih menepati ciri-ciri yang diberi dalam al Quran.

Gua di Ar Raqim, Amman, Jordan. Profesor Muhammad Taisir Dhabyan dalam bukunya 'Penemuan Besar Abad 20 : 7 Petidur Tiga Abad' menyatakan gua tersebut terletak di 7 km tenggara bandar baru Amman, Jordan. Peristiwa Ashabul Kahfi begitu istimewa sehingga surah dinamakan al Kahfi.

Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah Al-Raqim disebut di dalam Al-Quran pada ayat ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.

Keputusan mereka untuk mengasingkan diri di dalam gua adalah benar dan tepat, sesuai dengan kenyataan dan kondisi mereka. Oleh karena itu, Allah mengabulkan doa mereka, menurunkan rahmat-Nya, dan menyediakan kebutuhan mereka.

Allah menggambarkan Ash-habul Kahfi sebagai para pemuda yang beriman dan teguh keimanan mereka kepada Allah. Firman Allah;

Maksudnya: “Sesungguhnya mereka-mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”.

Mereka memperlihatkan keIslaman mereka, memahaminya dengan sebenar-benarnya, melaksanakannya dengan sebenar-benarnya, dan mendakwahkannya dengan semangat, kesungguhan, dan keikhlasan.

Ayat ini bermaksud menetapkan kebenaran Al Quran yang pasti tentang keimanan dan petunjuk, iaitu iman sesungguhnya adalah sebuah pilihan. Jika seseorang telah memilihnya, menerimanya dengan ikhlas, patuh, dan sungguh-sungguh, maka Allah akan menambahkan keimanan kepadanya. Akan tetapi jika ia tidak mengambil dan memilih jalan itu maka Allah tidak akan memberinya petunjuk, apalagi untuk menambahkan petunjuk kepadanya.

Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masa terdapat di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18).

Mereka mengatakan sebagaimana disebut oleh Allah s.w.t dalam firmanNya: Al-Kahfi 14-15. Ketika mereka sepakat terhadap persoalan ini, mereka sedar, tidak mungkin menampakkannya kepada kaumnya. Mereka berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar memudahkan urusan mereka:

"Wahai Rabb kami, berilah kami rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami." (Al-Kahfi: 10)

Mereka pun menyelamatkan diri ke sebuah gua yang telah Allah Subhanahu wa Ta’ala mudahkan bagi mereka. Gua itu cukup luas dengan pintu menghadap ke utara sehingga sinar matahari tidak langsung masuk ke dalamnya. Kemudian mereka tertidur dengan perlindungan dan pegawasan dari Allah selama 309 tahun. Allah Subhanahu wa Ta’ala buatkan atas mereka pagar berupa rasa takut meskipun mereka sangat dekat dengan kota tempat mereka tinggal. Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri yang menjaga mereka selama di dalam gua.

Allah Subhanahu wa Ta’ala membangunkan mereka (agar mereka saling bertanya), dan supaya mereka pada akhirnya mengetahui hakikat yang sebenarnya. Allah s.w.t. berfirman:

قَالَ قَائِلٌ مِنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَابْعَثُوا أَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هَذِهِ إِلَى الْمَدِْينَةِ

"Berkatalah salah seorang dari mereka: ‘Sudah berapa lama kalian menetap (di sini)?’ Mereka menjawab: ‘Kita tinggal di sini sehari atau setengah hari.’ Yang lain berkata pula: ‘Rabb kalian lebih mengetahui berapa lamanya kalian berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kalian pergi ke kota membawa wang perakmu ini’.” (Al-Kahfi: 19)

ASHABUL A'ARAF


ASHABUL ‘A’RAF : iaitu golongan yang amal kebaikan dan kejahatannya itu ‎sama ‎banyak. Golongan ini walaupun mereka selamat tidak masuk ke Neraka, ‎tetapi ‎mereka lebih lambat masuk ke Surga daripada golongan ‘Ashabul yamin’ ‎yang ‎setelah menempuh sirotul mustaqim, tidak ada halangan lagi untuk masuk ke ‎Surga. ‎Tetapi bagi golongan ‘Ashabul A’raf’, setelah mereka menempuh ‘Shiratal ‎mustaqim’ ‎mereka masih lagi dihalang untuk ke Syurga.‎

Mereka akan didera atau dihukum oleh Allah s.w.t. di hujung ‘Siratal Mustaqim’. ‎‎Bagaimana deraan Allah swt. terhadap mereka? Deraan yang dikenakan Allah swt. ‎‎kepada golongan ‘Ashabul A’raf’ ialah mereka diperintahkan supaya meminta satu ‎‎amal kebajikan daripada penghuni Syurga. Siapa dari golongan mereka yang diberi ‎‎oleh penghuni Syurga satu amal kebajikan, maka dia dizinkan untuk masuk ke ‎‎Syurga. Maka mundar-mandirlah mereka untuk meminta belas kasihan penghuni-‎‎penghuni Syurga. Setelah sekian lama, maka barulah Allah swt. masukkan ke dalam ‎‎hati penghuni Syurga untuk memberikan kepada mereka satu amalan kebajikan.‎

Tetapi anehnya, orang yang mempunyai banyak amal kebajikannya tidak mahu ‎‎langsung memberikan satu amalan kebajikannya kepada golongan ini. Sebaliknya ‎‎mereka yang memberikan amal kebajikannya ialah orang yang mempunyai lebih ‎‎satu saja amalan kebajikannya.‎

Maka Allah swt. pun berfirman kepada golongan ini yang antara lain,‎
‎“Sekiranya kamu hamba-hamba-Ku yang mempunyai lebih satu amalan kebajikan, ‎begitu pemurah kepada hamba-hamba-Ku dan terus ke Syurga, ‎maka sesungguhnya ‎Aku lebih pemurah dari itu.”‎

Maka dengan ini hamba Allah yang pemurah itu pun dinaikkan darjatnya oleh Allah ‎‎swt. di Syurga. Inilah kelebihan yang dikuruniakan oleh Allah swt. kepada mereka di ‎‎Akhirat.‎