Saturday, April 03, 2010

adakah salah pakai cincin semasa solat???

 Gambar hiasan sahaja

 
Hukumnya harus dan sah solat berdasarkan amalan Nabi Muhammad s.a.w sendiri yang memakai cincin.

Anas bin Malik memberitahu, “Rasulullah S.A.W memakai cincin perak di tangan kanannya dan batunya dari Habsyah. Beliau meletakkan mata cincinnya bertentangan dengan tapak tangannya.” 
Hadis direkod oleh Imam Muslim.

Selain hadis yang menyebut Nabi Muhammad s.a.w memakai cincin, tiada pula hadis-hadis yang melarang memakai cincin semasa solat. Jika ianya ditegah, sudah tentu Rasulullah s.a.w akan melarangnya sebagaimana beliau melarang memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk.

Ali r.a telah berkata, “Rasulullah s.a.w melarangku memakai cincin di jariku yang ini atau yang ini” sambil dia menunjuk ke jari hantu dan jari telunjuk.
Hadis direkod oleh Imam Muslim.

wallahhu'alam....

Friday, April 02, 2010

APRIL FOOL..,,PERAYAAN ATAU PENGHINAAN???

SEJARAH APRIL FOOL
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.


Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.


Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.


Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.


Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.




Thursday, April 01, 2010

kiamat adalah benar

 Gambar ini adalah hiasan semata-mata


Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat." Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :  
  1. Asap
  2. Dajjal
  3. Binatang melata di bumi
  4. Terbitnya matahari sebelah barat
  5. Turunnya Nabi Isa A.S
  6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  7. Gerhana di timur
  8. Gerhana di barat
  9. Gerhana di jazirah Arab
  10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

Wednesday, March 24, 2010

kisah cinta seorang hamba

MATI KETIKA SUJUD!!!



Mati ketika sujud???....sering kali perkara ini kita ketahui...menemui Allah ketika sujud adalah amat mulia....kisah ini menceritakan seorang lelaki meninggal dunia ketika sedang solat di Masjid Nabawi...Subhanallah...indahnya cara kematian Almarhum...pernahkah terdetik di hati kita untuk mati dalam keadaan husnul Khatimah....sungguh indah kalau kita dimatikan dalam keadaan ini...sesungguhnya Al mautu Haqq...Al jannatul Haqq....Al Narul Haqq...

Sebagai Hamba Allah, kita perlu sedar siapa diri kita sebenarnya.....

Kesedaran itu amat penting.....



wallahua'lam



Sunday, March 21, 2010

pengumuman-pengumuman....

sesape yang mahu kan rujukan kitab-kitab arab boleh melayari laman sesawang di bawah....

korang boleh download trus n "extract all".....
selamat mencuba semoga ilmu yang dikongsi akan bermanfaat untuk kita....insyallah...

kita kehilangan tokoh ulama' lagi.....

Satu berita yang menggemparkan dunia dan umat islam iaitu kehilangan seorang Syeikhul Akbar,  Syeikh Prof Dr Sayyid Tantawi. Beliau telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Saya begitu sedih dengan pemergian beliau..BENAR JANJI ALLAH BAHAWA TANDA2 KIAMAT TELAH MUNCUL DENGAN KEHILANGAN ORANG YANG BERILMU DAN ALIM....serba sedikit artikel yang saya baca:


10 MAC 2010 | Riyadh

Dunia Islam digegarkan dengan berita kematian mengejut tokoh intelektual terkenal, Syeikhul Azhar, Prof Dr. Sayyid Tantawi.


Sheikhul al Azhar, al Imam Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi meninggal dunia pada pagi Rabu di Arab Saudi akibat serangan jantung yang begitu kritikal, di waktu usianya menjangkau 82 tahun.


Serangan mengejut telah menimpa Sheikhul Azhar sepanjang keberadaan beliau di Lapangan Terbang al Malik Khaled Antarabangsa, Riyadh untuk melakukan perjalanan pulang ke Kaherah. Ketika Allahyarham berangkat segera menuju ke hospital beliau telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Allahyarham dijangka akan dikebumikankan di perkuburan Baqi’ al-Gharqad berhampiran Masjid An-Nabawi dan maqam Baginda sallallahu alaihi wasallam di Madinah al-Rasul sallallahu alaihi wasallam.


Allahyarham dilaporkan sedang berada dalam sesi lawatan rasmi menemui wakil Kerajaan Saudi untuk menghadiri Majlis Penganugerahan Raja Faisal kepada beliau berikutan khidmatnya kepada Islam di mana Allahyarham termasuk salah seorang penerima anugerah tersebut pada tahun ini.


Allahyarham yang juga merupakan Sheikhul Azhar, lahir pada 28 Oktober 1928 di sebuah desa Salim As-Syarqiyyah berpusat di daerah Tama, Soohaj. Beliau telah belajar dan menghafaz al Quran di Kota Iskandariah.


Allahyarham menerima gelaran doktor dalam ilmu hadith dan tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat kepujian (mumtaz), kemudiannya bekerja sebagai pensyarah di Fakulti Usuluddin, dan seterusnya ditugaskan di negara Republik Arab Libya selama 4 tahun. Selepas itu, beliau dilantik sebagai dekan bagi Pengajian Pasca-sarjana Universiti Islam di Madinah.


Kemudian Prof.Dr Mohamed Sayyid Tantawi dipilih menjadi Mufti Kerajaan Mesir pada tanggal 28 Oktober 1986, dan menduduki menduduki jawatan tersebut sehingga beliau dilantik menjadi Sheikhul Al-Azhar pada tahun 1996.


Allahyarham juga merupakan salah seorang ilmuan Al-Azhar yang tersohor yang begitu sarat dengan pengalaman ilmu pengetahuannya, terutamanya dalam bidang tafsir.


Walau bagaimanapun, di sana ada pendirian-pendirian beliau mengenai isu politik yang tidak disepakati dasarnya, ini kerana perkara politik lebih mendominasi praktikal dan saintifik dalam kehidupannya. Moga-moga Syaikhuna ditempatkan bersama para Anbiya’, Auliya’, Syuhada’ dan Solihin di sisi Allah taala kelak.


Al-Fatihah buat Syaikhuna al-Allamah Syaikhul Akbar Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah.


HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

Saturday, March 20, 2010

adakah kita lupa tanggungjawab kita???

Baru2 nie ak terbaca satu artikel yang sangat menyentuh perasaan ku..selama ini kita hanya berpeluk tubuh sahaja..kita fikir kita ini sudah sempurna islam kita...kita tau bahawa pada akhir zaman nanti islam akn dijulang tinggi..tapi kita berpeluk tubuh untuk tidak memikirkan kemaslahatan orang lain...DIMANAKAH TUGAS DAKWAH KITA???...kita sahaja senyap....ramai pejuang2 islam bermati-matian memperjuangankan islam..MAHUKAH KITA MATI DIHINA OLEH ALLAH????

...BERSYUKURKAH KITA ATAS NIKMAT IMAN DAN ISLAM YANG ALLAH BERIKAN KEPADA KITA???...tidak sama sekali...kita lalai dengan kemewahan KEDUNIAAN....subhanallah....orang selalu bercakap bahawa kita perlu cari KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT...tapi kita tahukah maksud KEBAHAGIAAN DI DUNIA?....kebahagiaan di dunia ialah kita melakukan AMAR MA'ARUF NAHI MUNGKAR..baru lah kita bergelar AL MUFLIHUN (ORANG YANG BERJAYA)...SEDAR LAH SIAPAKAH DIRI KITA...muhasabah diri amat penting...kita perlu sentiasa berzikir kepada Allah....selagi ruh masih di dalam jasad...renung2kan lah....

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.  Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.  Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan 
dirinya.
 
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima : Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.   Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.   Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.   Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.   Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur." 

nukilan : Fahrulrazi....